Cuma AKU

Cuma AKU

Wednesday, February 25, 2015

Aku dan Belalai

Aku dan Belalai....
Jangan difikir yang bukan2. Bukan belalai itu yang dimaksudkan. Kisah ini tentang DAUN BELALAI GAJAH atau nama lainnya dikenali sebagai Sabah Snake Grass.
Aku mula mengenai tumbuhan ini daripada seorang doktor yang merawat emak.
Selapas emak selamat menjalani pembedahan membuang usus yang dijangkiti kanser, selera makan emak turun mendadak. Badan pun mula menyusut. Perubahan yang ketara ini disedari doktor yang merawat dan telah meminta Uda untuk memberikan emak Jus Belalai Gajah + Apricot B17.
Aku dihubungi Uda yang telah jenuh mencari disekitar Melaka, namun gagal menjumpai Jus yang dimaksudkan. Berbekal gambar yang diberikan Uda, aku mula mencari di lokasi yang difikirkan logik menjual ubat-ubatan dan makanan kesihatan seperti itu.
Dan.. dengan sedikit bantuan daripada pengilang aku berjaya mendapatkan bekalan yang diperlukan daripada pengedar yang sah.
Syukur, Jus ini serasi dengan emak. Selera makan emak kembali ada dan badan mak semakin berisi. Syukur kepada Illahi, emak juga telah disahkan bebas daripada kanser. Nasihat doktor agar emak menjaga pemakanan harian. Elakkan makanan yang boleh mengaktifkan sel kanser seperti daging merah, kekacang, gula, produk berasaskan gamat dan beberapa lagi yang aku sendiri tidak ingat.
Emak juga ada menanam pokok Belalai Gajah ini di rumah. Mudah ditanam hanya di dalam pasu sahaja. Daunnya dijadikan makanan harian sebagai ulam.
Gambar : Pokok Belalai Gajah



Gambar : Jus Belalai Gajah Plus Apricot B17