Cuma AKU

Cuma AKU

Thursday, June 12, 2014

Aku dan Tips Pilih IPTS

Buat adik2 yang tidak dapat IPTA,

Jangan kalian kecewa dan jangan lah berduka. Ini bukan penghujung kepada suatu perjalanan. Mungkin dah tertulis, ia belum rezeki anda. Jangan patahkan hati, jangan resahkan jiwa... 

Adik2 sekalian... 

Tahukah kalian di Malaysia ada lebih 500 Institusi Pendidikan Tinggi Swasta?
Ada yang kategori Universiti, Kolej Universiti dan Kolej...

Ada yang ada kampus, besar, luas... cantik...
Ada juga yang kecil, rumah kedai je...

Jadi... kenalah pandai2 PiLiH...

Meh... baca beberapa tips sebelum memilih IPTS...

  1. IPTS mesti berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Kursus Pengajian yang dikendalikan masih sah laku kelulusan, telah mendapat Akreditasi daripada pihak MQA dan diiktiraf oleh pihak JPA.
  3. Yuran yang dikenakan mengikut kepada kelulusan Kementerian.
  4. Lihat kemudahsn dan infrastruktur yang ada di IPTS. Cukup? SESUAI?
  5. IPTS disenaraikan dalam SETARA 11 atau MYQUEST 2013. Lihat bintangnya.
Memilih IPTS bukan satu perkara yang MUDAH.

Oleh itu, semak dan fshami.. lawat lokasi... baru pilih bila puas hati.

Panduan pemilihan IPTS boleh dimuat turun dari laman sesawang
http://www.moe.gov.my

Wednesday, June 11, 2014

AKU dan PREZI

Pernah dengar PREZI?

Pernah tahu apa itu PREZI?

Bukan jenis air minuman.. juga bukan aiskrim...
Bila Lecturer yang mengajar tanya soalan-soalan di atas.. aku pun jawab "Sumpah first time"

Bila dilihat dengan lebih dekat lebih kurang aplikasi Powerpoint..
Ada pro and kontra kalau ingin dibuat perbandingan...

Penyediaan satu presentasi mudah gunakan PREZI atas tiket sudah ada template yang sangat-sangat membantu... namun ia aplikasi atas talian... 
sukar bila tiada talian internet...

Powerpoint tidak perlu dibincangkan kerana rasanya ramai yang sedia maklum. PREZI pun sama, mungkin ramai yang seperti saya yang pertama kali mengenali PREZI.

Apa-apapun... ILMU yang baik... TQ SIFU..



Aku dan PIALA DUNIA

Mengira DETIK bermulanya kejohanan berprestij.. PIALA DUNIA 2014 dengan BRAZIL selaku tuan rumah. 

Aku ini peminat bola namun aku bukan seorang yang GILA BOLA. Bila memerlukan aku berkorban masa TIDUR ku untuk bola selalunya aku GAGAL dan selalu juga TV yang menonton corak tidur ku sepanjang perlawanan.

Seperti orang lain.. aku juga ada PASUKAN yang aku minati... dan selalunya TEAM ini jarang ada yang minat...

yehaaaaa.....



Aku dan Power Presentation...

CPCM - Power Presentation
***
Terpilih dari ramai geng DH yang menanti saat dipanggil menghadiri.. syukur. 

Tambah ilmu.. tambah rakan.. tambah talian hayat..

Daripada 23 yang hadir, hampir keseluruhan adalah CIKGU POLI. Hanya aku dan beberapa yang REHAT dari menjadi CIKGU. Aku di HQ manakala yang lain menyabung nyawa di Universiti (sambung belajar)... Bab presentation ni rasanya memang MAKANAN cikgu-cikgu. Dah hari-hari tanpa jemu menyampaikan ilmu buat anak bangsa.

Ingin ku kongsikan antara yang kupelajari dan teladani sepanjang 4 hari berkampung di Ancasa Pudu. Separuh masa pertama tempoh berkursus, pengisiannya lebih kepada corak, bentuk, cara presentasi menjadi lebih menarik, tertarik, power dan terkesan dihati, diingati dan dijadikan amalan.

Tips 1
Cara Salam Dominan

Untuk mempengaruhi jabat perlu dominan. Orang yang ingin kan pengaruh dan inginkan menjadi sesuatu tangannya selalu lebih di atas dari yang didominasi. Bak kata sahabat, salam senget bukan salam keruk. Selama ini salam tidak nampak rupanya. Bila diberi ilmu ini baru kutahu, salam juga mampu mempengaruhi keputusan perniagaan, pengurusan dan pentadbiran.

Tips 2
Duduk di sebelah KANAN pendengar

Ilmu ini juga baru bagiku. mungkin salama ini bagiku sama sahaja samada di kanan atau di kiri janji perbualan berlangsung, mesej disampaikan dan maksud tercapai. Rupanya andai ingin menyampaikan sesuatu yang memerlukan si pendengar dipengaruhi dan sterusnya membuat keputusan, bercakap lah ketika kedudukan kita di sebelah kanan. Mesej yang masuk melalui telinga kanan akan mempengaruhi otak yang kuat berimaginasi (kanan) dan tidak diganggu oleh otak yang hanya menerima fakta (kiri).

Tips 3
Sentiasa Mempengaruhi DIRI Sendiri

Bila sesuatu melanda dan menyebabkan keresahan melanda hingga ketenangan mula hilang dan senyuman mula pudar, cara ini mungkin BOLEH membantu. Bila rasa resah.. katakan "Ya.. saya tenang, saya amat tenang dan saya berasa sangat-sangat tenang" ucap dengan kata-kata biar terdengar dicuping telinga sendiri.

Bila rasa mengantuk, lesu dan tidak ceria... bangun, berdiri, katakan kepada diri sendiri... "AKU SEORANG YANG CERIA... AKU SEORANG YANG SIHAT... AKU SEORANG YANG HEBAT... YES YES YES"

Cuba lah...

Tips 4
Impak Komunikasi

Menurut Albert Mehrabian.. impak sesuatu komunikasi bukan terletak sepenuhnya kepada KATA-KATA...

Kerana ia hanya mewakili 7% sahaja dari keseluruhan IMPAK..
Jadi mana bakinya... 

38% - Nada Suara
55% - Gerak Tubuh

Nada suara yang tinggi mampu menggerunkan.. nada yang rendah dan sayu boleh meruntun hati turut bersedih.. dan percaya atau tidak, gerak gaya dalam berkomunikasi mampu menyampaikan maksud sesebuah mesej dengan lebih TEPAT dan BAIK.

Tips 5
Sampaikan lah sesuatu PERKARA dengan BERCERITA..

Tiger WOOD berjaya menjadi pemain GOLF yang HEBAT hanya dengan mendengar NASIHAT pengajarnya yang hanya meminta BELIAU mengalihkan tangannya 2mm dari pegangan BIASA.


Lain-lain ILMU

Hasil ujian mudah yang dilaksanakan aku terkategori sebagai seorang yang KINESTHETIC atau dalam bahasa biasa.. LAMBAT hahhahaha...

 Agree to Disagree

Disagree to Disagree

So payah hahhahhaha


Aku & Cadbury

Aku dilanda keraguan...

Antara kegemaran dan kejanggalan menjadi satu benteng yang kurang menggembirakan.
Dari kecil dididik... babi itu HARAM... najis BERAT... jangan disentuh apatah lagi dimasukkan ke mulut.. minta jauh. Dari kecil ya... bukan cerita semalam atau seminggu yang lalu... tetapi dari kecil...

Tiba-tiba...

Tersentak... bila sesuatu yang kian menjadi pilihan sebagai bahan makan masa senggang telah diistihar ada DNA babi... 
Geleng kepala tanda HAIRAN... berkerut kening rasa GERAM... tertanya-tanya, bagaimana perkara yang sangat-sangat sensitif seperti ini dipandang ringan. 

Takkala kita masih TERKEJUT dengan kehadiran tanpa sedar najis BERAT ini dalam cekelat Syarikat MALAYSIA... Terima kasih kepada KKM atas maklumat (walaupun ada yang kata ini semua dakyah nak menjahanamkan syarikat BUMI)... 
Kita sekali lagi dikejutkan... CADbury HALAL dimakan... ada DNA namun HALAL. Terus COMPIUS... 

Kenyataan "Hanya JAKIM yang mempunyai kuasa atas STATUS HALAL..."

Mungkin tidak nampak hidungnya atau pun isinya... namun keraguan buat perut ku mual membayangkan binatang ini menjadi bahan makanan. Siap sedia HARAM... 

Kalau tanya aku, bila RAGU-RAGU, baiklah diTINGGALkan...

Terpulang...

Tuesday, June 10, 2014

Update BEKAM

Syukur...

Sudah 3 kali telah ku jalani rawatan bekam dan kesannya menakjubkan dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, aku tidak lagi menanggung derita sakit kepala/migrain. Masuk kali ketiga ini, rasa sakit semasa rawatan juga sudah boleh kutahan. Alah bisa tegal biasa....

Untuk rakan2 yang ingin mencuba, sekarang sedang ada offer bulan Shaaban... hanya RM100 untuk bekam overhaul (satu badan + kepala)...

Pusat bekam ini juga akan ditutup sepanjang bulan Ramadhan.

Alamat dan no tel pusat bekam, mohon lihat entry saya terdahulu.


Sekian.