Cuma AKU

Cuma AKU

Wednesday, April 20, 2016

Perkongsian ILMU : Tazkirah Dari Liang Lahat

Perkongsian ILMU dan peringatan kepada semua umat manusia...
 
Syeikh Muhammad Ayyub Rahimahullah bekas Imam Besar Masjid Nabawi sempat bertazkirah di dalam liang kubur sebulan sebelum dijemput Allah.

 Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Al Amin Muhammad ibni Abdillah dan seluruh keluarga dan sahabatnya. Wahai saudara yang dikasihi kerana Allah wahai saudara muslimin. Sekarang saya berbicara dari tapak yang paling utama, rumah yang paling utama, istanaku yang paling utama. Saya berbicara di atas perkuburan Thuqbah di kawasan timur Khubar, Saudi Arabia. Saya mahu berbicara kepada kamu dari rumah ini. Di mana rumah inilah yang pernah Rasullullah S.A.W melarang Dan baginda bersabda “Aku pernah melarang kamu menziarahi kubur dan sekarang ziarahilah kerana ia mengingatkan hari akhirat dan padanya ada pengajaran”. Lihatlah lubang ini wahai saudara. Kubur ini masih baru dan sekarang saya berdiri di dalamnya. Dan esok atau selepas beberapa saat saya pula yang ditanam di sini. Dan kita semua akan ditanam di sini. Samada kamu mahu atau tidak. Inilah tapak kamu paling utama. Sesungguhnya sekarang saya menyeru, saya menyeru saudara semua. Menyeru orang-orang yang lambat menunaikan solat. Menyeru orang-orang yang tidak pergi ke masjid. Menyeru kepada para pelawak. Menyeru sesiapa yang derhaka pada ibubapa. Menyeru semua muslimin. Saya menyeru kamu dari dalam lubang ini. Sungguh kita akan berada di dalam lubang ini. Tempat ini hanya kesudahan di dunia tapi bukan akhirat. Sebagaimana Nabi S.A.W bersabda “Kubur ialah peringkat pertama menuju akhirat” Siapa yang terselamat diperingkat ini maka mudahlah baginya diperingkat seterusnya. Barangsiapa yang tidak berjaya, maka selepas itu ada yang lebih dasyat untuknya. Selalulah kita ingat kata-kata indah kekasih Allah, Penghulu segala makhluk. Allah berkata wahai Muhammad sesungguhnya kamu sekarang ini mayat yang mati. Apakah yang kamu sudah sediakan untuk lubang ini? Mengapa masih berlengah-lengah lagi? Mengapa melambat-lambatkan taubat lagi? Adakah kamu hidup boleh sampai umur 60, 80 dan 100 tahun? Walaupun berapa umur kamu, kamu akan turun ke lubang ini jua. Samada kamu mahu atau tidak, rugilah orang yang sombong. Kamu akan masuk juga dalam lubang ini. Dan kamu diletakkan mengiring ke kanan, lalu dibukakan ikatan kain kafan diletakkan batu bata kemudian kamu dikambus dengan tanah. Dan orang-orang akan lemparkan tanah ke dalam kubur sebanyak 3 lemparan. Sebagaimana sunnah Nabi S.A.W barangsiapa yang mengiringi jenazah ke kubur, maka curahkanlah debu paling kurang 3 kali curahan. Dan sekarang kamu berada dalam kubur ini. Saya memohon kepada Allah Maha Besar. Dan ketika kamu berada dalam kubur ini kamu akan dengar tapak kaki orang terakhir sekali yang pergi tinggalkan kubur ini. Kamu akan dengar tapak kakinya. Di mana harta kamu? Di mana anak kamu? Di mana pekerjaan kamu? Di manakah sekarang segala apa yang kamu miliki di dunia? Di mana dia? Tiada satu pun yang kamu bawa kecuali hanyalah batu bata ini. Tidakkah kita risau wahai saudara cukuplah dengan kematian yang jelas. Jika kita tidak risau dengan kematian, kita nak risau apa lagi kalau bukan mati? Kita risau dengan kereta, risau takut anak gagal peperiksaan. Apa-apa masalah di dunia semua tidak penting kecuali kubur ini. Semua tidak penting kecuali kita dengan Allah S.W.T. Cuba kita renung semula. Uthman R.A pernah berdiri di tepi kubur, lalu dia menangis sehingga basah janggutnya. Basah janggutnya… Lalu dia ditanya, “Wahai Uthman, adakah kamu menangis sebab kubur ini? Kerana kamu dapat menginagti syurga dan neraka?” Jawab Uthman R.A “Ya, kerana aku mendengar Rasullah S.A.W bersabda “Kubur ialah peringkat pertama menuju akhirat”. Seorang sahabat, Saad bin Muas R.A yang mana disaksikan kematiannya oleh 70 ribu malaikat yang mana arash Allah bergegar kerananya. Dia dikepit di dalam kubur sesempitnya kemudian kuburnya menjadi luas. Kata Nabi S.A.W kesempitan dalam kubur ini, kalau sesiapa yang selamat seperti Saad bin Muaz, maka selamatlah dia. Wahai saudaraku yang dikasihi kerana Allah. Hari ini saya bercakap di sini dan esok kamu akan dengar saya pula yang ditanam kubur sebelah ini. Dan lepas ini kamu, kamu dan kamu. Setiap dari kita tahu bahawa mati itu benar. Tapi soalan saya hanyalah, Bagaimana kematian itu datang. Adakah kamu sudah bersedia? Adakah kamu sudah bersedia bertemu Allah? Maka jika kamu bersedia bertemu Allah maka Allah suka bertemu denganmu. Maka siapa yang benci bertemu Allah maka Allah jua benci bertemunya. Allah Maha Kaya dan lebih kaya darimu dan dari segalanya di dunia. Maka bersedialah kita hadapi tempoh ini. Demi Allah ada 3 benda masuk bersama si mati dalam kubur. Pertama simati anaknya dan hartanya. Kemudian anak dan hartanya keluar dari kubur. Dan yang kekal hanyalah kamu dan amalanmu. Dan semua perkara yang kamu buat di dunia sekaranglah waktu perhitungannya. Sekaranglah waktu perhitungannya, Sampai bila? Wahai saudaraku yang dikasihi sekalian. Kita semua sudah hampir dengan bulan Ramadhan. Bulan pengampunan dan Rahmat. Eratkanlah hubungan silaturrahim kita. Saling memaafkanlah sesama kita. Sesungguhnya ia bulan yang mulia. Dan kita tidak tahu samada ia datang semula seperti tahun lepas atau tidak. Maka maafkanlah ahli keluarga kita. Maafkanlah isteri kita, anak kita dan saudara mara kita. Demi Allah kita langsung tak rugi jika bermaafan. Dan sebaiknya mulakanlah dengan salam. Ia satu peluang yang tiada ganti. Kita tidak tahu samada bulan Ramadhan akan kembali atau tidak. Saya memohon kepada Allah supaya dia mencantikkan pengakhiran kita di dunia dan akhirat.