Cuma AKU

Cuma AKU

Tuesday, September 28, 2010

Salam hari raya

Masih belum terlewat untuk ku ucapkan ucapan hari raya ku di sini. Masih dalam syawal wapaupun dipenghujungnya. Ramadhan kali ini sama seperti selalu, cukup indah cuma bagi aku yang kurang berkesempatan memenuhi keperluan hati rasa terkilan. Mungkin Ramadhan akan datang membawa perubahan pada ku dan keluarga.

Bila terfikir cuma tak dikeraskan hati... selalu sahaja lebih kata dari perbuatan. Masalah sungguh aku ini. Macam mana baru perbuatan mengikut kata, kan itu lebih baik. ehhh ini kisah aku, dan sekarang aku sedang mengata diri sendiri.

Ketenangan hadir bukan dari wang tetapi ia menerjah diri bila hati jadi sempurna. Ada ke kesempurnaan dalam hati dan diri? Cari lah sendiri... tentu ketemu. Cuma macam aku entah bila walau masih terus mencari.

Apa yang aku cari? Kekuatan diri, kemasyuran dan sesuatu yang sentiasa ada dalam fikiran tetapi sukar dikecap. Sukar bila ia dikatakan sukar, mudah bila sentiasa positif di kepala. Dengan sedikit semangat, aku akan cari sesuatu yang aku suka.

Tunggu...

Aku belum mohon kemaafan dari kalian yang membaca selama ini. Ku susun 10 jari,ku pohon kemaafan sempena aiditfitri yang indah. Moga perjalanan kalian terus tersusun cantik.