Cuma AKU

Cuma AKU

Wednesday, June 10, 2009

Mencari....

Salam buat semua,

Mencari sesuatu yang kita sendiri tidak pasti adalah sesuatu perkara yang paling mustahil untuk di gapai. Sehingga detik ini, saat tertulisnya bait-bait kata, diri ini tidak lagi pasti apa yang di cari. Haba semangat cukup panas tetapi tidak marak cukup untuk mematangkan penulisan ini.

Adakala, mencari dengan memerhati bait insan seni lain. Nampak jauh berbeza. Jauh untuk bersaing, jauh lagi untuk duduk sebaris. Apapun itu semua kekangan sementara. Cuma benteng sekaki yang mudah di langkah. Cuma angin semangat terus bertiup, hembus lah sekuatnya agar terbang jauh mencari dan mencari....

Antara minat dan bakat.. Perlu kedua-duanya.. Minat cuma pencetus.. Bakat penyambung nyawa. Ilmu? Perlu di cari.. Aku cuma insan yang mencuba dan mencari. Pegangan ku masa ini cuma semangat dan minat. Gaya pun belum terpahat. Nama belum lagi tertulis.

Teruskan menulis tanpa jemu.. janji ada idea.. Itu kata yang ku jumpa di layaran dan kini menjadi azam ku. Mampu kah aku? Aku cuma mencuba.. aku cuma mencari..

Selepas Hari Gaji

Sudah menjadi amalan dan budaya kita, selepas dapat gaji sahaja perkara pertama yang terbayang untuk dilakukan adalah menyelesaikan HUTANG!!! Benar, bila berhutang kita harus selesaikan tetapi kita terlalu fokus kepada yang terkemudian sehingga terlupa perkara terdahulu dan yang paling penting iaitu DIRI SENDIRI.

Berbelanja lah untuk diri sendiri... ini bukan bermaksud kita akan berbelanja dan menjadi boros tetapi cuma rasai lah nikmat gaji untuk diri anda dahulu sebelum di beri kepada pihak lain lagi-lagi kepada pihak yang bukan datang dari salur galur keluarga.

Nikmati sedikit kepayahan dan kepenatan bekerja untuk diri sendiri... ops tapi jangan sampai separuh je yang tinggal untuk belanja lain. Lihat le angka yang tercatat di slip gaji, kenal diri sendiri, timbang angka dan diri, biar berbaki dan sentiasa memenuhi. Jangan asyik tepuk dada tanya selera. Selera mana boleh jawab, yang tukang jawab halwa dan nafsu. Duit yang banyak pun kalau tidak di susuli dengan ketenangan dan keimanan akan hilang entah kemana. Tau tau belum hujung bulan, wang di poket tinggal beberapa keping. Itupun kalau ada, kalau tidak emmm bak kata seorang sahabat kita... "Yang tinggal hanya maruah dan kekacakkan kekal"

Simpan lah sedikit untuk masa susah. Memang la sekarang kita tak susah tetapi masa depan siapa yang tahu. Tanya lah pada diri sendiri tentang abadi.. tentang suci.. beringat sebelum terkena. Berapa peratus anda nak simpan terpulang la. Ikut saiz poket dan perut, kalau asyik menyimpan sampai senak perut pun buat apa. Kesihatan kan segalanya.. wang boleh dicari ketika sihat, tapi kalau dah terduduk.. terbaring.. mana boleh duit nak bergolek sendiri.

Ok ok perkara pertama dah selesai, perkara kedua pun sudah iaitu bab menyimpan. Perkara seterusnya baru le kita masuk bab nak bagi orang lain duit. Fikirkan lah mana satu yang lebih patut bagi dulu. Kenangkan lah antara jasa dan budi.. antara bunga dan percuma.. antara paksa dan rela..

Bayar mana yang patut.. bila bab bayar ni, masa bayar bukan lah masalahnya. iye lah, sudah menggunakan perkhidmatan kenalah bayar kan... Masalahnya bermula masa GUNA perkhidmatan. Macam hutang bil telepon.. masa guna, sedap bergayut sampai panas telinga pun tak perasan.. al maklumlah tengah syok terutamanya kepada geng-geng bujang. Fikir-fikir kan lah... Ada benda yang kalau tak bayar boleh mengubah masa depan kita.. jadi baik kita utamakan perkara ini. Contohnya, hutang pinjaman perumahan. Silap-silap tak bayar kena lelong. Hutang kereta, tangguh bayar kena tarik. Hutang ALONG, tak bayar dapat rantai.. best apa.. best mende... bukan rantai emas tetapi rantai ikat basikal. Bahaya!!!

Dan jangan dilupa insan tercinta.. eh! kita tak kata makwe ke pakwe ke... kita nak cerita pasal ibubapa. Ada yang panggil emak-ayah, papa-mama, ummi-abi emm lantak lah apa pun yang anda ujarkan dari mulut dengan penuh hormat jangan lah mereka dilupakan. Masa kecik-kecik dulu, mak suruh pergi kedai mesti kita minta upah 20sen.. Mak suruh sidai baju upah 20sen.. sampai mak suruh baca buku pun kita minta upah.. Ada mak cakap HUTANG tak masa bagi dulu... takde kan.. sebab kalau nak kira dari kecik sampai dah agak suam-suam remaja ni cuba kita kira, berapa kita hutang mak kita??????

Tok sah kira lah... takkan terbalas punya.

Waktu ni pandang lah kepada situasi insan tercinta.. Mana yang masih ada disisi.. jangan dilupa. Mana yang sudah pergi.. jangan dilupa doa kepada Illahi.. Percaya atau tidak, ibu ayah tidak pernah minta di balas.. tak diberi mereka senyum .. diberi pun mereka senyum. Cuma tanda ingatan dan kasih sayang, bukan pada nilai.. itu tidak penting!!!

Ingat ye....