Cuma AKU

Cuma AKU

Friday, May 20, 2011

Cuti2 MALAYSIA Edisi Cherating

Kasihan ku lihat anak2 minta di bawa bercuti.. lama tak mandi kolam katanya.. Tuntutan tugas kekadang melumpuhkan segalanya. Apa yang dirancang cantik akhirnya terbengkalai di tengah jalan. Akhirnya, kali ini, aku tidak lagi merancang... tetapi percutian tanpa dirancang lebih memberi cabaran. Aku sekeluarga bertolak ke destinasi pilihan MAMA (last minute) iaitu Cherating... Holiday VILLA..


(alamak... kena sambung lain kali) Here i am menyambung cerita ini setelah lama di tinggalkan... Sangat2 sibuk hingga terlupa tentang janji menghabiskan kisah ini. Bertolak ke destinasi tanpa sebarang masalah di dalam perjalanan membuatkan segalanya mudah dan indah. Walau pun, sedikit tersalah arah apabila sangat-sangat hampir dengan desinasi. Percutian kali ini bukan kami berlima tetapi bersembilan hehehe opah, nyah, acu dan bakal mak cu anak-anakku join sekali. Lokasi percutian ini sangat cantik, dilengkapi dengan permandangan dan kemudahan yang sangat menyenangkan bagi mereka yang ingin berehat dan bersantai. Ada beberapa jenis penginapan yang disediakan di lokasi ini dan yang paling menarik hati saya adalah bilik yang berkonsepkan VILLA. 

Rumah kayu yang sangat cantik dan kelihatan mewah ini ditawarkan pada harga yang agak tinggi tetapi berbaloi. Cuma belum rezeki saya untuk menginap di VILLA seperti itu. Mungkin kunjungan saya yang akan datang saya berpeluang berbuat demikian. Laut yang luas dan pantai yang bersih merupakan satu tarikan kuat buat lokasi ini. Saya sangat suka dengan kedudukan restoran di sini kerana sambil menjamu selera dengan makanan yang sedap, angin yang bertip ke wajah dai laut yang luas menjadikan sesi santapan menjadi lebih menarik. Terdapat banyak kedai makan sekitar lokasi percutian saya ini dan ini memberi saya pilihan yang pelbagai dalam mencari juadah makan malam. Ada ikan bakar, tomyam, masakan kampung dan macam2 lagi. Percutian 3 hari 2 malam keluarga saya kali ini sangat menyeronokkan terutama buat si kecil bertiga. Gembira berendam di dalam kolam renang sehingga kecut2 kulit tangan. Semoga kami boleh bercuti lai di masa2 akan datang. Saat yang paling membahagiakan adalah bergembira disamping keluarga tercinta. LIke....