Cuma AKU

Cuma AKU

Wednesday, December 12, 2012

12/12/12

As-salam pembaca sekalian,

Hari ini merupakan suatu tarikh yang cukup istimewa buat mereka yang mengabadikan detik ini sebagai pengikat hubungan secara rasmi. Menurut berita pagi yang saya dengar dalam perjalanan ke bangunan parlimen menyatakan ada lebih 300 pasangan dijangka mendaftarkan perkahwinan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara seluruh negara. Terima kasih kepada radio Sinar Pagi.

12/12/12 hanya sebaris angka biasa kepada sebilangan orang tetapi ia mungkin tarikh cantik kepada mereka yang memilih detik ini sebagai hari sejarah mereka. Apapun alasannya ia bakal menjadi sejarah indah yang mudah diingati dan bakal diabadikan buat tatapan masa hadapan.

Walau bagaimanapun, tidak semua itu indah bagi yang lain. Hari ini saya terima berita pemergian sahabat zaman persekolahan tahun 1989-1991 di SMAKL. Moga Allah letakkan arwah sebaris dengan roh-roh orang beriman. Terima kasih kepada sahabat SMAKL yang menziarahi jenazah mewakili teman-teman yang tidak dapat hadir sama.

Saya sendiri berada di dalam Dewan Negara ketika ini kerana bertugas. Hanya doa yang dapat saya kirimkan buat teman saya ini. Al-Fatihah....

Apapun kejadian adalah kehendak yang Esa. Kita sebagai hambanya harus redha dan bersyukur dengan ketentuanNya. Tarikh kekal sebagai tarikh dan ia bakal menjadi lipatan sejarah buat kita semua. Bagaimana kita menjadikan ia sebagai nota ikhtibar adalah lebih penting dalam kehidupan kita.

Saya kekal sebagai saya. Hanya berdoa kepada Allah agar diberkati umur dengan kehidupan yang lebih bermakna sebagai muslim sejati. Moga Allah jauhkan sebarang penyakit dan kejahatan agar saya kekal menjadi insan berbakti kepada ibubapa, keluarga dan manusia. Amin.