Cuma AKU

Cuma AKU

Wednesday, November 25, 2009

Mencari...

Sejenak memikirkan sesuatu yang berlalu kekadang menjadikan kita alpa tentang apa yang mendatang. Toleh kebelakang selalunya menjadikan hati jadi sayu dan layu. Adakah langkahan kita selama ini masih pada landasan atau sudah tercicir jauh disimpang lain.

Bila bertentang dengan tempoh masa yang masih belum pasti pula menjadikan kita lebih diawangan dengan impian yang penuh kisah indah. Nampak mudah seperti melihat kejayaan orang lain sebagai kejayaan sendiri tetapi hakikatnya sukar untuk digapai serupa seperti insan yang telah berjaya.

Sesuatu yang paling sukar adalah langkah mula. Hendak melangkah kaki yang mana? Perlukah kita melompat jauh sedikit sebagai pencetus? Atau perlu kita melihat orang lain melangkah baru kita jadikan ikutan. Mungkin masa itu tidak menunggu dan ketikanya kita telah jauh ditinggalkan.

Sampai masa yang benar kita selalu tersilap congak. Samada ke kiri atau ke kanan selalu menjadi punca antara bintang dan asap hitam. Mana ada jalan lurus yang mudah. Selalunya penuh duri dan liku. Hendak diharung atau tidak jangan ditanya orang lain tetapi tepuk dada tanya hati.

Bila ditanya tentang impian, semua kita mahukan. Bila diperkata tentang cita-cita, tidak pula kita mahu mengalah dengan yang lain. Maklumlah namanya cita-cita mesti mahu tinggi baru sukar dicapai. Orang jadi penulis awak pun nak nama sebegitu. Orang jadi peniaga awak masih ditakuk penakut nak tanggung bahaya risiko. Macam mana kita nak berjaya ni???

Selalu orang tua-tua berkata, setiap kejayaan seorang LELAKI pasti ada seorang PEREMPUAN dibelakangnya. Betul ke? emmm kita fikirkan sejenak. Sokongan setakat sokongan mata sahaja, itu pun selepas si dia lenguh mengeluh dan mengomel. Bila mulut dah lenguh sampai tergeliat baru lah mata sahaja memerhati dengan hati yang si lelaki sendiri tidak pasti isinya.

Cerita pasal wang selalu menemukan kita dengan kisah sengsara bila gagal menjana. Penjanaan di detik mula perlukan anjakan bernilai. Nilainya cuma kepingan kertas berharga dan sedikit keringat yang penuh semangat. Sedih hati ini bila niat untuk merubah kehidupan cuma dipandang seperti mayat hidup yang dungu tentang dunia. Malas nak berbalah bila kita kenal akan gerak tubuh dan maksud di muncung yang panjang.

Keluhan seorang lelaki selalunya tidak beerti kerana wanita kini sudah mula menjadi pemimpin tidak berdaftar. Payah lah dunia bila penuh dengan kemuskilan dan sukar dirungkai dengan kata-kata kosong seorang lelaki.

Lain yang dipinta dan lain yang kita selalu dapat. Perlukah berharap untuk semua perkara walhal kita selayaknya lakukan sendiri tanpa tangan-tangan lain. Dah menjadi tanggungjawab jadi pikul lah seadanya.

Sentiasa berfikir yang kita mampu lakukan semua. Biar banyak pilihan supaya kita tidak terkongkong dengan bayangan sendiri. Bila mencari biar lah sampai jumpa......

Jadi tanya lah diri, apa yang dicari. Jadikan ia piroriti, buat yang wajib lakukan yang sunat. Amalkan yang baik-baik.

Monday, September 14, 2009

Cabaran KU

Bermula bulan Ramadhan maka bermula lah juga kisah dan perjuangan baru untuk aku. Dengan berat hati terpaksa juga aku melangkah keluar dari tempat 7 tahun aku berkubang. Terpalit lumpur dan wangian yang orang lain tidak tahu kisah asal usulnya.

Melangkah pergi membawa perubahan yang terakhir ku cuba dengan sisa-sisa keberanian untuk teman-teman yang ditinggalkan. Dengan sejuta harapan apa yang aku lakukan ini membuka minda dan fikiran supaya yang terngadah bangun bingkas berdiri. Supaya yang tersungkur, mengejar apa yang hilang.

Maafkan lah atas keterlanjuran. Dari kata-kata dan perbuatan yang kadang kala tak ku sangka menjadi onar. Itu lah kehidupan, untuk mencapai keindahan perlukan pengorbanan. Tetapi tidak ramai yang mampu menjadi lilin diri bila diperlu.

Melangkah pergi membawa rindu pada teman-teman yang sering beriringan menunai terawih dan ke kedai menikmati teh sambil bercerita tentang diri dan kisah acap kali mencuit hati dek karenah yang macam-macam. Yang baik jadikan ikutan, yang kurang ajar, dilupakan.

Ingatkah mereka pada aku?

Entah lah, biar ingatan yang ada pada mereka hanya kisah indah yang ku tinggalkan, biar jadi kenangan dan teladan bukan cemuhan yang jemu pada halwa telinga yang mendengar. Biar bila disebut, hanya yang baik2 sahaja. Mahukah mereka?

Melangkah masuk ke arena perjuangan yang baru banyak mengundang persoalan. Dunia yang berbeza, jauh dari yang lama. Terpaksa lah mencari diri yang baru dengan gaya yang lain. Moga perjuangan ini tidak terhenti di sini ketika ini... Doakan sahabat mu ini.

Tuesday, July 28, 2009

Ragu

BAru-baru ini saya bertemu rakan sekolah yang hampir 16 tahun tidak bersua. Melihat dari jauh umpama dah hilang dari memori, tapi tidak la sampai tidak kenal yang mana satu dirinya. Apa yang ingin dicoret hari ini bukan lah pasal si rakan ini cuma tentang kisah dan cerita yang si rakan sampaikan. MENARIK maklumatnya...

Menurut kajian (ini dia yang cerita) ramai profesion yang mengalami masalah kemurungan, masalah naik darah, jiwa dan mental adalah dari kalangan GURU. Kenapa dan punca tidak pula jelas di perkatakan.

Saya pula didalam bidang yang sama cuma saya tidak di gelar GURU. Jalan kerja, rutin harian, masalah yang timbul hampir sama seperti mana yang di alami GURU. Maksud saya, guru mengajar... saya juga. Guru melentur murid... saya juga. Guru menyampah tengok guru besar... eeee dah tentu saya juga. CUma di tempat saya, guru besar itu digelar KJ.

Kalau mengikut pengalaman yang saya sendiri alami, bebanan kerja bertimbun mungkin satu punca dan faktor membawa kepada permasalahan ini. Tenaga pengajar bukan sekadar mendukung tugas mendidik tetapi juga di bebani kerja-kerja sampingan yang boleh dikatakan sangat menyusahkan. Kalau di ikutkan sebenarnya, mendidik itu mudah jika kena caranya. Cuma kerja sampingan itu sahaja seperti satu batu besar yang perlu di kendung.. berat.

Alhamdullilah.. bila di aju kepada kebanyakkan tenaga pendidik, mereka gembira dengan kerja mereka. Kerana mereka mempunyai persekitaran kerja yang baik dan sihat. Sihat sangat subjektif dalam konteks dan pandangan mata kasar saya. Sihat boleh membawa pelbagai andaian. Persekitaran yang sihat bukan sahaja kawasan kerja yang bersih, selamat dan jauh dari masalah tertimbun.

Monday, July 20, 2009

Mangsa dan Cuti

Hari ini tanggal 20 Julai 2009, hari Isnin merupakan hari paling malas dikalangan teman dan sahabat. Bermulanya coretan hari ini tanpa isu cuma luahan rasa dan sisa derita dan kisah lucu teman-teman.

Lucu bila ada yang berbicara tentang kuasa Allah yang menentu sakit dan sihat manusia. Mula mempertikai kenapa manusia selalu sakit hari ISNIN dan JUMAAT hehehehe... Kelakar kan tapi cuba renungkan, sakit sihat kita siapa yang tentukan... adakah kita merancang untuk jatuh sakit? ada ke manusia yang mahukan kesakitan dari kesihatan? emmm kalau ada pun cuma bukan di kalangan teman teman kita.

Bila sakit dikata sengaja.. agak2nya doktor yang mengeluarkan surat sakit tu belajar pakai lutut ke? tidak pun mungkin pakai siku... bila dah tidak lagi kenal yang mana sakit yang mana berpura.. Betul seperti kata seorang sahabat, kalau tidak percaya tanya lah tuan punya badan... lawat lah ia ketika sakit bukan mengumpat mengutuk di belakang konon tahu semua ini cuma muslihat... hehehhehe maknanya mulai sekarang kita perlu memilih hari untuk jatuh sakit... kena mohon awal2 dari yang maha kuasa ... jangan lah sakit pada hari jumaat atau isnin... nanti kena caci nista manusia bijak pandai...

kadang2 kalau difikirkan... perlukah bercakap pasal orang lain... ye lah yang macam saya tengah lakukan sekarang.... emmmm fikirkan lah...

bercakap perlu renung diri, jangan cakap tidak serupa bikin ye teman teman ku...

Biar nak jadi contoh... jadi lah yang benar2 contoh bukan sekadar sampel dari segelintir yang setia sahaja.. bukan sesetia mana pun..cuma jaga perut sendiri, malas nak beta... nak dapat pujian kerja bukan seberapa pun hahahhahha aku ni mengata orang je ... tapi lebih kurang sama je kan... yang penting ... KERJASAMA... bukan KIPAS

Kita bila dah tak suka, kita tak akan suka walau apa pun yang berlaku selanjutnya... hendak kan pula makin hari makin menjadi... mana datang nya suka dari duka... sama lah dengan orang.. bila dah tak suka apa pun yang kita buat nampak menyampah je... walhal yang kita buat tu tak kacau tepi kain pelekat pak mertua sesiapa pun... maknanya anggap sahaja diri kita telah di senarai HITAM... tak mengaku lagi... tak perlukan pengakuan cukup atas tindak tanduk kamu....

Orang kerja kerajaan mana lah boleh sangat buat part time kan... nanti mengganggu displin kerja pula. terganggu kerja yang dah banyak tertangguh... itu kalau ikan bilis yang lintas.. tapi kalau jerung lintas... ada sapa nak tegur ke? mana berani tak... masa tu memang la jerung tu kata pasangan dia ikan paus yang punya barang.. tapi dia lupa yang paus tu jual pada ikan bilis ... ikan bilis ni ngah banyak kerja terpaksa melayan paus sebab takut jerung marah ahhahhahha... masa tu jangan nak kata kan tidak lagi... tak nak pun kena lah beli.... PENAKUT !!! ops apa lak nak takut kan dah beli insurans dari paksaan ... so anda telah pun dilindungi... ingat tu, siapa beli anda di lindungi PENUH... bukan macam sardin yang buat muka sardin bila paus jual minyak...

macam mana nak jadi contoh?? orang buat salah sikit punya memekak... bergegar bangunan dek kerana suara ala ala tarzan menjerit... tetapi dengar khabar... kadang2 kan... yang menjerit tu pun buat benda yang sama macam yang kena jerit tapi ada sesiapa nak jerit kat dia ke???

mari la kita renungkan ye... kepada pembaca yang tidak faham coretan hari ini, jangan risau ye... coretan kali ini penuh emosi dan air mata... tetapi banyak yang berjurai tu palsu belaka.... cuba masukkan cerita ini dalam kehidupan...jadikan lah pengajaran ye.... kita bukan sempurna tetapi kita tak suka jadi mangsa.... Ingat tau... kita tak selalu BESAR kekadang kita lebih kecil dari kuman.

Tuesday, July 14, 2009

KEJOHANAN SOFBOL TERBUKA KEBANGSAAN KALI KE 35, 2009

Kejohanan SOfbol Terbuka Kebangsaan kali ke 35 telah berlangsung bermula 9 julai hingga 12 julai 2009. Kejohanan ini telah diadakan di UTM Skudai anjuran Persatuan Sofbol Amatur JOHOR dengan kerjasama Persatuan Sofbol Malaysia.

Artikel kali ini lebih menjurus kepada berita tentang perjalanan pasukan sofbol wanita MAjlis SUkan Politeknik yang saya uruskan. Bersama saya selaku Pengurus Pasukan, pasukan ini dilatih oleh En Rosli Muhamad selaku ketua jurulatih, En JO dan En UJANG selaku pembantu jurulatih.

Latihan pusat bermula 26 Jun hingga 7 Julai telah diadakan di Politeknik Merlimau Melaka. Kehadiran asal 26 pemain telah menjadikan sesi latihan dan pemilihan begitu sukar dibuat. Pemilihan senarai pemain ini telah dibuat oleh panel pemilih ketika berlangsungnya kejohanan SOfbol MSP 2009 di Politeknik Seberang Perai.

Sepanjang latihan yang bermula pukul 6.30 pagi dan berakhir pukul 6.30 petang setiap hari berjalan lancar. Kesemua pemain begitu bersemangat untuk mewakili pasukan MSP kecuali 2 pemain PSP yang memilih untuk menarik diri dengan pelbagai alasan. Biar saya namakan mereka sebagai wanie dan Don.

Walaupun dilanda sedikit masalah, pasukan yang ada terus kekal dengan semangat "apa yang penting?... KERJASAMA"

Pasukan ini diketuai oleh Siti Hajar dari POLISAS... Seorang ketua yang berwibawa dari segi permainan dan kepimpinan.

Pelbagai aktiviti telah dibuat sepanjang latihan termasuk lah perlawanan persahabatan dengan pasukan OTAI CoACH... tapi yang pasti mereka tumpas hehehe. Mereka juga direndam dengan air sejuk dan juga dibawa ke kolam air panas jasin untuk sesi pemulihan kecederaan.

Pada kejohanan kali ini, pasukan MSP telah diletakkan dalam kumpulan A bersama Pulau Pinang A, Johor B, Sarawak dan Kedah. Manakala kumpulan B pula terdiri daripada MASUM, Terengganu, Johor A dan Pulau Pinang B.

Pada hari pertama MSP telah bertemu Pulau Pinang A.. dalam perlawanan ini jelas para pemain saya begitu gugup hingga mudah melepaskan mata kepada pasukan lawan. Kebangkitan di inning terakhir agak lewat unutk mengejar kedudukan mereka. MSP tumpas 6 - 10 kepada Pulau Pinang.

Hari kedua menemukan MSP dengan pasukan Sarawak. Pasukan yang dianggotai oleh mummy mummy (ramai yang dah otai) memang terkenal dengan kekuatan memukul. Perlawanan hidup mati bagi MSP ini berlangsung sengit. Atas semangat tidak berputus asa MSP menang 10-6 ke atas sarawak.

Sebelah petang pula menemukan MSP dengan pasukan Kedah yang rata-rata pemainnya dari Polimas. Perlawanan ini juga dimenangi oleh MSP dengan kiraan 11-5.

Perlawanan terakhir dalam kumpulan menemukan MSP dan Johor B. Perlawanan agak panas dengan beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan. Perlawanan yang sepatutnya mudah menjadi sukar atas masalah ini. Akhirnya MSP menang 10-4.

Walaupun tumpas dalam perlawanan awal, MSP menjuarai kumpulan A diikuti Sarawak sebagai naib johan kumpulan. Peringkat separuh akhir bertemu Terengganu berlangsung tidak seperti yang dijangkakan. Akibat terlalu menhormati pasukan lawan dan tekanan atas diri sendiri, MSP ketinggalan jauh pada innings pertama. Hanya selepas innning ketiga baru lah MSP mendapat rentak. Semangat melawan mereka begitu dikagumi penonton dan mendapat pujian daripada pengadil perlawanan. walaupun tumpas mereka tidak mengalah.

Perlawanan tempat ketiga dan keempat menemukan semula MSP dan Sarawak. Perlawanan dalam hujan tidak memberi banyak kelebihan kepada pasukan sarawak yang kelihatan menghadapi masalah ketika sesi memadang. MSP berjaya mengulangi kejayaan menduduki tempat ketiga ketika kejohanan yang sama tahun 2007 apabila menumpaskan sarawak 12-11. Kejayaan ini juga memperbaiki kedudukan tahun lepas selepas hanya menduduki tempat ke 5.

Kejayaan ini amat bermakna bagi MSP dan merupakan petanda kebangkitan dan kecemerlangan bagi semua pejuang dalam pasukan MSP. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pegawai terlibat iaitu En Mohamed Tahir Mohamed (pengerusi teknik MSP), pegawai sukan PSP, PPD, PMM dan PKM. Semua jurulatih yang telah menyumbang tenaga dan ilmu, tak lupa chaperon Puan norlina dan semua pemain MSP 2009.

Terima kasih pemain MSP 2009 AJA, GANAS, ELIS, UDE, MILA, MIRA, VOLVO, FADZ, MOKS, MIZA, KINA, NUZUL, ERINA, PUTRI, WANIE, ATIE, IFAH, SEMUT, NINONG, MAK YONG, SITI SARAWAK, FAZREEN, HIZAN .....

KORANG SEMUA MEMANG HEBAT...... TERIMA KASIH KERANA SUDI BERMAIN DIBAWAH PANJI MSP....

Wednesday, June 10, 2009

Mencari....

Salam buat semua,

Mencari sesuatu yang kita sendiri tidak pasti adalah sesuatu perkara yang paling mustahil untuk di gapai. Sehingga detik ini, saat tertulisnya bait-bait kata, diri ini tidak lagi pasti apa yang di cari. Haba semangat cukup panas tetapi tidak marak cukup untuk mematangkan penulisan ini.

Adakala, mencari dengan memerhati bait insan seni lain. Nampak jauh berbeza. Jauh untuk bersaing, jauh lagi untuk duduk sebaris. Apapun itu semua kekangan sementara. Cuma benteng sekaki yang mudah di langkah. Cuma angin semangat terus bertiup, hembus lah sekuatnya agar terbang jauh mencari dan mencari....

Antara minat dan bakat.. Perlu kedua-duanya.. Minat cuma pencetus.. Bakat penyambung nyawa. Ilmu? Perlu di cari.. Aku cuma insan yang mencuba dan mencari. Pegangan ku masa ini cuma semangat dan minat. Gaya pun belum terpahat. Nama belum lagi tertulis.

Teruskan menulis tanpa jemu.. janji ada idea.. Itu kata yang ku jumpa di layaran dan kini menjadi azam ku. Mampu kah aku? Aku cuma mencuba.. aku cuma mencari..

Selepas Hari Gaji

Sudah menjadi amalan dan budaya kita, selepas dapat gaji sahaja perkara pertama yang terbayang untuk dilakukan adalah menyelesaikan HUTANG!!! Benar, bila berhutang kita harus selesaikan tetapi kita terlalu fokus kepada yang terkemudian sehingga terlupa perkara terdahulu dan yang paling penting iaitu DIRI SENDIRI.

Berbelanja lah untuk diri sendiri... ini bukan bermaksud kita akan berbelanja dan menjadi boros tetapi cuma rasai lah nikmat gaji untuk diri anda dahulu sebelum di beri kepada pihak lain lagi-lagi kepada pihak yang bukan datang dari salur galur keluarga.

Nikmati sedikit kepayahan dan kepenatan bekerja untuk diri sendiri... ops tapi jangan sampai separuh je yang tinggal untuk belanja lain. Lihat le angka yang tercatat di slip gaji, kenal diri sendiri, timbang angka dan diri, biar berbaki dan sentiasa memenuhi. Jangan asyik tepuk dada tanya selera. Selera mana boleh jawab, yang tukang jawab halwa dan nafsu. Duit yang banyak pun kalau tidak di susuli dengan ketenangan dan keimanan akan hilang entah kemana. Tau tau belum hujung bulan, wang di poket tinggal beberapa keping. Itupun kalau ada, kalau tidak emmm bak kata seorang sahabat kita... "Yang tinggal hanya maruah dan kekacakkan kekal"

Simpan lah sedikit untuk masa susah. Memang la sekarang kita tak susah tetapi masa depan siapa yang tahu. Tanya lah pada diri sendiri tentang abadi.. tentang suci.. beringat sebelum terkena. Berapa peratus anda nak simpan terpulang la. Ikut saiz poket dan perut, kalau asyik menyimpan sampai senak perut pun buat apa. Kesihatan kan segalanya.. wang boleh dicari ketika sihat, tapi kalau dah terduduk.. terbaring.. mana boleh duit nak bergolek sendiri.

Ok ok perkara pertama dah selesai, perkara kedua pun sudah iaitu bab menyimpan. Perkara seterusnya baru le kita masuk bab nak bagi orang lain duit. Fikirkan lah mana satu yang lebih patut bagi dulu. Kenangkan lah antara jasa dan budi.. antara bunga dan percuma.. antara paksa dan rela..

Bayar mana yang patut.. bila bab bayar ni, masa bayar bukan lah masalahnya. iye lah, sudah menggunakan perkhidmatan kenalah bayar kan... Masalahnya bermula masa GUNA perkhidmatan. Macam hutang bil telepon.. masa guna, sedap bergayut sampai panas telinga pun tak perasan.. al maklumlah tengah syok terutamanya kepada geng-geng bujang. Fikir-fikir kan lah... Ada benda yang kalau tak bayar boleh mengubah masa depan kita.. jadi baik kita utamakan perkara ini. Contohnya, hutang pinjaman perumahan. Silap-silap tak bayar kena lelong. Hutang kereta, tangguh bayar kena tarik. Hutang ALONG, tak bayar dapat rantai.. best apa.. best mende... bukan rantai emas tetapi rantai ikat basikal. Bahaya!!!

Dan jangan dilupa insan tercinta.. eh! kita tak kata makwe ke pakwe ke... kita nak cerita pasal ibubapa. Ada yang panggil emak-ayah, papa-mama, ummi-abi emm lantak lah apa pun yang anda ujarkan dari mulut dengan penuh hormat jangan lah mereka dilupakan. Masa kecik-kecik dulu, mak suruh pergi kedai mesti kita minta upah 20sen.. Mak suruh sidai baju upah 20sen.. sampai mak suruh baca buku pun kita minta upah.. Ada mak cakap HUTANG tak masa bagi dulu... takde kan.. sebab kalau nak kira dari kecik sampai dah agak suam-suam remaja ni cuba kita kira, berapa kita hutang mak kita??????

Tok sah kira lah... takkan terbalas punya.

Waktu ni pandang lah kepada situasi insan tercinta.. Mana yang masih ada disisi.. jangan dilupa. Mana yang sudah pergi.. jangan dilupa doa kepada Illahi.. Percaya atau tidak, ibu ayah tidak pernah minta di balas.. tak diberi mereka senyum .. diberi pun mereka senyum. Cuma tanda ingatan dan kasih sayang, bukan pada nilai.. itu tidak penting!!!

Ingat ye....

Thursday, March 12, 2009

Komplikasi PTK dan Penyakit Seangkatan

Salam untuk teman pembaca,

Hari ini setelah lama tidak meninggalkan coretan membuahkan rasa rindu. Almaklumlah, bila bercita untuk menulis sebuah karya suatu hari nanti manjadikan diri ini tidak dapat lari dari trus mencoretkan sesuatu.

Untuk saat ini, kisah ini berkisarkan latarbelakang dewan besar POLITEKNIK MERLIMAU yang pada pagi tanggal 11 MAC 2009 berkumpul lah insan yang membudayakan penilaian cemerlang bergelar PTK.

PTK merupakan satu langkah untuk memastikan insan berkerajaan sentiasa peka dengan penilaian dan peperiksaan. Sentiasa bersedia dengan maklumat terkini yang selalunya memerlukan bacaan yang membawa kepada kelenaan tahap dewa. Rumah teratak tempat tinggal aku menjadi medan perbincangan sesi terakhir sebelum berjuang. Macam-macam kerenah teman boleh menjadi topik perbualan dan ketawa.

Bila menjadi satu kemestian untuk cemerlang bagi menerima satu anjakan yang hebat, menjadikan PTK ini suatu suatu yang amat dirindui. Biarpun jelmanya hanya 2 kali setahun tetapi ketibaan detiknya amat dinantikan oleh teman-teman kerajaan termasuklah aku yang buat julung kali mencuba.

Bukan sedikit yang harus disimpan dalam memori seorang tua ini, tetapi melibatkan beberapa buku setebal buku matematik tambahan tingkatan 5 KBSM. Umur yang makin meningkat menjadi satu punca tabiat malas menjelma, menjadi penyebab ada teman-teman mencuba untuk ketujuh kali tanpa rasa putus asa. Wal hal, urat kepala dah hampir putus menjawab soalan yang isi kandungan kepada jawapan langsung tidak menyinggah di otak ketika membuat bacaan.

Bila gagal, mula bercakap pasal keberkesanan dan releven atau tidak PTK di kaca mata kita. Mula mempertikai kesesuaian soalan yang disediakan. Mula merasakan PTL cuma penghalang kemajuan. Dan mula bercakap pasal kuota,

Thursday, March 5, 2009

Keluarga VS Kerja

Salam saya buat teman-teman yang sudi menemani coretan untuk hari ini. Hari ini ingin saya tuliskan sesuatu tentang perkara yang selalu kita lupakan. Antara kerja dan keluarga kita selalu samakan dalam tiap saat dan ketika. Acapkali dibanding beza walaupun ia sepatutnya bergandingan cuma perlukan tembok untuk memisahkan antara dua tempoh masa. Jangan sekali diletakkan dalam saat detik yang sama kerana masing-masing perlukan perhatian khusus dan istimewa.

Kerja itu tanggungjawab, keluarga pula bukan pula beban dipikul. Letak atas bahu biar beralas, jangan pula ditinggal bila hati tak mahu. Bila masa ia perlu beriringan, letakkan pada masa yang tepat. Jangan lah dikendung keduanya, berat dan besar risikonya. Tidak lah sampai kerugian wang ringgit tapi takut hilang dan kikis di hati sifat kasih dan sayang.

Tetapkan jam ditangan, kerja cuma 8 jam sehari. Selebihnya untuk keluarga teristimewa. Bila di ruang kerja, biar tegas dan tulus, baru rezeki halal terhasil. Jangan bertangguh walau sedikit kerna menjebak kepada keterpaksaan yang membawa tekanan dikemudian hari. Senang betul saya berkata-kata, saya akui ia sukar atas nama adat dan ikutan selama ini. Tapi sampai bila kita harus berubah menjadi yang terbaik untuk kerja dan keluarga. Saya juga tekadkan hati untuk bersama anda mengubah tabiat. Kerja biar cantik, biar orang menilai tanpa di kipas.

Lepas jam 5 pulanglah kerumah, pasti gembira dihati teman hidup dan si kecil yang berlari-lari mengejar kita. Siapa lah lagi perlu di hati selain insan-insan tersayang yang selama ini sudi meneman ketika suka dan duka. Ingatlah, bila pekerja hilang di ruang, mudah diganti cuma sedikit sedih yang menggigit hati. Tetapi, bila hilang di mata keluarga, merana diri bawa ke mati. Keluarga perlukan anda, bukan wang anda cuma masa dan kasih sayang yang ternilai dengan RM. Pulang lah.......

Wednesday, March 4, 2009

Cuma 30 minit

Bila tinggal 30 minit untuk berakhir, semua perkara jadi cepat. Langkah makin laju, semua tujuan yang dicari mula jelas dimata. Saat ini, masa amat berharga tidak seperti semalam bila masa amat panjang untuk ditempuhi. Bila sesuatu diletakkan had kita sukar mengapai impian tapi perkara yang sukar bukan lah mustahil. Cuma usaha dan keringat perlu lebih dalam menjadikan mimpi sesuatu yang nyata.

Tapi...

Kenapa perlu menunggu bila masa hampir berakhir. Bila masa makin menjelang senja, baru mencari erti kebahagiaan. Mencari sesuatu yang lama hilang dari dalam diri. Sudah jadi adat, kerja dihujung waktu menjadi ikutan dan budaya orang kita.

Seperti saya, menunggu detik 30 minit untuk menulis. Lihat lah hasilnya, tidak boleh dibanggakan. Idea dalam masa yang terhad membantutkan pengucapan. Terhad menjadi penjara, terkurung didalam dimensi masa yang dicipta oleh manusia. Bayangkan bila perkara sentiasa beredar mengikut aturan, tentu cantik hidup kita. Bila dirancang, seperti indah hendak dicapai. Timbul rasa puas dan bangga bila sesuatu yang diusahakan menghasilkan seperti dicita.

Tinggal 15 minit untuk saya terus menulis tanpa dirancang. Lebih kepada mencuba dari mencari. Tetapi inilah usaha pertama untuk terus mencapai cita. Menjadi penulis unggul di dunia penceritaan. Mampukah saya? jangan diberi jawapan sekarang, kerana anda tidak lagi punya masa yang cukup untuk menilai hasilnya. Mampukah dalam 2 minit anda mula menjangkakan sesuatu tentang diri dan hati saya. Jangan di andai bila tidak berkenalan mesra. Jangan mudah menjangka konon diri anda bijak menilai. Mungkin kita menilai dari cerita insan pendengki atau cuma dari mata kasar yang makin rabun dimamah tua.

Cuma 10 minit, makin dekat tempohnya, makin pantas jemari ini mencipta kata-kata. Tidak lah cantik tapi cuma latihan. Mungkin suatu hari nanti saya bergelar penulis. Genre belum bertemu, kisah belum bermula, mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin lusa. Mulai hari ini, saya akan terus menulis selama 30 minit sebelum jam 5. Mungkin jauhkan hati dari gelisah, jauhkan diri dari kehitaman. Tidak lah menyalahkan manusia lain. Semua insan cuma pelakon, ada yang baik ada juga yang belum ketemu jalan ke pangkal. Mungkin saya juga sebegitu, doakan saya jumpa langkahan. Jalan yang benar lagi ikhlas mencari apa yang hilang dari hati dan diri.

5 minit yang akhir, menjadikan rindu mula menjelma. Tanpa sedar semangat untuk terus melangkah makin semarak. Jangan dikata hangat cuma sebentar, biar genggam bara biar terus nyala. Moga bertemu lagi 30 minit di esok hari, moga Allah izinkan aku terus menulis. Moga Allah jauhkan aku dari apa yang selama ini cuba ku lari jauh. Hati ini perlukan sendal keras untuk terus berlari jauh dari yang ingin di buang. Biar tercampak jauh... jauh dari ku.

Thursday, February 19, 2009

Tesco - Harga Rendah Setiap Hari

Sejak bermula era pasaraya besar, boleh dikatakan banyak pasaraya mini mula ditunjukkan jalan keluar dari industri peruncitan di Malaysia. Kalau anda tidak percaya, cuba lihat disekeliling anda, masihkah ada banyak pasaraya mini? Kalau mungkin ada pun seperti hidup segan, mati tak mahu.

Apa keistimewaan pasaraya besar sehingga banyak insan dari golongan sederhana yang menjalankan perniagaan jenis ini gulung tikar? Menurut pakar ekonomi, peruncitan yang diamalkan di Malaysia merupakan satu oligopoli. Oligopoli bermaksud, syarikat yang teribat yang menguasai industri ini tidak lah banyak bilangannya. Bagi mereka yang baru untuk memasuki industri ini akan mendapati ia adalah satu langkah yang sukar. Disebabkan bilangan penjual agak sedikit, setiap langkah atau tindakan pesaing akan diperhatikan. Peniaga akan bertindak segera bagi menyaingi pesaing bagi setiap langkah yang mereka ambil, samada menaikkan harga atau menurunkan harga.

Tesco merupakan peruncit kelima terbesar di dunia dalam industri peruncitan. Ditubuhkan pada 1924 oleh Jack Cohen, yang memulakan perniagaan dengan membeli dan menjual barangan yang agak rosak pada harga berpatutan. Pada asalnya, Tesco lebih kepada jualan barang berbentuk makanan dan akhirnya mengembangkan kepada barangan seperti pakaian, barangan elektrik, internet dan perkhidmatan kewangan.

Tesco percaya bahawa setiap pelanggannya mahukan harga yang terbaik bagi wang yang dibelanjakan. Oleh itu, Tesco sentiasa berusaha untuk memastikan harga yang ditawarkan adalah yang terendah, tanpa mengabaikan kualiti barangan.

Tahukan anda, bahawa Tesco mempunyai 5 format pasaraya yang berbeza bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza-beza. Ia bagi membezakan Tesco dari pesaing seperti Jusco, Carrefour dan Giant. Format pasaraya yang diamalkan adalah Extra, Superstore, Metro, Express dan Homeplus. Extra - mempunyai keluasan 60,000 kaki persegi. Sasaran mereka untuk menjadi satu perhentian destinasi belibelah yang menjual makanan dan pelbagai barangan seperti barang elektrik, pakaian, barangan kecantikan, keperluan harian, barangan bermusim dan sehingga ke perkakasan. Superstore - Bentuk tradisional bersaiz lingkungan 20,000 hingga 50,000 kaki persegi, mengutamakan barang makanan tetapi tetap menjual pelbagai barangan keperluan lain. Metro - pasaraya kecil bersaiz 7,000- 15,000 kaki persegi, menjual barang makanan yang siap untuk dimakan. Selalunya diletakkan dilokasi tengah bandar dan selalunya dikunjungi oleh pelanggan yang dikategori sibuk dan tiada masa. Express - merupakan kedai keperluan serbanika bersaiz 3,000 kaki persegi. Lokasi berhampiran kawasan kediaman dan pejabat koperat. Dan yang terakhir, Homeplus - keluasan dalam lingkungan 35,000 hingga 50,000 kaki persegi dan hanya menjual barangan selain makanan seperti pakaian.

Tesco merasakan mereka perlu memahami kehendak dan keperluan pelanggan dan belajar untuk segera bertindak bagi apa-apa tindakan pelanggan mereka. Strategi ini banyak membantu mereka untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan perubahan kepada kehendak pelanggan seperti kesedaran tentang kesihatan, pertambahan jumlah bilangan ibu yang bekerja dan lain-lain lagi. Mereka mampu lakukan kerana setiap tahun mereka akan mengadakan forum tahunan yang dipanggil, "Masanya untuk pelanggan bertanya". Selalunya hampir 12,000 pelanggan akan datang untuk memberi komen dan idea terhadap produk dan perkhidmatan yang tesco sediakan. Penyediaan talian pelanggan juga banyak membantu dalam hal penyelesaian masalah terutama pelanggan.

Terdapat pelbagai strategi perletakkan harga bagi mereka yang berada dalam persaingan oligopoli. Menurut kajian, Tesco juga mengamalkan pelabagai bentuk strategi. Cuma dalam artikel ini kita tumpakan kepada strategi Harga Rendah Setiap Hari dan Dasar Harga Sama dengan Pesaing. Ini umpama satu janji Tesco untuk menyediakan harga terendah atau lebih rendah dari pesaing mereka bagi barangan yang sama. Sekiranya pelanggan dapat membuktikan barangan yang dibeli lebih mahal dari tempat lain, pihak Tesco akan memulangkan duit hanya semata untuk meletakkan harga pada harga yang sama kepada pesaing mereka. Tetapi Tesco tidak menawarkan kepada semua jenis barangan tetapi kepada sebilangan dan tertakluk kepada tempoh masa yang ditawarkan. Bermakna, harga bagi sesuatu barangan yang ditawarkan harga rendah untuk minggu ini mungkin tiada dalam senarai harga rendah minggu atau bulan hadapan.
Apa yang pasti, strategi ini mengundang kepada perang harga antara pesaing dalam industri yang sama.

Menurut satu sumber, Tesco yang mula memasuki pasaran di Malaysia pada tahun 2002 telah memiliki lebih dari 19 pasaraya yang menjana kepada pendapatan lebih RM 1,200,000. Walaupun secara logik pasaraya besar seperti Tesco ini telah menutup peluang perniagaan peruncit kecil tetapi dari satu sudut lain, ia juga membantu dalam menjana pendapatan negara dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Friday, February 13, 2009

MLM dan kerjaya

MLM dan Malaysia sangat sinonim. Pertumbuhan industri jenis ini di negara ini amat memberangsangkan. Boleh dikatakan MLM yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan sangat diterima masyarakat berbilang kaum di sini. Kerjaya tanpa musim ini menjanjikan imbuhan yang menjadi impian dan idaman manusia. Kepada mereka yang mahukan kesenangan, jalan ini merupakan satu lubang yang cukup dalam untuk digali dan dikeluarkan hasilnya.

Pelbagai bentuk dan gaya yang diamalkan oleh pelbagai syarikat MLM tetapi selalunya amalan asasnya tetap sama. Tidak menumpukan kepada jualan barang, tetapi lebih kepada membina rangkaian perniagaan. Sesetengah berpendapat orang yang dikategorikan berat mulut, pemalu, tidak ramai kawan juga boleh berjaya dalam bidang ini.

Hasil teknologi dan perniagaan gaya internet memudahkan jalan cara. Tanpa perlu mengenali client dengan tepat, dan berdasarkan maklumat dan ayat-ayat power selalunya anda tidak dikecewakan.

Pelbagai golongan menyertai rangkaian dan gaya ini. Dari golongan rendah, sederhana, profesional malah artis melibatkan diri dalam jenis perniagaan ini. Ada yang menggelarkan sebagai MLM, e-dagang dan macam-macam lagi. Perletakkan ikon terkenal nampaknya juga menjadi trend kepada syarikat ini untuk menarik minat. Insan seni selalu menjadi duta mewakili syarikat walaupun mereka sendiri tidak kenal produk yang diniagakan.

Sudah jadi adat cari makan. Peluang jangan dilepaskan. Banyak syarikat seperti tumbuh melata. Periksa lah dengan teliti latar belakang syarikat. Berdaftar dengan Akta Jualan Langsung tidak menggambarkan syarikat diuruskan dengan baik, telus dan amanah. Cuba perhatikan, statistik jumlah syarikat yang mampu bertahan lama. Tidak banyak kan? Kalau ada yang bertahan dan gah namanya pula, pasaran pula dikatakan sudah tepu. Baru nak ajak kawan masuk rupanya kawan tu dah masuk 3 bulan yang lalu.

MOdal? emm ada yang semurah RM30 seumur hidup, dan ada yang mencecah puluhan ribu. Berjaya atau tidak adalah terpulang pada usaha anda untuk mencari insan yang mahu menjadi seperti anda.

Hidup berniaga jalan MLM banyak rintangannya. Kena berani, mesti pandai cakap, info kena tepat tetapi sayangnya kerap hilang kawan dan teman dalam perjalanan menuju angka jutawan. Jangan lah sampai teman-teman sorok badan bila selisih tepi jalan. Bukan malu cuma segan, macam diluah mati mak ditelan mati bapak. Nak join tiada modal, nak tolak kawan tarik muncung berdepa-depa.

Apapun ini cuma salah satu ragam kehidupan. Kejayaan tidak datang bergolek, risiko masih ada dimana pun anda bertapak. Pilih lah jalan sendiri. Tepuk dada tanya selera. Jangan kawan makan ayam, anda pun nak makan ayam walaupun masa itu anda teringin sangat nak makan telur masak kicap dan tempe goreng.

Price Matching Policy - TESCO vs Carrefour

Price Matching Policy - TESCO vs Carrefour

Hypermarket is act as an oligopoly. An oligopoly is a market dominated by a few large suppliers. The degree of market concentration is very high (i.e. a large % of the market is taken up by the leading firms). Firms within an oligopoly produce branded products for which advertising and marketing is an important feature of competition within such markets. There are also barriers to entry.

The Distinguishing Characteristics of Oligopoly are the number of firms is small enough that actions by any individual firm in the industry on price, output, product style or quality, introduction of new models, and term of sale have perceptible impact on sales of other firms in the industry. In Malaysia supermarket, there are four big firms: Tesco, Carrefour, Giant, and Jusco. · The firms sell homogeneous or heterogeneous products. The product or service sold in Malaysia supermarket may be differentiated by promotion and advertisement, such as soft drinks, cereals, and athletic shoes, or relatively undifferentiated, such as an agricultural product.· The distinctive feature of oligopoly is the easily recognizable interdependence among the firms in the industry. This means that each firm must take into account the likely reactions of other firms in the market when making pricing and investment decisions. To gain more market share, both price competition and non-price competition are notified apparently in Malaysia supermarket industry.

There are many types of pricing strategy the firms in oligopoly might use. Tesco’s price strategy are more focus on Tesco’s Low Price Guarantee (Price-Beating Guarantee and Price-Matching Guarantee), and Every Day Low Price strategy (EDLP).To understand the reason why Malaysia supermarket uses those price strategies, we might use the kinked demand curve in oligopoly market to explain. Sometimes when an oligopolies cuts its prices, competitors quickly feel the decline in their sales and are forced to match the price reduction. Alternatively, if one firm raises its prices, competitors rapidly gain customers by maintaining their original prices and hence have little or no motivation to match a price increase. For many goods sold by supermarkets, the demand is inelastic and a change in price will not bring about an increase in the total sales of the product. In such conditions any supermarket can increase its share of the total by cutting its price but this is likely to cause a response by other supermarkets also cutting their price. Such competition will not increase total sales but will cut profits of all the multiples. Under these conditions all the multiples can increase their profits by reaching a tacit agreement as to the optimal, or near optimal, price level and keep to that level for fear of retaliation if they break rank. Price leadership is one way of signaling the appropriate price level.

To consumers, it might be a bad news regarding to lose in buying power. Consumers will no longer able to make a right choice in buying process. All now depend to the oligopolies. They set the price and as a buyer you not have much choice. In what matters, compulsory goods still needed. As long as they not raise its prices and the others will follow to match, we as a consumer will remain safe.