Cuma AKU

Cuma AKU

Thursday, March 12, 2015

AKU DAN GIFT 2015

AKU DAN GIFT 2015...

Bermula tahun 89, aku mula bergelar pelajar tingkatan 1 SMAKL. Ketika itu, SMAKL berada di lokasi tumpang iaitu di Wangsa Maju, Seksyen 2. Bersama-sama aku ada 100 orang pelajar yang masuk sebagai batch ke 2 yang telah dibahagikan kepada 4 DORM iaitu E, F, G dan H. Aku adalah penghuni DORM G.

Semalam 28 Februari 2015, KAMI kembali berkumpul. Lokasi pilihan kali ini adalah UTC Sentul bagi mengeratkan lagi tali silatulrahim antara KAMI semua. Acara GIFT 2015 yang menampilkan kembali keempat-empat DORM E,F,G dan H dalam mencari JUARA FUTSAL 2015.

Tahniah kepada Penganjur pertandingan kali ini yang diterajui oleh Tuan Fathul dan rakan-rakan. Aturan majlis nampak lancar dan penuh pengisian. Acara selingan juga tampak menarik dengan kehadiran FENDI selaku penyanyi UTAMA. 
 
Acara yang dimulakan dengan ucapan Tuan Prez (Encik SOL) yang mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan.
 
Taklimat Pengadilan dari Ketua Pengadil Kejohanan iaitu Encik ZFN...
 

 
Kami jangkakan perasmian yang sangat dramatik, tetapi untuk tahun ni memandangkan bajet yang mencengkam, ini je lah yang mampu...
 
 

4 pasukan... 1 kejuaraan...

Dorm G selaku juara bertahan, tampak tenang...
 

Dorm E naib juara tahun lalu, hadir dengan ahli yang paling ramai dari yang lain... dan yang penting mereka BERJERSI..

 

Dorm H... pesaing kental.. paling kerap berlatih.. ada misi tersendiri..

 
Dorm F... mempunyai KPI yang tinggi... ingin bergelar juara... berbekalkan pasangan MHI dan ZFN yang hebat di sesi latihan dan perlawanan persahabatan.

 
Perlawanan dimulakan dengan Dorm G dan Dorm E selaku Juara dan N.Juara 2014. Pertembungan dua gergasi tahun lalu ini sangat sengit dan kesudahannya G hanya mampu menang dengan jaringan 2 - 0.

Dorm F dan H pula membuat perhitungan... tampak Dorm F yang mendahului 1 - 0 akan membuat kejutan. Namun diakhirnya... seperti dijangka tumpas dengan jaringan 1 - 2.

Dorm F turun sekali lagi beraksi di gelanggang dan kali ini ingin menjadikan Dorm G mangsa amukan. Bermula garang dengan cubaan ke gawang gol dorm G.... namun menerima nasib yang sama seperti dorm E... Dorm F tumpas 2 - 0 kepada juara bertahan...

Perlawanan seterusnya menemukan Dorm E dan Dorm H... kesilapan pertahanan Dorm E yang menahan bola dengan tangan di hadapan pintu gawang memaksa pengadil memberikan sepakan penalti kepada Dorm H. Zahriel selaku penyerang utama Dorm H tenang menyempurnakan sepakan... Dorm H akhirnya menang 2 - 0.

Dorm E dan F ditemukan yang mana perlawanan ini tidak membawa sebarang erti kerana kedua-dua pasukan tidak mampu mengejar mata Dorm G dan H yang jelas telah layak ke perlawanan Grand Final. Perlawanan sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Kedua-dua pasukan ingin membuktikan mereka lebih baik dari pasukan lawan. Keputusan akhir  SERI tanpa jaringan....

Perlawanan terakhir dalam kumpulan menemukan dua pasukan yang telah layak ke perlawanan akhir... Dorm G dan H hanya turun untuk melengkapkan jadual perlawanan... Kedua-dua pasukan menggunakan barisan kedua bagi menyimpan tenaga dan strategi bagi digunakan pada perlawanan Grand Final nanti... Kesudahan perlawanan Dorm G menang 1 - 0.

Rehat... ASAR...

Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menemukan E dan pasukan jirannya F. Dorm E turun dengan jersi harimau malaya kuning hitam manakala Dorm F garang dengan jersi MERAH menyala. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan saling serang menyerang namun kedua-dua pasukan buntu mencari gol. Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan terikat 0 - 0. Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan bertindak agresif. Dengan beberapa insiden kekasaran yang berlaku, pengadil dipaksa mengeluarkan 2 kad kuning iaitu satu kepada ZFN striker handalan dorm F dan satu lagi kepada ASMAMA pemain hebat dorm E. Dengan kedua-dua pasukan saling serang menyerang mencari gol, berlakulah satu insiden yang telah dirancang namun skripnya gagal diterjemahkan dengan baik. Dengan satu kekasaran oleh ZFN ke atas ASMAMA dan kalau mengikut skrip ASMAMA patut membalas tindakan ZFN yang membolehkan kedua-duanya dilayangkan kad MERAH.... namun apa yang terjadi ASMAMA bertindak sebaliknya... Tindakan kekasaran oleh ZFN hanya dibalas dengan senyuman oleh ASMAMA... akhirnya hanya ZFN dibuang gelangggang.... Ketiadaan ZFN, mengucar kacirkan Dorm F, strategi mereka serba tidak menjadi walaupun dengan kehadiran pemain import dari Brunei (Zahid) mereka akhirnya dibolosi diminit-minit akhir perlawanan. Dorm E berjaya menduduki tempat ketiga dengan kejayaan menumpaskan dorm F dengan jaringan 1 - 0. Tahniah ZFN...

Perlawanan AKHIR.....

Dorm G


atau

Dorm H

yang bakal bergelar juara dan membawa pulang PIALA GIFT 2015....

Perlawanan akhir SEPATUTNYA diadili oleh satu-satunya pemain yang dikenakan KAD MERAH... saudara ZFN... Untuk makluman...saudara ZFN juga gagal menjaringkan sebarang GOL... NAMUN disebabkan KAD MERAH tersebut, kelayakan beliau untuk mengadili perlawanan akhir dilucutkan dan digantikan oleh pengadil simpanan... saudara AKHTAR....

Dorm G memulakan perlawanan dengan menurunkan ketujuhan utama mereka... manakala H tampak menyimpan Fathul dan Azfa dibangku simpanan....

Perlawanan nampak sengit.... dengan G banyak melakukan serangan namun ketangkasan Penjaga GOL dorm H iaitu AD menggagalkan segalanya.... Namun selepas serangan bertali arus G berjaya menjaringkan gol pendahuluan dengan YY sebagai penjaring...

Kesilapan yang tidak disengajakan oleh SNJ menyebabkan beliau diberikan kad KUNING dan dorm H diberikan sepakan penalti. SNJ didakwa telah menolak tiang GOL bagi menghalang Fathul menjadi penjaring. Sepakan penalti yang diambil oleh saudara ZAHRIEL masuk ke gawang. Walaupun telah ditepis oleh AWE. Kedudukan 1 -1 menjadikan dorm H semakin bersemangat. Azfa dimasukkan dan menjadi jantung kepada Dorm H dalam menerajui serangan... dan akhirnya dengan gerakan yang mengelirukan, Azfa berjaya menjaringkan gol yang cantik untuk dorm H mendahului buat pertama kali dalam sejarah DORM G didahului oleh pasukan lain selama 20 tahun.... Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan H mendahului 2 - 1.

Dorm G tampak getar.. almaklum pertama kali dibelakang...

Dorm H seperti tidak percaya mereka sedang mendahului... bak kata Fathul...seperti tidak percaya...

Perlawanan separuh masa kedua pun bermula...

Serangan demi serangan dibuat... dorm G berjaya menyamakan kedudukan, hasil jaringan SNJ... kedudukan telah berubah. kedua-dua mula menyusun semula pasukan... masing-masing ada kelebihan dan kelemahan... perlawanan berlangsung sangat sengit....

Namun kedudukan berakhir dengan DORM G berjaya mengekalkan KEJUARAAN...

G menang 4 - 2 hasil gol seterusnya oleh ZZ dan SNJ...

YY dalam perlawanan ini mendakwa telah menjaringkan satu lagi GOL namun pengadil perlawanan Akhtar mengakui tidak nampak akan jaringan tersebut....

 
Inilah Champion nya 2015
 

Keputusan akhir :

Juara : G
N. Juara : H
Ketiga : E
Keempat : F (juga mengekalkan kedudukan tahun lalu)

Anugerah Individu:

Anugerah Arumugam - Nik Mohd Faisal
Anugerah Nazmi Faiz - AHB dengan assist terbanyak
Anugerah Serbegeth Singh - Kapten Hadi
Anugerah Azman Adnan - SNJ dan Zahriel
Anugerah Cantona - ZFN dengan kekasaran melampau dan kad MERAH

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang... tahniah kepada Tuan Presiden...

Tahniah kepada Tuan Fathul selaku ketua pengajur...

Tahniah kepada mereka yang hadir...

Tahniah kepada mereka yang menyokong dari jauh... tidak kira dari dalam atau luar negara...

Semoga acara seperti ini merapatkan lagi ukhwah sesama kita...



Sekian....


Ulasan mungkin sedikit BIAS memandangkan penulis adalah salah seorang pemain Dorm G....