Cuma AKU

Cuma AKU

Monday, September 5, 2016

UPSR 2016

5 September 2016 (Isnin)
Bermulalah debaran yang sukar dibayangkan..
UPSR sudah bermula... sejak minggu yang lalu bagi pelajar2 yang ambil subjek bahasa tamil dan mandarin. Bagi pelajar sekolah kebangsaan... hari ini detik perang bermula..

UPSR yang saban tahun berlalu tanpa ku hiraukan namun tahun ini ia menjentik JIWA.
Anakanda SULUNG berjuang demi masa depan.. 6 subjek diUJI dengan KBAT - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi... Kumpulan pelajar pertama yang diuji sedemikian...

Hari ini paper Bahasa Melayu - 2 paper Kefahaman dan Karangan

Harap KAKAK dipermudahkan dalam menjawab soalan. 
Papa tahu kakak dah USAHA... Pa terima apa jua keputusan..

Yang penting Kakak terus jadi anak papa yang BAIK..
DOA papa sentiasa buat mu KAKAK...

AMIN


Wednesday, April 20, 2016

Perkongsian ILMU : Tazkirah Dari Liang Lahat

Perkongsian ILMU dan peringatan kepada semua umat manusia...
 
Syeikh Muhammad Ayyub Rahimahullah bekas Imam Besar Masjid Nabawi sempat bertazkirah di dalam liang kubur sebulan sebelum dijemput Allah.

 Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Al Amin Muhammad ibni Abdillah dan seluruh keluarga dan sahabatnya. Wahai saudara yang dikasihi kerana Allah wahai saudara muslimin. Sekarang saya berbicara dari tapak yang paling utama, rumah yang paling utama, istanaku yang paling utama. Saya berbicara di atas perkuburan Thuqbah di kawasan timur Khubar, Saudi Arabia. Saya mahu berbicara kepada kamu dari rumah ini. Di mana rumah inilah yang pernah Rasullullah S.A.W melarang Dan baginda bersabda “Aku pernah melarang kamu menziarahi kubur dan sekarang ziarahilah kerana ia mengingatkan hari akhirat dan padanya ada pengajaran”. Lihatlah lubang ini wahai saudara. Kubur ini masih baru dan sekarang saya berdiri di dalamnya. Dan esok atau selepas beberapa saat saya pula yang ditanam di sini. Dan kita semua akan ditanam di sini. Samada kamu mahu atau tidak. Inilah tapak kamu paling utama. Sesungguhnya sekarang saya menyeru, saya menyeru saudara semua. Menyeru orang-orang yang lambat menunaikan solat. Menyeru orang-orang yang tidak pergi ke masjid. Menyeru kepada para pelawak. Menyeru sesiapa yang derhaka pada ibubapa. Menyeru semua muslimin. Saya menyeru kamu dari dalam lubang ini. Sungguh kita akan berada di dalam lubang ini. Tempat ini hanya kesudahan di dunia tapi bukan akhirat. Sebagaimana Nabi S.A.W bersabda “Kubur ialah peringkat pertama menuju akhirat” Siapa yang terselamat diperingkat ini maka mudahlah baginya diperingkat seterusnya. Barangsiapa yang tidak berjaya, maka selepas itu ada yang lebih dasyat untuknya. Selalulah kita ingat kata-kata indah kekasih Allah, Penghulu segala makhluk. Allah berkata wahai Muhammad sesungguhnya kamu sekarang ini mayat yang mati. Apakah yang kamu sudah sediakan untuk lubang ini? Mengapa masih berlengah-lengah lagi? Mengapa melambat-lambatkan taubat lagi? Adakah kamu hidup boleh sampai umur 60, 80 dan 100 tahun? Walaupun berapa umur kamu, kamu akan turun ke lubang ini jua. Samada kamu mahu atau tidak, rugilah orang yang sombong. Kamu akan masuk juga dalam lubang ini. Dan kamu diletakkan mengiring ke kanan, lalu dibukakan ikatan kain kafan diletakkan batu bata kemudian kamu dikambus dengan tanah. Dan orang-orang akan lemparkan tanah ke dalam kubur sebanyak 3 lemparan. Sebagaimana sunnah Nabi S.A.W barangsiapa yang mengiringi jenazah ke kubur, maka curahkanlah debu paling kurang 3 kali curahan. Dan sekarang kamu berada dalam kubur ini. Saya memohon kepada Allah Maha Besar. Dan ketika kamu berada dalam kubur ini kamu akan dengar tapak kaki orang terakhir sekali yang pergi tinggalkan kubur ini. Kamu akan dengar tapak kakinya. Di mana harta kamu? Di mana anak kamu? Di mana pekerjaan kamu? Di manakah sekarang segala apa yang kamu miliki di dunia? Di mana dia? Tiada satu pun yang kamu bawa kecuali hanyalah batu bata ini. Tidakkah kita risau wahai saudara cukuplah dengan kematian yang jelas. Jika kita tidak risau dengan kematian, kita nak risau apa lagi kalau bukan mati? Kita risau dengan kereta, risau takut anak gagal peperiksaan. Apa-apa masalah di dunia semua tidak penting kecuali kubur ini. Semua tidak penting kecuali kita dengan Allah S.W.T. Cuba kita renung semula. Uthman R.A pernah berdiri di tepi kubur, lalu dia menangis sehingga basah janggutnya. Basah janggutnya… Lalu dia ditanya, “Wahai Uthman, adakah kamu menangis sebab kubur ini? Kerana kamu dapat menginagti syurga dan neraka?” Jawab Uthman R.A “Ya, kerana aku mendengar Rasullah S.A.W bersabda “Kubur ialah peringkat pertama menuju akhirat”. Seorang sahabat, Saad bin Muas R.A yang mana disaksikan kematiannya oleh 70 ribu malaikat yang mana arash Allah bergegar kerananya. Dia dikepit di dalam kubur sesempitnya kemudian kuburnya menjadi luas. Kata Nabi S.A.W kesempitan dalam kubur ini, kalau sesiapa yang selamat seperti Saad bin Muaz, maka selamatlah dia. Wahai saudaraku yang dikasihi kerana Allah. Hari ini saya bercakap di sini dan esok kamu akan dengar saya pula yang ditanam kubur sebelah ini. Dan lepas ini kamu, kamu dan kamu. Setiap dari kita tahu bahawa mati itu benar. Tapi soalan saya hanyalah, Bagaimana kematian itu datang. Adakah kamu sudah bersedia? Adakah kamu sudah bersedia bertemu Allah? Maka jika kamu bersedia bertemu Allah maka Allah suka bertemu denganmu. Maka siapa yang benci bertemu Allah maka Allah jua benci bertemunya. Allah Maha Kaya dan lebih kaya darimu dan dari segalanya di dunia. Maka bersedialah kita hadapi tempoh ini. Demi Allah ada 3 benda masuk bersama si mati dalam kubur. Pertama simati anaknya dan hartanya. Kemudian anak dan hartanya keluar dari kubur. Dan yang kekal hanyalah kamu dan amalanmu. Dan semua perkara yang kamu buat di dunia sekaranglah waktu perhitungannya. Sekaranglah waktu perhitungannya, Sampai bila? Wahai saudaraku yang dikasihi sekalian. Kita semua sudah hampir dengan bulan Ramadhan. Bulan pengampunan dan Rahmat. Eratkanlah hubungan silaturrahim kita. Saling memaafkanlah sesama kita. Sesungguhnya ia bulan yang mulia. Dan kita tidak tahu samada ia datang semula seperti tahun lepas atau tidak. Maka maafkanlah ahli keluarga kita. Maafkanlah isteri kita, anak kita dan saudara mara kita. Demi Allah kita langsung tak rugi jika bermaafan. Dan sebaiknya mulakanlah dengan salam. Ia satu peluang yang tiada ganti. Kita tidak tahu samada bulan Ramadhan akan kembali atau tidak. Saya memohon kepada Allah supaya dia mencantikkan pengakhiran kita di dunia dan akhirat.

Thursday, March 31, 2016

HP vs ANAK

Nukilan kali ini dicoretkan selepas TERJUMPA dengan artikel ini...
 
 
Kredit kepada KITAMUDA.COM...
 
Barangkali PERKARA ini bukan hanya berlaku di sana tetapi ia juga berlaku di sini.. Malaysia..
Dalam suasana teknologi terkini dan manusia mula menukar status TELEFON PINTAR daripada KEHENDAK kepada WAJIB...
 
Mengikuti perkembangan teknologi versi terkini bukan lah satu kesalahan... dan sekiranya tertinggal mungkin ada yang mengatakan kita sudah OUT DATED... Namun ada yang lebih penting dari perkara WAJIB ini..


Aku katakan pada diri sendiri...
Aku seperti gambar2 ini.. situasi yang sama kerap berlaku dan berulang-ulang...
Aku SEDAR namun seperti ada satu HABITAT ehhh silap...TABIAT... yang sukar dibuang... HP kini lebih seperti jantung dan nyawa... Kehilangan walaupun sejam adalah satu penyeksaan yang amat2 sangat...
 
Adakah ANDA juga seperti saya...
 


Tidak sedikit pun hendak berengang... dek kerana sayang meninggalkan saat2 penting bersama rakan2 maya.. adakah mereka yang paling UTAMA?
 
Aku tidak bertanya kepada kalian.. aku bertanya pada diri sendiri...
Bila waktu bersama anak-anak di rumah juga bagai ada BATU BESAR ditengah-tengah tercongok menghalang penglihatan dan pendengaran...
 
Sampai bila?
 
Bila mereka TIDUR baru kita perasan... Eh... apa adik nak beritahu papa tadi ye?... alahai dah tidur... emmm esok je lah..  Kakak ada bagitau pasal keputusan peperiksaan tapi tadi tidak berapa dengar.. kakak dapat no.2 atau 3 ye?
Bukan sebab apa... hilang fokus... tidak pandang mata anak2 bila bercakap.. duk jelling HP...
Aku kata diri sendiri ye...
 
Pernah kalian nampak tak kejadian seperti gambar di atas?
 
PASTI?
 
SURE? eh samalah tu...
 
Sudah pasti...
 
Kalau bukan terjadi bersama keluarga mungkin TERJADI bila bersama KAWAN2....
Beria2 berjanji hendak jumpa minum di MAMAK... bila DAH jumpa semua sibuk berBORAK dengan rakan2 yang bukan didepan mata... So apa POINT dating jumpa minum ramai2...
Pandai aku cakap.... aku sama lebih kurang macam KORANG...
 
Sampai satu2 masa kena guna tektik kumpul HP tengah MEJA... sapa ambil HP dulu, bayar semua makanan dan minuman... itu pun tak LUT gak... ada je yang sanggup bayarkan SEMUA...
ha ha ha
 

Jangan sampai ANAK2 terasa sebegini...
Teknologi tidak mampu membeli kegembiraan anak2 kecil...
 
Percaya atau tidak?
 
Sekiranya satu soalan ditanya kepada anak2... "Dengan ARTIS mana mereka teringin meluangkan masa untuk sesi MAKAN MALAM yang hebat"
 
Pasti.. mereka rela memilih untuk makan bersama IBU dan AYAH tercinta...
(aku pernah tengok di FB satu rancangan TV omputih tunjuk kisah pasal ini)
 
So...
 
Apa pelan KITA seterusnya....
 
Ini AKU JANJI aku sendiri...
 
1. HP apabila dirumah letak jauh2 sikit supaya susah nak capai... asyik ngadap FB je kerjanya..
2. PESANAN buat kawan2... kalau lepas office HOUR kalau ada benda urgent nak sampaikan berita atau apa2...sila CALL bukan WS atau FB... atau msg anda akan dibalas seawal esok pagi time OFFICE HOUR.
3. NO HP di meja makan... papa.. mama.. tak kira sapa... (nak pesan kat bini) hehehe
4. Lain-lain akan diupdate dari masa ke semasa (sebab nak TUNAI yang 3 di atas ini pun mungkin boleh buat kita SENAK)
 
Sekian buat masa ini...
 
 




Tuesday, March 29, 2016

UEM Charity Run - Family Fun Run

UEM Charity Run - Family Fun Run
13 Mac 2016
7.00 pagi
 
Ini kenangan bersama...
1st time lari satu keluarga.
 
Pukul 4.30 pagi dah bangun... operasi mengejutkan anak2 bangun pun bermula...
"Kakak... Cha... Ariq... bangun lah... kata nak LARI..."
 
Yang paling MUDAH bangun... anak jantanku...
Dia semangat nak berlari...
 
Baju larian untuk kakak saiz xs... untuk dua yang comel tu pula xxs tapi... masih nampak besar daripada tubuh.. comel ikut papa... kata kau...
 
Siap2 semua... gerak keluar jam 5.15 pagi... Menuju ke lokasi...
Masing2 monyok je kena bangun pagi...
Kalau ikut penganjur... peserta larian dinasihatkan untuk meletakkan kereta di tiga lokasi...
so.. bila nampak je lokasi yang pertama terus masuk parking.. Shopping MALL.
 
Solat bagai semua..siap2 nak jalan kaki ke TOL..lokasi permulaan larian..
sekali... jauh lagi dah... kena jalan kaki... salah simpang pula tu masa tengah jalan kaki...
 
Bersama2 keluarga Encik Chah dan seorang lagi kenalan baru..kami pun jalan... sampai terasa agak penat... cek waze macam JAUH lagi... emmm nampaknya PENAT sebelum mula acara...
 
 
Tiba-tiba...
 
Bas lalu...
 
Selamba tahan...
 
Sebenarnya dah lama gila tak naik BAS AWAM...
Anak2 lagi la... rasanya 1st time NAIK bas awam...
Seronok anak2 dapat naik bas... dan yang penting... bas menuju le lokasi dituju... Alhamdulillah..
 
Sampai kat TOL.... lalu di kaunter TOL... tapi hari ni FREE takyah bayar tol... he he he
Larian hari ini atas HIGHWAY okay...
 
Masa nak mula lebih kurang jam 7.00 pagi... sampai je panggilan pelepasan telah dibuat... So BOBOI dah start bising sebab KAMI belum start lari...
 
Perkara wajib sebelum larian... SELFIE... bukti kehadiran...
 
BOBOI mula bising2... suruh start lari... tengok la gambar dia masa ambil gambar sebelum larian... Katanya... TAKUT kalah dan tidak dapat hadiah...
 
Ha Ha Ha
 
Larian ini kan untuk Fun Fun sahaja... so tiada kalah atau menang... yang habis larian akan dapat HADIAH...
 
 
Kali LARI 3KM je... mula2 ingat nak enjoy2 pelan2 jogging... tapi anak bujang sibuk hendak menang.. lagi2 bila lihat depan dia ada BERIBU runner yang sedang berlari....
 
TERPAKSA...
 
Mulakan larian... pecah 2 team.. TEAM A - Papa, Ariq dan Kakak Ya... TEAM B - Mama dan Kakak Cha (Geng MALAS Lari)....
 
Bersungguh ariq lari... bila slow kan tempo larian dia jauh ke depan... penat la juga nak kejar dia... almaklumlah orang ramai... hilang pula boboi ku tu nanti... Kakak steady je follow...walaupun batuk2... boleh ikut tempo ariq lari...
 
Masuk 2KM ada water station.. pujuk BoBoi minum air dulu...100plus... Dia masih bersemangat untuk berlari... Team B jauh ditinggalkan.... Geng JALAN2 tu...
 
 
 
Ini masa SELISIH dengan TEAM B... so TEAM B ambikkan gambar TEAM A yang jauh mendahului... masa ini ada ahli TEAM B nak lompat divider ha ha ha..
 
Di kilometer terakhir... Kami jalan je.. PENAT nak lari...
ARIQ pun dah boleh faham apa itu FUN RUN... lari suka2 maa...
 
3KM berjaya diharungi...
 
TEAM A sampai dulu.. TEAM B 15minit di belakang... dan yang penting SEMUA dapat Finisher MEDAL... baru ARIQ percaya... semua orang dapat HADIAH...
 
ADULT dapat medal yang saiznya agak besar berbanding KIDS punya medal..
 
Apa2pun... misi berjaya.. larian SYOK2 bersama keluarga... Harap selepas ini boleh join banyak lagi acara sebegini... Semua HAPPY... kecuali CHA... awal2 dah declare lepas ni tak mahu FOLLOW larian lagi.. ha ha ha... (sebijik ikut MAMA).....
 
 






 
 


Bukit Jugra Trail Run 2016

Bukit Jugra Trail Run 2016
 
6 Mac 2016
7.30 pagi
8KM
 
Kali ini, bawa satu keluarga ke Banting... lepak di Morib GoldCoast.
5hb check in..
 
6hb lepas subuh dah gerak ke lokasi... JUGRA... mudah je cari tempatnya tak susah pun (sebab semalam dah survey masa collect kit run). Konon2 awaklah yang paling awal... siap drive perlahan2 ke lokasi takut awal sesangat... 2km ke lokasi flag off kereta dah penuh tepi jalan... rupa2nya lagi ramai yang lebih awal dari aku. ha ha ha
 
Kali ini lari SOLO... partner in crime Mr.Chah ada urusan yang tidak boleh dielakkan... So Kit RUn beliau ada dalam simpanan... Konvo kalau tidak silap katanya...
 
Nasib le jumpa rakan sofbol Encik IQBAL... dulu debab khabaq hang sekarang emmm fit.. macho.. hasil kayuhan dan larian berterusan.. hebat BRO... Kami lari lain2 kategori... Beliau lari 14KM... hamba cuma 8KM... jauh bezanya tu... tapi bak kata orang tua2... ikut daya masing2 le...




 
 
Geng 14KM dilepaskan dulu...
 
15 minit kemudian... larian 8KM pun bermula...
Siap2 set kat HP menggunakan aplikasi ADIDAS... konon nak tengok lah kemajuan dalam larian... tapi ini 1st time TRAIL RUN....
 
1st KM... emmmm tenang... landai... rata... mudah... Nampak tabah...
Masuk je KM kedua... dah start mendaki... tapi masih on road.... sayup2 je nampak puncak...
Masa ini lah... baru terasa TUA... selalu lari jalanraya rata je... kena sekali mendaki rasa mencungap...
Masa ini kerja aku... duk kira adik2.. makcik2 yang potong selamba...
Takpe lah... silakan potong... SAYA TAK KISAH...
 
Tanpa sedar... dalam mengira rupa2nya aku sudah berhenti berlari... ecehhhh buat2 tak sedar konon...
 
Sekali lagi tanpa sedar... aku hanya MAMPU berjalan hampir 3KM tanpa BERLARI...
Dan tanpa ku sedar juga.. aku berselfie... ha ha ha




 
 
Masuk KM kelima.. dah start HUTAN... relaks je... tak penat pun... SEBAB TAK LARI pun..
Kali ini bukan sebab taknak LARI tapi JEM habaq hang.... laluan sehala... kenderaan berat dilarang memotong... masa ini lah boleh la menikmati keindahan flora... fauna tak jumpa pula... harap2 la tak jumpa yang fauna ganas2... Peserta larian agak ramai... laluan denai tidak mengizinkan larian dilakukan... so slow and steady...
 
Lepas je kawasan hutan ada lebih kurang 3 km lagi untuk ditamatkan... on road...
Barulah mulakan LARIAN.. perlahan2 kayuh... jumpa water station.. bedal air... bedal pisang...
 
AKHIRNYA...
 
Berjaya dengan jayanya menamatkan larian 8KM TRAIL RUN kali pertama....
Timing malu nak khabaq.. lebih sejam... ramai la juga makcik2 potong...
hahaha

 
APAPUN enjoyyyyy

 
 


Wednesday, February 3, 2016

Tulis... Jangan Berhenti menulis...

Kisah angan2 aku nak jadi penulis...

aku juga seperti DIA dan KALIAN... malu kalau hendak bercerita...
Pasti ada yang rasa sebegini...

Setiap kali masuk ke kedai dan toko buku... pasti tersenyum sendirian.. alangkah seronoknya ada 10 judul buku yang tertulis nama aku selaku PENULIS di belakang setiap naskah..
10 dari beribu... itu sudah cukup bagi ku...
namun kucari sampai hari ini masih belum kutemui walaupun senaskah...

 Apa dah jadi....

Flashback... Zaman sekolah... semua pertandingan berbentuk penulisan MASUKKK...
Cerpen menang no.2 (kalah dengan muzammer)...
tulis Puisi ISLAM... juara...
Tulis karangan buat orang menangis... ada jiwa dalam tulisan.. cehhh
Belum kira cuba2 nak wakil sekolah berbalas pantun...

Bila naik pentas ambil hadiah... seronok sangat.. lagi2 bila kawan2 tepuk tangan...
Aku tahu korang pun tak percaya... ha ha ha
Ada pulak mamat muka pecah tulis cerita syahdu.. cerita kisah cinta... puisi islam..
Ha Ha Ha


Sekarang pula...

TREND..

Novel jadi MOVIE...

Alangkah indah kalau yang tulis cerita HEBAT yang kini dah jadi CERITA di TV itu aku yang tulis...
Tentu aku dah KAYA RAYA sekarang...
Sayangnye... SEMUANYA...
BUKAN aku yang TULIS...

So masih tak kaya lah aku ini...
Sebab... jangan cakap novel... satu buku pun belum ada...
Yang CUMA ada.. hanya lah coretan kecil aku.. bersama beberapa CERPEN yang belum tentu ada HARGAnya...

Kalau baca di blog2 rakan2 penulis... boleh hampir semua menulis bila menjelang malam... sunyi menjadi peneman...

Jangan bagitau orang... saya dah cuba... TAK JADI... He He He..
INI YANG SAYA BUAT...
1. Bancuh NESCAFE buat penyedap...
2. on laptop..
3. Fikir nak sambung cerita lama atau nak buat genre baru...
4. Pandang laptop...
5. nganga... Menung JAUH2...
6. Tangan sudah di keyboard... (kira hebat dah kalau dah dapat macam ini)
7. Mata KEBIL2....
8. TUTUP laptop... (serius tak tahu nak mula TANG mana)

MAHU sangat2 tapi masih GAGAL...

Siapa pernah rasa seperti saya.. angkat tangan...
Siapa tahu cara penyelesaian... Tinggalkan KOMEN2 anda..

Yang pasti... saya akan terus menulis tapi belum terbentuk walau satu naskah yang punya ERTI...

The End..

MB Baru

Kalau boleh la... tak mahu langsung citer bab politik kat BUKU BESAR saya ini..
tapi cuma nak habaq... hari ini KEDAH dapat MB baru..
 
Pandangan saya... kabur...
Pendapat saya... pendapatan tetap...
Ulasan saya... awat la pi tukaq... dan dan ni tukaq jadi Kedah habaq hang...
 
Ha Ha Ha
 
Kekadang saya tak faham.. mungkin sebab saya tidak tahu..
atau ini semua petanda DUNIA dihujung HAYAT...
 
Saya tak sebut apa2 ye... fikir2 lah sendiri...
 
Antara realiti dan fantasi yang indah... mungkin manusia kini lebih berminat pada yang indah walaupun hanya mimpi sementara... takpelah janji indah2 belaka..
 
Kejap pun jadi lah...
 
Berbalik lah kita pada FITRAH...
Kembali lah kita pada asas yang BENAR...
Jauhilah diri dari FITNAH...
Semoga KITA diberi HIDAYAH
 
The End

Wednesday, January 20, 2016

Run To Survive

Run To Survive
16 Jan 2016 ][ Setia City Mall
 
Bunyi macam ngeri je... tapi inilah tajuk larian hahhahahha
Larian kali kedua untuk tahun 2016 dan larian MALAM yang pertama bagi ku..
Seperti biasa, kali ini juga bertemankan Encik Chah Ibnor yang dating jauh dari Melaka.
 
Jam 5.00 petang bertolak dari Putrajaya... naik kete laju warna hitam kepunyaan encik Chah Ibnor..
ODW nak dekat dengan Setia City Mall sudah mula JEM... wah ini mesti ramai yang join ni..
Masuk je parking dah nampak dah ramainya manusia atas padang depan MALL... Semua sudah menyarung baju ULTRON warna Kuning atau PINK... ada sekumpulan kecil yang pakai warna HIJOU...
 
Kelihatan ada 2 baris yang sangat panjang... 1 - kaunter collect kit run... ooo ada juga yang belum collect... emmmm teringat 9 hb masa g collect kit run di NU Central... 2 jam berbaris.. panjang menggila2... sampai sahabat ku encik KIMI dah menyumpah2... mesti dia menyesal ikut hahaha
 
satu lagi barisan panjang - untuk makeup jadi zombie... emmm takpelah... aku tak sembahyang asar lagi.. takut terkejut lak makmum dalam surau tengok aku berzombie solat sebelah dia....
 
En. Chah ada untung sikit... dia JAMAK... bukan JIMAK... al maklumlah dating lebih 2 marhalah.. so aku kena le solat magrib dulu.... lagi 5 minit masuk waktu aku dah ada dalam surau... dapat lah solat Jemaah... keluar2 je surau... rupanya ada satu lagi barisan panjang sudang tunggu turn nak solat... syukur... RUNNER ingat solat okay... KAMI RUNNER berIMAN...
 
hehehhehhe
 
Nak mengopi kepala dah berdenyut.. so lepak le tepi padang layan tengok manusia... ramainya... ribu2 ni... masyukkkk penganjur... En. Chah rajin g cari straw menyala2 lampu (aku tak tahu nama menatang tu) so pakat le letak kat kasut... buat rantai... ye lah nak lari malam.. bila berlampu diri tu baru Nampak macam NUR berlari mengejar mimpi....
 
Tengok jadual... kami bib line BIRU so wave kedua... expected berlepas jam 8.10... tengok jam dah lebih ni... masih berzomba... bukan berzombi...
Maaflah pakcik tak reti nak berzomba bagai... tapi seronok tengok makcik2 lain yang HEBAT meliuk2... ini mesti rajin g gym ni...
 
Nah! gambar sebelum lari....


Larian pun bermula... seperti biasa masuk je KM yang kedua... ada tanda2 penyesalan...
mula tertanya pada diri sendiri... kenapa lah kau berlari...PENAT kot... 5 KM je pun hahhahhahah
BerJAYA kah KAMI...
 
Tentu... SEMESTINYA maggi le...
 
Ini bukti kejayaan... walaupun tak sehebat abang2 akak2 runner yang lari marathon dan half marathon... bagi aku 5KM ini pun dah mengajar aku ERTI kehidupan... aduhai payahnya...
 




 
OOOOO yeahhhhhh...
Sekian...

Tuesday, January 19, 2016

Hobi Baru 2

Hobi Baru 2
 
1st event - Run n Refresh
di Uniten. Larian yang penuh penyesalan sejauh 7km...
Bersama sahabat En. Chah dan En. Kimi...
 



Wednesday, January 6, 2016

Hobi Baru

Sebenarnya dah pun bermula pada penghujung 2015...
Cuma 2016 ini seperti langkah baru untuk laksana hobi2 tersebut. 
Nak perhebatkan lagi aktiviti berkaitan hobi2 baru ini...

Mr Google dah jadi sahabat karib bila nota dan sumber bacaan diperlukan...
Kat situ je pun... Maklumat percuma...

Hobi Pertama
BERLARI... Hobi ini hadir atas dorongan dan Sokongan... Keluarga dan rakan2.
Semua bermula dengan niat untuk sihat... Al.maklum... Umur dah masuk 4 series.
Adalah satu hari... Hujung minggu... Niat nak jogging ke petronas beli surat khabar...
Pakai kasut... Tanpa stokin.. Mula lari... On the way ke petronas lalu sebelah surau.. 
Nampak ramai orang sedang berkumpul... Siap dengan baju yang bernombor... 
"Ada apa ni bang" soal ku kepada abang yang baru parking kereta..
"Larian JOM ke suaru... Mari la ikut serta... Percuma je penyertaan"
Emmm menarik... Terus daftar diri... Ambik no bib tepek di baju...
Smart la... 
Padahal tak tahu apa nak jadi pasni... 
Toleh kiri kanan ramai yang siap sedia nak mula...
Masa briefing baru lah tahu kena lari 7km... Mampos...

Awak bukan runner sejati... Lari selalu pun pergi petronas beli paper..
Ini pula nak lari 7km... Mampukah aku... 
Kalau pandang belakang... Sejarah zaman SMAKL dulu memang pelari jarak jauh sekolah...
Tapi itu dulu beb... 25 tahun yang lalu... 

Berlari lah aku... Jalan tegak... Steady
Naik bukit... Mula rasa macam nampak bintang...
Turun bukit... Dah mula......... Jalan kaki je...

Kiri kanan orang potong... Dalam hati... Silakan.. Saya tak kisah pun...
Yang bestnya... Budak pompuan sekolah pun selamba potong... 
Pakcik otai pun okay je over take tanpa signal...

Nak geram pun tak berdaya... Redha je lah..
Ending nya... Habis lah juga larian... Kaki melecet walaupun dapat finisher medal...
Bangga kejap... Aku mampu... Aku berjaya...
Betul seperti kata2 seorang runner tak terkenal yang saya cukup kenal...
Yang penting spirit power.... 

So azam 2016.. Nak collect sebanyak mungkin medal...
Bernaungkan sahabat runner kental shahril aka cah... Dah tiga event telah mendaftar...
Harap2 mampu capai KPI... Habiskan larian...

Sekian..
 Nanti sambung...