Cuma AKU

Cuma AKU

Friday, June 22, 2018

Kalau hendak kaya...

Ada yang kata kalau hendak jadi kaya kena jadi manusia kedekut. Betul ke?

Kedekut tidak bawa kita jadi lebih baik dari semalam. Sekadar ada sedikit lebih dari biasa tetapi hilang kepuasan diri. Adakah itu suatu yang kita cari?

Sebenarnya hendak kaya kena banyakkan sedekah, pelbagaikan amal jariah. Tidak pasti mana magisnya namun itu lah indah tentang memberi. Setiap yang diberi dari hasil yang terbaik tidak mengurangkan apa yang kita ada malah tanpa kita sedar rezeki yang kita perolehi sentiasa cukup tanpa ada yang kurang. Amalan baik dibalas baik. Sedekah dan jariah buat mereka yang memerlukan, Allah balas berganda. 

Balas Allah ada macam-macam. Ada yang tunai dibalas tunai, ada yang diberi rezeki berbentuk harta benda dan ada juga yang diberi Allah kelebihan pada kesihatan dan masa buat keluarga. Pernah dengar satu ungkapan ‘Wang bukan segalanya.. ia tidak mampu beli kebahagiaan’

Hendak BERKAT?
Berbakti lah pada ibu dan ayah. Bertuah lah mereka yang masih memiliki ibu dan ayah di muka bumi ini. Mudahnya mencari keberkatan dengan berjasa pada orang tuanya.

Cuba hulur RM pada ibu dan ayah. Cubalah dengan sebarang jumlah. Jadikan ia satu amalan bulanan. Nanti lihat lah hasilnya. Semua keperluan sentiasa cukup. Walaupun ada kala sedikit dari biasa namun tidak akan putus berkat Allah kepada mereka yang hormat dan sayang orang tuanya.

Cubalah.... InsyaAllah BERJAYA.

Thursday, June 21, 2018

Kuasa Mata Dalam Pemasaran

Sebelum membuat keputusan samada membeli atau hanya melihat, pelanggan sememangnya memerlukan infomasi yang secukupnya dari si penjual. Bagaimana infomasi itu disampaikan atau corak dan lenggok gaya bahasa yang digunakan bisa memetik suis pembelian pelanggan. 

Infomasi yang sama yang disampaikan oleh dua orang yang berbeza dari segi gaya dan karektor akan memungkin dua keputusan yang berbeza akan terhasil. 

Hampir disemua sekolah perniagaan di Malaysia mahupun di luar negara menegaskan akan kepentingan eye contact semasa berurusan dengan pelanggan. Ilmu ini diajar dan diingatkan berulang kali kepada semua penuntut. Namun secara hakikatnya inilah perkara yang paling sukar dilaksanakan secara realiti. 

Si Penjual harus sedar bahawa pelanggan perlu dihormati sepanjang berurusan. Sebarang kemusykilan perlu diselesaikan dengan berhemah dan semua infomasi yang penting perlu sampai dengan jelas kepada pelanggan. Dan kaedah bila urusan dibuat secara bersemuka perlu tepat dan betul. 

Encik Ahmad sedang mencari sebuah telefon bimbit yang sesuai untuk anaknya yang berumur 11 tahun. Beliau masuk dari satu premis perniagaan ke sebuah premis yang lain. Apa yang beliau harapkan adalah satu penerangan yang jelas tentang telefon bimbit yang sesuai pada harga yang beliau rasa berpatutan. Kebiasaannya, pelanggan seperti Encik Ahmad telah membuat rujukan awal di laman sesawang dan telah menetapkan target produk dalam fikiran. Apa yang perlu dibuat oleh seorang penjual yang baik adalah memberi kupasan lengkap tentang produk dengan menggunakan kaedah paling mesra. Dengan sedikit dorongan, Encik Ahmad pasti berbelanja di premis yang beliau rasakan telah memberikan layanan yang bagus. Faktor harga mungkin penentu utama tetapi soft skills yang ditunjukkan oleh penjual adalah daya pemujuk yang menentukan segalanya. 

Kaedah eye contact yang baik boleh mengurangkan kegusaran pelanggan dan yang paling penting tidak menimbulkan persepsi negatif dihati pelanggan. 

Tentu anda pernah lihat seorang penjual memberi penerangan kepada pelanggan sambil mata dan tangan sibuk dengan telefon bimbit?

Tentu anda juga pernah lihat si penjual yang tidak fokus semasa memberi maklumat. 

Sekiranya anda dalam situasi ini apa yang anda rasa?

Kalau saya?

Persepsi saya mudah, saya tidak dihormati dan si penjual memandang rendah saya atau beranggapan saya tidak berduit dan mampu membeli barangan tersebut. 

Apa yang berlaku seterusnya adalah merugikan pihak penjual. Hilang pelanggan, hilang jualan dan hilang pendapatan. 

Perkara yang nampak mudah namun sukar dilaksanakan secara realiti. Ubah untuk berjaya. Berilah sedikit fokus kepada pelanggan dan ia bakal memberi keputusan yang berbeza dari sebelumnya.

Cuba lah...

Anda mampu mengubahnya...


Friday, June 15, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Lebaran Aidilfitri 2018
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi. Dengan Limpah kurniaNya dapat kupenuhi kewajiban berpuasa sebulan dalam Ramadhan. Sempena hari yang mulia ini, ku susun sepuluh jari memohon kemaafan atas kesilapan dan kesalahan perbuatan, kata2 mahupun tingkahlaku yang mungkin menyakiti. Semoga lebaran kali ini lebih indah dan meriah buat semua teman2 sekalian.

Wednesday, June 13, 2018

Kejutan Budaya di Institusi Pendidikan Tinggi

Acap kali kita dengar kejutan budaya menyelubungi pelajar-pelajar yang baru menjejaki alam pendidikan tinggi. Adakah perkara ini benar? Apakah faktor yang menjadi punca dan penyebab kejutan budaya ini terjadi? Apakah ada jalan penyelesaian supaya gejala ini tidak mempengaruhi kehidupan para pelajar?

Langkahan ke sesebuah IPT bagi anak muda  adalah satu langkah yang sangat besar dalam kehidupan mereka. Ada antara mereka mungkin kali pertama berjauhan dari keluarga. Jarak yang jauh dan tiada pengalaman tinggal di asrama ketika zaman persekolahan mungkin penyumbang kepada kejutan budaya. 

Pengaruh rakan sebaya dan pelajar senior juga sedikit sebanyak menjadi penyebab kepada kejutan budaya. Pergaulan dengan rakan-rakan baru yang datang dari pelbagai latar belakang dan perbezaan personaliti antara mereka menyebabkan mereka menjadi pemerhati yang baik terutamanya bagi tempoh semester pertama mereka. Bagi mereka yang tidak biasa dengan perubahan persekitan dan pengaruh rakan- rakan lebih mudah mengalami kejutan budaya hinggakan ada antara mereka yang mula terikut-ikut dengan gaya dan perbuatan rakan-rakan mereka terutamanya yang boleh diklasifikasikan sebagai perkara negatif.

Adakah kejutan budaya ini merupakan satu masalah yang besar?

Ya sekiranya tidak terkawal ia boleh menyebabkan pelajar yang terkena virus ini mengubah personaliti mereka kepada yang negatif dan tidak baik. 

Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi menbendung perkara ini terus berlaku di IPT adalah dengan mengadakan program kesedaran tabiat tidak baik di IPT, menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar yang memerlukan dan lain-lain program berunsur nasihat atau berbentuk motivasi. Perkenalkan program IKON di IPT masing-masing dengan memilih satu atau sekumpulan pemimpin negara yang boleh dijadikan contoh dan ikutan.