Cuma AKU

Cuma AKU

Wednesday, November 25, 2009

Mencari...

Sejenak memikirkan sesuatu yang berlalu kekadang menjadikan kita alpa tentang apa yang mendatang. Toleh kebelakang selalunya menjadikan hati jadi sayu dan layu. Adakah langkahan kita selama ini masih pada landasan atau sudah tercicir jauh disimpang lain.

Bila bertentang dengan tempoh masa yang masih belum pasti pula menjadikan kita lebih diawangan dengan impian yang penuh kisah indah. Nampak mudah seperti melihat kejayaan orang lain sebagai kejayaan sendiri tetapi hakikatnya sukar untuk digapai serupa seperti insan yang telah berjaya.

Sesuatu yang paling sukar adalah langkah mula. Hendak melangkah kaki yang mana? Perlukah kita melompat jauh sedikit sebagai pencetus? Atau perlu kita melihat orang lain melangkah baru kita jadikan ikutan. Mungkin masa itu tidak menunggu dan ketikanya kita telah jauh ditinggalkan.

Sampai masa yang benar kita selalu tersilap congak. Samada ke kiri atau ke kanan selalu menjadi punca antara bintang dan asap hitam. Mana ada jalan lurus yang mudah. Selalunya penuh duri dan liku. Hendak diharung atau tidak jangan ditanya orang lain tetapi tepuk dada tanya hati.

Bila ditanya tentang impian, semua kita mahukan. Bila diperkata tentang cita-cita, tidak pula kita mahu mengalah dengan yang lain. Maklumlah namanya cita-cita mesti mahu tinggi baru sukar dicapai. Orang jadi penulis awak pun nak nama sebegitu. Orang jadi peniaga awak masih ditakuk penakut nak tanggung bahaya risiko. Macam mana kita nak berjaya ni???

Selalu orang tua-tua berkata, setiap kejayaan seorang LELAKI pasti ada seorang PEREMPUAN dibelakangnya. Betul ke? emmm kita fikirkan sejenak. Sokongan setakat sokongan mata sahaja, itu pun selepas si dia lenguh mengeluh dan mengomel. Bila mulut dah lenguh sampai tergeliat baru lah mata sahaja memerhati dengan hati yang si lelaki sendiri tidak pasti isinya.

Cerita pasal wang selalu menemukan kita dengan kisah sengsara bila gagal menjana. Penjanaan di detik mula perlukan anjakan bernilai. Nilainya cuma kepingan kertas berharga dan sedikit keringat yang penuh semangat. Sedih hati ini bila niat untuk merubah kehidupan cuma dipandang seperti mayat hidup yang dungu tentang dunia. Malas nak berbalah bila kita kenal akan gerak tubuh dan maksud di muncung yang panjang.

Keluhan seorang lelaki selalunya tidak beerti kerana wanita kini sudah mula menjadi pemimpin tidak berdaftar. Payah lah dunia bila penuh dengan kemuskilan dan sukar dirungkai dengan kata-kata kosong seorang lelaki.

Lain yang dipinta dan lain yang kita selalu dapat. Perlukah berharap untuk semua perkara walhal kita selayaknya lakukan sendiri tanpa tangan-tangan lain. Dah menjadi tanggungjawab jadi pikul lah seadanya.

Sentiasa berfikir yang kita mampu lakukan semua. Biar banyak pilihan supaya kita tidak terkongkong dengan bayangan sendiri. Bila mencari biar lah sampai jumpa......

Jadi tanya lah diri, apa yang dicari. Jadikan ia piroriti, buat yang wajib lakukan yang sunat. Amalkan yang baik-baik.