Cuma AKU

Cuma AKU

Thursday, May 16, 2013

RM2.50

RM2.50...

Hari ini bila jarum jam hampir pukul 1.00 seperti biasa aku mula mencari teman makan. Ah! hari ini opis kosong, ramai rakan sepejabat bertugas di luar. Mundar mandir aku ke pejabat sebelah dan masih sama tiada yang sesuai untuk di bawa makan. Ye lah, takkan nak pelawa anak2 dara, marah la nanti isteri tercinta...

Keputusan akhir, aku keluar seorang diri menuju ke lokasi di mana salah seorang buah hati ku makan tengahari. Sekolah sekitar Putrajaya dan buah hati ini adalah anak sulung ku Alya.

Kantin nampak penuh dengan kelibat anak-anak kecil membeli makanan dan minuman. Teringat zaman aku sekolah dulu. Sekolah rendah, emak bekalkan 50 sen sehari. Masa tu selayaknya aku makan nasi lemak sepinggan biasa (40 sen) dan air sirap atau oren segelas (10 sen). Cukup kenyang, walaupun aku gagal menyimpan secara harian.. tiada baki untuk dibawa pulang. Sekeping kuih baru lebih kurang 10 sen. Pilihan juga boleh tahan, ada nasi lemak, ada bee hoon (mee halus), mee gorang, Kuew Tiow goreng (sori kalau salah ejaan), ada kuih, keropok, gula-gula.

Tetapi hari ini, pilihannya masih lebih kurang sama cuma ada satu perkara berbeza...

HARGA.

Mungkin ibubapa seperti aku tahu harga belanja harian anak-anak sekolah masa kini. Tidak lah lagi dapat serendah dahulu. Tolak ketepi pasal inflasi, kenaikan harga barangan atau apa-apa faktor ekonomi yang kalau nak dibincangkan pun bukan lah pakar.

Hari ini apa yang ingin dicoretkan buat kalian hanya lah satu situasi benar yang berlaku di depan mata aku sebagai pembeli dan bapa. Untuk anak ku atas permintaannya .. nasi putih + ayam kari + kuah + telur goreng.. untuk ku, nasi goreng (pagi tadi punya kot sebab rasanya dah tak best) + ayam kari + air nescafe ais... semuanya RM7.00... Harga boleh la bagi seorang yang bekerja seperti aku...

Berbaris di belakang ku, seorang anak kecil yang ku rasa mungkin anak murid darjah satu kecil badannya dari anakku, memegang sepinggan nasi putih dan ayam kari di tangan kanan dan di tangan kiri sekeping wang Satu Ringgit. Eh... tak cukup duit budak ini fikirku berdasarkan harga makanan yang baru ku bayar. Kaunter kantin ini dijaga seorang lelaki iras Bangla. Bunyi percakapannya juga menyakinkan aku memang dia seorang Bangla (mungkin salah seorang pengundi) hahhahaha....

Tengok abang, budak-budak banyak tak cukup wang mau beli barang... Mat bangla memandang aku bila budak kecil itu menggelengkan kepala bila harga yang perlu dibayar adalah RM2.50... Harapan ku masa itu, mungkin Mat Bangla ni bakal belanja dan memberi percuma sahaja tetapi nampaknya itu cuma khayalan ku sahaja...

Budak kecil ini tetap menggelengkan kepala bila diminta menambah wang yang tidak cukup... aku terbayangkan kalau lah anak kecil ini anak ku yang tidak punya wang yang cukup tetapi sangat kepingin untuk makan nasi lauk kari ayam... apa perasaan ku? emmm tak boleh jadi, sebabkan malas nak berceramah kepada abang bangla tadi.. aku bayarkan baki bayaran... sebab duit seringgit yang dipegang anak kecil tadi sudah pun berada didalam genggaman abang bangla... Terima kasih ya abang... ucap abang bangla tadi. Berlari anak kecil tadi membawa pinggan nasi dan ayam kari ke kumpulan yang sedia menunggu...

Macam-macam yang bermain difikiranku...

Berapa belanja yang sesuai buat anak-anak sekolah rendah zaman sekarang?

Berniaga vs Amal? adakah tidak ada rasa sekelumit simpati peniaga kepada anak-anak kecil... atau sememangnya harga yang dikenakan sudah terlalu murah...

Ini Putrajaya la... harga itu harga patut... Ibubapa kerja kerajaan. Orang kerajaan semua kaya-kaya ke???

Mari kita fikirkan bersama.... terima kasih kerana sudi membaca...

Wednesday, May 15, 2013

Esok Hari Guru...

Esok hari guru..

Kakak nak belikan semua cikgu-cikgu kakak hadiah... "Berapa ramai cikgu di sekolah kakak? Belum gaji lagi ni" Tanya aku kerisauan. Almaklum baru 15hb, kalau dah cikgu yang kakak nak beri hadiah ada seramai 10 orang, alamat puasa la aku sampai hari gaji. Kesian adik demam, tidak boleh sambut hari guru. Save duit papa hehehe... Ariq kata "Kakak hari Jumaat ini kan Hari Teacher" Hari guru lah jerit kakak kepada Ariq si boboi yang baru 4 tahun. "Hari Teacher la... teacher Ariq yang cakap tadi kat sekolah." cuba menegakkan kenyataan yang sebenarnya. Senyum aku tengok gelagat anak-anak .. teacher dan guru kan sama. Ada yang panggil guru, cikgu, teacher, sifu, sir, pensyarah, tuan guru, mudir dan macam-mana gelaran lagi. Yang penting mereka-mereka ini sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa mereka mungkin kita tidak berada di tempat kita berdiri sekarang. Jasa mereka jangan dilupa. Mereka tidak pernah mengharapkan balasan. Mereka bangga bila tahu ada kalangan anak murid menjadi orang penting dalam negara. "Itu si polan bin si polan itu anak murid saya dulu, baik budaknya... rajin belajar... memang patut dia jadi orang besar sekarang"

Kalau sekarang ada antara kita yang berjaya, cuba toleh ke belakang. Ingatkah kita nama-nama pendidik masa mula-mula kita melangkah ke sekolah?... Cuba senaraikan... tentu ada yang kita suka... tentu ada juga yang kita kurang suka sebab cikgu ni garang, suka marah-marah, pernah ketuk jari kita dengan pembaris. Yang mana satu yang paling kita ingat dan kekal dalam ingatan. Yang baik atau yang garang??

Sentiasa yang garang lebih lekat diingatan dan dekat dihati... lagi-lagi kalau yang pernah sebat atau hukum kita macam-macam. Dendam??? Tidak pada aku... kalau tidak kerana aku disebat, diketuk, dibedal dulu mungkin sekarang aku seorang pencuri hahaha

Cerita pasal hadiah... aku pernah bergelar seorang guru. Bermula tahun 2003 sehingga tahun 2009 aku mendidik lepasan SPM dalam bidang yang aku sendiri tahu... Setiap tahun akan ada acara rasmi sambutan hari guru walaupun aku tidak dipanggil dengan gelaran itu mahupun cikgu. Cuma bidang kerja aku sama dengan guru.. mendidik. Acara tidak rasmi selalunya lebih menarik... Aku dan kawan-kawan akan bertanding siapa yang akan dapat hadiah lebih banyak dari anak didikan kami... Itulah penanda aras samada KAMI disukai, digemari atau dibenci pelajar... hahahaha Dan selalunya kawan-kawan yang bergelar GURU DISPLIN pasti tewas teruk. Sehinggakan kekadang langsung tiada bungkusan hadiah atau kad ucapan di meja mereka-mereka yang garang. Aku? tentunya antara yang mendapat banyak hadiah, bunga, coklat dan kad ucapan... Hadiah paling istimewa pernah kuterima dari mereka yang kudidik... sebuah handphone sebagai ganti handphone ku yang berderai di hempas KAKAK (anak sulungku). Bukan pada harga tetapi pada nilai keprihatinan... padahal budak-budak tu susah nak contact aku.. itu yang cepat-cepat dibelikan gantinya... Tapi itu lah hadiah yang cukup menyentuh perasaan...

Doa ku buat guru-guru yang terdahulu... Moga Allah limpahkan kesihatan dan kebahagiaan buat kalian yang berjasa mendidik ... Buat anak-anak didik ku... Moga Allah memberi kejayaan buat kalian... Selamat Hari GURU ...