Cuma AKU

Cuma AKU

Wednesday, October 22, 2014

Aku dan Denggi

Seksa....

Itu satu perkataan yang menggambarkan segala-galanya. Bermula dengan sakit kepala yang menyerang dan tubuh badan mula rasa semacam...

Petang Khamis... ku pulang awal dari pejabat, berehat dan berharap sakit kepala yang menyerang adalah migrain yang biasa menyinggah...

Jumaat... pagi-pagi berteman isteri yang menyayangi, aku berjumpa Tuan Doktor. "Kamu demam tetapi tidak batuk atau selsema. Kamu juga sakit kepala dan bisa badan. Semua tanda ini menunjukkan kemungkinan kamu demam denggi" Adoi....

Sebelum pulang doktor pesan, selepas tiga hari kalau demam tidak kebah... jumpa doktor semula untuk cek darah.

Rajin aku makan ubat.. setiap kali makan demam ku kebah tapi bertahan hanya untuk seketika. Demam pun menyapa semula...

Ahad... rasa badan semakin lesu... demam yang hadir masih tidak mahu pergi... tempoh 3 hari ikut pesan doktor sudah sampai... akhirnya aku ke hospital... rujuk Jabatan Kecemasan... cek suhu, ambil darah... tunggu sejam baru keluar keputusan...

CONFIRM DENGGI...

Aku minta ditahan di wad bagi memudahkan rawatan dan mendapatkan rehat yang maksimum...
Setiap hari lengan ku dicucuk 2 kali untuk diambil sampel darah... satu kali sebelum subuh dan satu lagi sebelah petang... lebam dibuatnya..

Di tangan kiri... masuk air berbotol-botol... buat aku kerap ke tandas dalam keadaan payah. Pergerakan ku terbatas...

Selera ku hilang... semua makanan yang diberi tidak membangkitkan rasa enak... semua pada pandangan ku TIDAK SEDAP... hanya air minuman yang mampu ku telan... itu pun kuantiti yang kecil...

SUP KETAM... antara menu yang diberikan oleh isteriku... masuk 2 sudu terasa loya yang amat sangat... tidak mampu ku nak meneruskan... ikut kata orang, menu ini bisa membantu dalam sesi penyembuhan... Maaflah sayang ku... ku tak mampu menelan...

Petua lain yang cuba ku amalkan hasil nasihat rakan-rakan di internet... JUS BUAH JAMBU

Sepanjang di hospital, ada juga rakan2 yang sudi melawat... panggilan telefon juga tidak berhenti berbunyi namun tidak punya kekuatan untuk ku menjawabnya. Sumpah TIDAK BERDAYA... ku abaikan segala bunyi dari panggilan.. maaflah rakan-rakan yang menghubungi...

Masuk hari kedua.. jiran sebelah katil.. MR WONG ditolak kuar dari wad... khabarnya ke ICU...

(bersambung.......)