Thursday, March 12, 2009
Komplikasi PTK dan Penyakit Seangkatan
Hari ini setelah lama tidak meninggalkan coretan membuahkan rasa rindu. Almaklumlah, bila bercita untuk menulis sebuah karya suatu hari nanti manjadikan diri ini tidak dapat lari dari trus mencoretkan sesuatu.
Untuk saat ini, kisah ini berkisarkan latarbelakang dewan besar POLITEKNIK MERLIMAU yang pada pagi tanggal 11 MAC 2009 berkumpul lah insan yang membudayakan penilaian cemerlang bergelar PTK.
PTK merupakan satu langkah untuk memastikan insan berkerajaan sentiasa peka dengan penilaian dan peperiksaan. Sentiasa bersedia dengan maklumat terkini yang selalunya memerlukan bacaan yang membawa kepada kelenaan tahap dewa. Rumah teratak tempat tinggal aku menjadi medan perbincangan sesi terakhir sebelum berjuang. Macam-macam kerenah teman boleh menjadi topik perbualan dan ketawa.
Bila menjadi satu kemestian untuk cemerlang bagi menerima satu anjakan yang hebat, menjadikan PTK ini suatu suatu yang amat dirindui. Biarpun jelmanya hanya 2 kali setahun tetapi ketibaan detiknya amat dinantikan oleh teman-teman kerajaan termasuklah aku yang buat julung kali mencuba.
Bukan sedikit yang harus disimpan dalam memori seorang tua ini, tetapi melibatkan beberapa buku setebal buku matematik tambahan tingkatan 5 KBSM. Umur yang makin meningkat menjadi satu punca tabiat malas menjelma, menjadi penyebab ada teman-teman mencuba untuk ketujuh kali tanpa rasa putus asa. Wal hal, urat kepala dah hampir putus menjawab soalan yang isi kandungan kepada jawapan langsung tidak menyinggah di otak ketika membuat bacaan.
Bila gagal, mula bercakap pasal keberkesanan dan releven atau tidak PTK di kaca mata kita. Mula mempertikai kesesuaian soalan yang disediakan. Mula merasakan PTL cuma penghalang kemajuan. Dan mula bercakap pasal kuota,
Thursday, March 5, 2009
Keluarga VS Kerja
Kerja itu tanggungjawab, keluarga pula bukan pula beban dipikul. Letak atas bahu biar beralas, jangan pula ditinggal bila hati tak mahu. Bila masa ia perlu beriringan, letakkan pada masa yang tepat. Jangan lah dikendung keduanya, berat dan besar risikonya. Tidak lah sampai kerugian wang ringgit tapi takut hilang dan kikis di hati sifat kasih dan sayang.
Tetapkan jam ditangan, kerja cuma 8 jam sehari. Selebihnya untuk keluarga teristimewa. Bila di ruang kerja, biar tegas dan tulus, baru rezeki halal terhasil. Jangan bertangguh walau sedikit kerna menjebak kepada keterpaksaan yang membawa tekanan dikemudian hari. Senang betul saya berkata-kata, saya akui ia sukar atas nama adat dan ikutan selama ini. Tapi sampai bila kita harus berubah menjadi yang terbaik untuk kerja dan keluarga. Saya juga tekadkan hati untuk bersama anda mengubah tabiat. Kerja biar cantik, biar orang menilai tanpa di kipas.
Lepas jam 5 pulanglah kerumah, pasti gembira dihati teman hidup dan si kecil yang berlari-lari mengejar kita. Siapa lah lagi perlu di hati selain insan-insan tersayang yang selama ini sudi meneman ketika suka dan duka. Ingatlah, bila pekerja hilang di ruang, mudah diganti cuma sedikit sedih yang menggigit hati. Tetapi, bila hilang di mata keluarga, merana diri bawa ke mati. Keluarga perlukan anda, bukan wang anda cuma masa dan kasih sayang yang ternilai dengan RM. Pulang lah.......
Wednesday, March 4, 2009
Cuma 30 minit
Tapi...
Kenapa perlu menunggu bila masa hampir berakhir. Bila masa makin menjelang senja, baru mencari erti kebahagiaan. Mencari sesuatu yang lama hilang dari dalam diri. Sudah jadi adat, kerja dihujung waktu menjadi ikutan dan budaya orang kita.
Seperti saya, menunggu detik 30 minit untuk menulis. Lihat lah hasilnya, tidak boleh dibanggakan. Idea dalam masa yang terhad membantutkan pengucapan. Terhad menjadi penjara, terkurung didalam dimensi masa yang dicipta oleh manusia. Bayangkan bila perkara sentiasa beredar mengikut aturan, tentu cantik hidup kita. Bila dirancang, seperti indah hendak dicapai. Timbul rasa puas dan bangga bila sesuatu yang diusahakan menghasilkan seperti dicita.
Tinggal 15 minit untuk saya terus menulis tanpa dirancang. Lebih kepada mencuba dari mencari. Tetapi inilah usaha pertama untuk terus mencapai cita. Menjadi penulis unggul di dunia penceritaan. Mampukah saya? jangan diberi jawapan sekarang, kerana anda tidak lagi punya masa yang cukup untuk menilai hasilnya. Mampukah dalam 2 minit anda mula menjangkakan sesuatu tentang diri dan hati saya. Jangan di andai bila tidak berkenalan mesra. Jangan mudah menjangka konon diri anda bijak menilai. Mungkin kita menilai dari cerita insan pendengki atau cuma dari mata kasar yang makin rabun dimamah tua.
Cuma 10 minit, makin dekat tempohnya, makin pantas jemari ini mencipta kata-kata. Tidak lah cantik tapi cuma latihan. Mungkin suatu hari nanti saya bergelar penulis. Genre belum bertemu, kisah belum bermula, mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin lusa. Mulai hari ini, saya akan terus menulis selama 30 minit sebelum jam 5. Mungkin jauhkan hati dari gelisah, jauhkan diri dari kehitaman. Tidak lah menyalahkan manusia lain. Semua insan cuma pelakon, ada yang baik ada juga yang belum ketemu jalan ke pangkal. Mungkin saya juga sebegitu, doakan saya jumpa langkahan. Jalan yang benar lagi ikhlas mencari apa yang hilang dari hati dan diri.
5 minit yang akhir, menjadikan rindu mula menjelma. Tanpa sedar semangat untuk terus melangkah makin semarak. Jangan dikata hangat cuma sebentar, biar genggam bara biar terus nyala. Moga bertemu lagi 30 minit di esok hari, moga Allah izinkan aku terus menulis. Moga Allah jauhkan aku dari apa yang selama ini cuba ku lari jauh. Hati ini perlukan sendal keras untuk terus berlari jauh dari yang ingin di buang. Biar tercampak jauh... jauh dari ku.
Thursday, February 19, 2009
Tesco - Harga Rendah Setiap Hari
Apa keistimewaan pasaraya besar sehingga banyak insan dari golongan sederhana yang menjalankan perniagaan jenis ini gulung tikar? Menurut pakar ekonomi, peruncitan yang diamalkan di Malaysia merupakan satu oligopoli. Oligopoli bermaksud, syarikat yang teribat yang menguasai industri ini tidak lah banyak bilangannya. Bagi mereka yang baru untuk memasuki industri ini akan mendapati ia adalah satu langkah yang sukar. Disebabkan bilangan penjual agak sedikit, setiap langkah atau tindakan pesaing akan diperhatikan. Peniaga akan bertindak segera bagi menyaingi pesaing bagi setiap langkah yang mereka ambil, samada menaikkan harga atau menurunkan harga.
Tesco merupakan peruncit kelima terbesar di dunia dalam industri peruncitan. Ditubuhkan pada 1924 oleh Jack Cohen, yang memulakan perniagaan dengan membeli dan menjual barangan yang agak rosak pada harga berpatutan. Pada asalnya, Tesco lebih kepada jualan barang berbentuk makanan dan akhirnya mengembangkan kepada barangan seperti pakaian, barangan elektrik, internet dan perkhidmatan kewangan.
Tesco percaya bahawa setiap pelanggannya mahukan harga yang terbaik bagi wang yang dibelanjakan. Oleh itu, Tesco sentiasa berusaha untuk memastikan harga yang ditawarkan adalah yang terendah, tanpa mengabaikan kualiti barangan.
Tahukan anda, bahawa Tesco mempunyai 5 format pasaraya yang berbeza bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza-beza. Ia bagi membezakan Tesco dari pesaing seperti Jusco, Carrefour dan Giant. Format pasaraya yang diamalkan adalah Extra, Superstore, Metro, Express dan Homeplus. Extra - mempunyai keluasan 60,000 kaki persegi. Sasaran mereka untuk menjadi satu perhentian destinasi belibelah yang menjual makanan dan pelbagai barangan seperti barang elektrik, pakaian, barangan kecantikan, keperluan harian, barangan bermusim dan sehingga ke perkakasan. Superstore - Bentuk tradisional bersaiz lingkungan 20,000 hingga 50,000 kaki persegi, mengutamakan barang makanan tetapi tetap menjual pelbagai barangan keperluan lain. Metro - pasaraya kecil bersaiz 7,000- 15,000 kaki persegi, menjual barang makanan yang siap untuk dimakan. Selalunya diletakkan dilokasi tengah bandar dan selalunya dikunjungi oleh pelanggan yang dikategori sibuk dan tiada masa. Express - merupakan kedai keperluan serbanika bersaiz 3,000 kaki persegi. Lokasi berhampiran kawasan kediaman dan pejabat koperat. Dan yang terakhir, Homeplus - keluasan dalam lingkungan 35,000 hingga 50,000 kaki persegi dan hanya menjual barangan selain makanan seperti pakaian.
Tesco merasakan mereka perlu memahami kehendak dan keperluan pelanggan dan belajar untuk segera bertindak bagi apa-apa tindakan pelanggan mereka. Strategi ini banyak membantu mereka untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan perubahan kepada kehendak pelanggan seperti kesedaran tentang kesihatan, pertambahan jumlah bilangan ibu yang bekerja dan lain-lain lagi. Mereka mampu lakukan kerana setiap tahun mereka akan mengadakan forum tahunan yang dipanggil, "Masanya untuk pelanggan bertanya". Selalunya hampir 12,000 pelanggan akan datang untuk memberi komen dan idea terhadap produk dan perkhidmatan yang tesco sediakan. Penyediaan talian pelanggan juga banyak membantu dalam hal penyelesaian masalah terutama pelanggan.
Terdapat pelbagai strategi perletakkan harga bagi mereka yang berada dalam persaingan oligopoli. Menurut kajian, Tesco juga mengamalkan pelabagai bentuk strategi. Cuma dalam artikel ini kita tumpakan kepada strategi Harga Rendah Setiap Hari dan Dasar Harga Sama dengan Pesaing. Ini umpama satu janji Tesco untuk menyediakan harga terendah atau lebih rendah dari pesaing mereka bagi barangan yang sama. Sekiranya pelanggan dapat membuktikan barangan yang dibeli lebih mahal dari tempat lain, pihak Tesco akan memulangkan duit hanya semata untuk meletakkan harga pada harga yang sama kepada pesaing mereka. Tetapi Tesco tidak menawarkan kepada semua jenis barangan tetapi kepada sebilangan dan tertakluk kepada tempoh masa yang ditawarkan. Bermakna, harga bagi sesuatu barangan yang ditawarkan harga rendah untuk minggu ini mungkin tiada dalam senarai harga rendah minggu atau bulan hadapan.
Apa yang pasti, strategi ini mengundang kepada perang harga antara pesaing dalam industri yang sama.
Menurut satu sumber, Tesco yang mula memasuki pasaran di Malaysia pada tahun 2002 telah memiliki lebih dari 19 pasaraya yang menjana kepada pendapatan lebih RM 1,200,000. Walaupun secara logik pasaraya besar seperti Tesco ini telah menutup peluang perniagaan peruncit kecil tetapi dari satu sudut lain, ia juga membantu dalam menjana pendapatan negara dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Friday, February 13, 2009
MLM dan kerjaya
Pelbagai bentuk dan gaya yang diamalkan oleh pelbagai syarikat MLM tetapi selalunya amalan asasnya tetap sama. Tidak menumpukan kepada jualan barang, tetapi lebih kepada membina rangkaian perniagaan. Sesetengah berpendapat orang yang dikategorikan berat mulut, pemalu, tidak ramai kawan juga boleh berjaya dalam bidang ini.
Hasil teknologi dan perniagaan gaya internet memudahkan jalan cara. Tanpa perlu mengenali client dengan tepat, dan berdasarkan maklumat dan ayat-ayat power selalunya anda tidak dikecewakan.
Pelbagai golongan menyertai rangkaian dan gaya ini. Dari golongan rendah, sederhana, profesional malah artis melibatkan diri dalam jenis perniagaan ini. Ada yang menggelarkan sebagai MLM, e-dagang dan macam-macam lagi. Perletakkan ikon terkenal nampaknya juga menjadi trend kepada syarikat ini untuk menarik minat. Insan seni selalu menjadi duta mewakili syarikat walaupun mereka sendiri tidak kenal produk yang diniagakan.
Sudah jadi adat cari makan. Peluang jangan dilepaskan. Banyak syarikat seperti tumbuh melata. Periksa lah dengan teliti latar belakang syarikat. Berdaftar dengan Akta Jualan Langsung tidak menggambarkan syarikat diuruskan dengan baik, telus dan amanah. Cuba perhatikan, statistik jumlah syarikat yang mampu bertahan lama. Tidak banyak kan? Kalau ada yang bertahan dan gah namanya pula, pasaran pula dikatakan sudah tepu. Baru nak ajak kawan masuk rupanya kawan tu dah masuk 3 bulan yang lalu.
MOdal? emm ada yang semurah RM30 seumur hidup, dan ada yang mencecah puluhan ribu. Berjaya atau tidak adalah terpulang pada usaha anda untuk mencari insan yang mahu menjadi seperti anda.
Hidup berniaga jalan MLM banyak rintangannya. Kena berani, mesti pandai cakap, info kena tepat tetapi sayangnya kerap hilang kawan dan teman dalam perjalanan menuju angka jutawan. Jangan lah sampai teman-teman sorok badan bila selisih tepi jalan. Bukan malu cuma segan, macam diluah mati mak ditelan mati bapak. Nak join tiada modal, nak tolak kawan tarik muncung berdepa-depa.
Apapun ini cuma salah satu ragam kehidupan. Kejayaan tidak datang bergolek, risiko masih ada dimana pun anda bertapak. Pilih lah jalan sendiri. Tepuk dada tanya selera. Jangan kawan makan ayam, anda pun nak makan ayam walaupun masa itu anda teringin sangat nak makan telur masak kicap dan tempe goreng.
Price Matching Policy - TESCO vs Carrefour
Hypermarket is act as an oligopoly. An oligopoly is a market dominated by a few large suppliers. The degree of market concentration is very high (i.e. a large % of the market is taken up by the leading firms). Firms within an oligopoly produce branded products for which advertising and marketing is an important feature of competition within such markets. There are also barriers to entry.
The Distinguishing Characteristics of Oligopoly are the number of firms is small enough that actions by any individual firm in the industry on price, output, product style or quality, introduction of new models, and term of sale have perceptible impact on sales of other firms in the industry. In
There are many types of pricing strategy the firms in oligopoly might use. Tesco’s price strategy are more focus on Tesco’s Low Price Guarantee (Price-Beating Guarantee and Price-Matching Guarantee), and Every Day Low Price strategy (EDLP).To understand the reason why Malaysia supermarket uses those price strategies, we might use the kinked demand curve in oligopoly market to explain. Sometimes when an oligopolies cuts its prices, competitors quickly feel the decline in their sales and are forced to match the price reduction. Alternatively, if one firm raises its prices, competitors rapidly gain customers by maintaining their original prices and hence have little or no motivation to match a price increase. For many goods sold by supermarkets, the demand is inelastic and a change in price will not bring about an increase in the total sales of the product. In such conditions any supermarket can increase its share of the total by cutting its price but this is likely to cause a response by other supermarkets also cutting their price. Such competition will not increase total sales but will cut profits of all the multiples. Under these conditions all the multiples can increase their profits by reaching a tacit agreement as to the optimal, or near optimal, price level and keep to that level for fear of retaliation if they break rank. Price leadership is one way of signaling the appropriate price level.
To consumers, it might be a bad news regarding to lose in buying power. Consumers will no longer able to make a right choice in buying process. All now depend to the oligopolies. They set the price and as a buyer you not have much choice. In what matters, compulsory goods still needed. As long as they not raise its prices and the others will follow to match, we as a consumer will remain safe.
Thursday, April 17, 2008
Tips Kewangan - Rancangan Kewangan Keluarga
Bila bergelar suami isteri, pasangan harus menentukan sama ada ingin memasukkan semua gaji mereka dalam akaun bersama atau sebaliknya.
Jika memilih untuk menguruskan secara berasingan, perlu menetapkan siapa menanggung kos bagi setiap perbelanjaan. Pastikan pembahagian dijalankan secara adil. Pastikan jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan daripada setiap wang gaji diterima tidak lebih daripada 70 peratus daripada wang gaji bersih yang diterima.
Ini beerti bagi setiap RM1,000 wang gaji, hanya boleh membelanjakan RM700. Hukum ini perlu dikekalkan selamanya.
Buka dua akaun lagi bagi menempatkan 30 peratus wang gaji yang belum digunakan. Letakkan 10 peratus daripada wang gaji itu didalam akaun satu (akaun simpanan) manakala 20 peratus lagi dalam akaun kedua (akaun kecemasan).
Terus menyimpan di dalam akaun kedua sebanyak 20 peratus daripada wang gaji bersih pada setiap bulan sehingga ia menyamai enam bulan wang gaji kasar.
Contohnya, jika mendapat RM2,000 bersih pada setiap bulan, perlu menyimpan sebanyak RM400 dalam akaun kedua pada setiap bulan sehingga jumlahnya manjadi RM12,000.
Apabila wang dalam akaun kedua itu menyamai gaji selama 6 bulan, pada bulan seterusnya pula ambil wang sebanyak 20 peratus itu untuk disimpan dalam akaun satu iaitu akaun simpanan. Setiap pasangan perlu menyimpan didalam akaun kecemasan sebanyak enam kali gaji kasar yang mereka terima setiap bulan.
Gunakan wang dalam akaun satu untuk melabur ditempat yang sah disisi undang-undang. Tujuannya untuk mengelakkan wang dimakan oleh inflasi serta menjamin keperluan semasa dan masa depan terutama ketika kos barangan semakin tinggi.
Jangan gunakan wang dalam akaun kecemasan untuk kegunaan peribadi yang tiada kaitan dengan keperluan kecemasan. Antara kes kecemasan adalah kemalangan dan kerosakan kereta.
Jangan rompak diri sendiri yang lazimnya berlaku bila anda atau pasangan tidak dapat mendisplinkan diri. Ini berlaku bila semua wang gaji dibelanjakan dan tiada wang kecemasan.
Pastikan diri dilengkapi pelbagai adab seperti adab masuk ke pasar raya. Apabila memasuki pasar raya, pastikan diri tidak berada dalam keadaan lapar dan masuk dengan membawa senarai.
Pastikan diri dan pasangan membentangkan bajet keluarga pada setiap bulan di atas meja makan untuk mengetahui perbelanjaan semasa.
Kesilapan dalam merancang wang gaji menyebabkan diri menanggung bebanan hutang sepanjang hayat.
Jangan biarkan bank menentukan masa depan dengan membiarkan mereka menentukan jumlah pinjaman yang perlu anda ambil.
Jangan mengambil pinjaman maksimum untuk harta yang membebankan seperti kereta. Sebaiknya ambil pinjaman yang tidak melebihi empat tahun.
Terus mendalami ilmu kewangan kerana setiap hari ada pelbagai perangkap kewangan yang mampu menyebabkan diri merana sepanjang hayat. Beringat sebelum terkena terutama kad kredit dan skim ansuran mudah yang mampu menjadikan diri hamba kepadanya sepanjang hayat.
Dipetik dari Harian Metro 17 April 2008.
Tuesday, March 25, 2008
Tips Kewangan - Mengurangkan Pembiayaan Pinjaman
Tips mengurangkan pembiayaan
Ini adalah sedikit garis panduan bagaimana pembeli boleh membuat bayaran pembiayaan mereka dalam tempoh yang lebih singkat bagi mengurangkan jumlah keseluruhan pembiayaan perumahan anda.
- Bayar Setahun Sekaligus
Bayar secara tahunan lebih baik dari bayaran bulanan. Kesannya adalah seperti anda membuat bayaran 13 bulan setahun. Sebagai contoh, bayaran untuk pinjaman RM100,000 bagi tempoh 25 tahun akan mengurangkan faedah sejumlah RM37,000 dan akan memendekkan tempoh bayaran selama 6 tahun dan 6 bulan!!!
- Jangan bertindak diluar kemampuan
Tahu tahap kemampuan anda dalam membeli rumah. Ini akan membantu anda membayar pinjaman dengan lebih cepat tanpa merubah cara hidup anda secara keseluruhan. Lebih tinggi pinjaman maka lebih tinggi faedah yang dikenakan. Ketika membayar balik pinjaman, anda harus mampu membayar faedah dan pokok pinjaman. Sebagai contoh, pinjaman bernilai RM200,000 pada kadar 6 peratus setahun bermaksud anda harus membayar sehingga RM12,000 hanya untuk faedah pinjaman sahaja.
Dalam menentukan tahap kemampuan anda dalam membayar balik pinjaman perumahan, anda harus tahu pendapatan kasar bulanan anda. Peraturan kewangan yang boleh dijadikan ikutan adalah jumlah bayaran ansuran bulanan keatas pinjaman perumahan tidak boleh melebihi 30 peratus dari jumlah pendapatan kasar bulanan anda!!!
- Buat perbezaan keatas kos pinjaman
Buat sedikit pengiraan sebelum meminjam dan pastikan anda selesa dengan pinjaman secara keseluruhan sekiranya kadar faedah meningkat. Sepanjang tempoh 20 hingga 30 tahun ini perubahan keatas kadar faedah adalah diluar jangka, kadang-kadang meningkat dan boleh juga menurun dalam satu-satu masa yang lain.
Katakan anda membuat pinjaman RM100,000 selama 25 tahun pembiayaan pada kadar 6.57 peratus. Ansuran bulanan anda adalah RM680 sebulan. Sekiranya kadar faedah meningkat kepada 10.1 peratus maka bayaran ansuran bulanan anda juga akan meningkat. Untuk mengira tahap kemampuan anda, buatlah sedikit pengiraan keatas bayaran ansuran bulanan sekiranya kadar faedah meningkat dari 1 peratus hingga 5 peratus.
Kebanyakkan bank yang menyediakan perbankan intenet ada menyediakan perkhidmatan kalkulator yang membolehkan anda membuat perbandingan pinjaman perumahan berdasarkan kadar faedah. Sekiranya anda tidak selesa dengan senario kadar faedah yang kerap berubah anda patut mengambil kira pinjaman perumahan dengan kadar tetap.
- Displin diri
Sebelum betul-betul meminjam, cuba latih diri dengan menyediakan bayaran ansuran bulanan bagi pinjaman yang akan dibuat. Bukan sahaja membantu anda mendisplinkan diri tetapi ini akan membantu anda membuat simpanan bagi tujuan pembayaran pendahuluan yang lebih tinggi. Harus diingatkan, lebih sedikit anda pinjam maka lebih sedikit faedahnya dan anda akan lebih cepat bebas dari hutang.
- Bayar hutang segera
Lebih banyak anda sanggup membayar keatas pembiayaan maka lebih cepat dan segera anda menyelesaikan pembiayaan perumahan dan lebih sempurna hidup anda dari segi perancangan kewangan jangka panjang. Dengan membayar lebih, anda akan jimat dari segi faedah yang dikenakan.
- Rancangan pada masa susah
Buatlah bayaran yang lebih ketika anda boleh melakukannya. Akan datang kita tidak tahu bila masa musibah akan menimpa. Berkemungkinan anda perlu menjelaskan sesuatu yang lebih penting seperti bil hospital. Oleh itu bayaran kehadapan bukan sahaja boleh menjimatkan dari segi faedah, ia juga akan mengurangkan tekanan keatas diri anda ketika anda mengalami kesusahan. Tidak siapa yang tahu!!!!
- Gunakan kenaikan gaji yang diterima
Sekiranya anda menerima kenaikan gaji, cubalah tingkatkan jumlah bayaran ansuran anda. Walaupun dengan peratusan yang kecil ia akan membantu anda dari segi perancangan kewangan masa depan. Anda juga masih boleh menikmati kenaikan yang anda terima.
- Jangan lebih berbelanja
Sekiranya rumah yang dibeli buka untuk dijadikan kediaman kekal keluarga anda maka jangan lah berbelanja berlebihan keatas rumah tersebut. Tidak perlu bagi anda untuk mengubah suai rumah tersebut secara keterlaluan. Jangan berbelanja besar keatas kabinet dapur atau perabot-perabot antik. Anda akan merasakan ianya tidak akan balik modal sekiranya anda berniat menjualkan rumah tersebut suatu hari nanti.
Untuk memaksimakan kepuasan hati anda dalam memiliki sebuah kediaman, lihat lah juga dari aspek-aspek selain kewangan. Pastikan berbaloi!!!
Aspek-aspek selain kewangan yang mampu mempengaruhi kepuasan anda
- Kenali diri sendiri
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah tanya diri anda sendiri samada anda akan kekal lama menetap disuatu tempat? Sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda berpindah randah setiap 3 atau 4 tahun maka menyewa adalah pilihan yang lebih baik.
Buat perbandingan bayaran sewa bulanan sebuah rumah dengan harga belian rumah. Dengan menganggarkan tempoh pinjaman selama 20 tahun bagi pembiayaan pembelian rumah, kirakan jumlah sewa yang perlu dibayar sepanjang 20 tahun anda menyewa. Bandingkan dengan harga semasa sebuah rumah yang ingin dibeli. Sekiranya jumlah bayaran sewaan sepanjang 20 tahun itu lebih tinggi dari harga semasa rumah tersebut maka adalah lebih baik bagi anda untuk membeli dari menyewa.
- Lokasi
Dalam membeli hartanah, perkara yang paling penting adalah lokasi. Oleh itu, sebelum membeli, periksa aspek kejiranan, keselamatan, kadar jenayah dan faktor-faktor lain kawasan tersebut. Untuk merasai aspek kejiranan , anda harus melawat kawasan tersebut pada masa berlainan dalam hari yang sama.
Dengan cara ini, anda akan tahu kawasan ini sunyi atau tidak. Anda mungkin tidak akan dapat memiliki sebuah rumah yang hebat dalam kawasan kejiranan yang sempurna. Oleh itu anda harus bertolak ansur. Anda akan lebih selesa walaupun tidak memiliki rumah idaman tetapi berada didalam kawasan kejiranan yang selamat dan harmoni.
- Latarbelakang pemaju
Banyak rungutan keatas masalah pemilikan rumah baru boleh dielakkan sekiranya anda menyelidik latar belakang pemaju terutamanya tentang sejarah pembabitan pemaju didalam bidang pembinaan.
Pastikan anda akan dapat seperti yang dijanjikan oleh pemaju. Contohnya berkaitan lantai, senibina rumah dan lain-lain lagi. Sekiranya anda menghadapi masalah anda boleh ajukan masalah anda kepada TribunalTuntutan Pembeli Rumah.
- Pemilikan bersama
Sekiranya anda membeli rumah dengan cara berkongsi dengan seseorang yang lain pastikan semua dokumen ditulis dengan jelas berkenaan jumlah wang pendahuluan yang perlu anda bayar dan bagaimana pembahagian dibuat sekiranya ruma tersebut dijual suatu dari nanti.
Kepada mereka yang berniat untuk membeli rumah terpakai, anda harus ambil kira perkara-perkara berikut:
- Motivasi penjual
Perkara pertama yang perlu anda ketahui adalah berkenaan kenapa dia menjual rumah tersebut? Sekiranya adalah kerana perceraian, kehilangan pekerjaan ataupun berpindah tempat kerja maka penjual adalah sedikit terdesak untuk menjualnya. Disini anda boleh mengambil kesempatan dalam perundingan bagi mendapatkan harga yang lebih rendah. Faham!!!
- Adakah rumah tersebut pernah disewakan
Secara logik rumah yang disewakan akan mengalami lebih teruk kerosakkan dari rumah yang diduduki sendiri oleh tuan tanah. Sekiranya anda dapati rumah tersebut telah disewakan untuk sesuatu tempoh masa ambillah kesempatan untuk berunding bagi mengurangakan harga jualan rumah tersebut.
Tips Kewangan - Membeli Insurans Diri
Tips Membeli Insurans
Kita mungkin agak biasa dengan perkataan insurans tetapi adakah kita benar-benar memahami apa itu insurans dalam erti kata sebenar?
Memiliki polisi insurans adalah langkah bijak dalam menghadapi risiko yang tidak dijangka pada seseorang individu yang boleh menyebabkan dan memerlukan dia mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bagi menangani kehilangan ataupun kecederaan yang menimpa.
Insurans adalah langkah keselamatan dari segi kewangan. Ada pelbagai jenis polisi insurans yang melindungi berkenaan kebakaran, kemalangan, kecurian, mengidap penyakit dan malapetaka.
Insurans berkaitan kenderaan adalah merupakan yang tertinggi dari segi bilangan polisi – 3.6 juta dalam tahun 2002 manakala insurans kemalangan diri dan insurans perubatan dicatatkan pada 2.3 juta dan 354,000 polisi.
Terma-terma yang perlu diketahui....
Insurans memiliki beberapa terma yang mewakili maksud tersendiri yang secara amnya difahami bagi orang-orang yang berada didalam industri ini. Sebagai pemegang polisi, kita harus faham akan terma-terma ini supaya kita boleh menjadi pengguna yang bijak. Ini adalh sebahagian dari terma-terma asas insurans:
- Polisi Insurans
Apabila kita bersetuju untuk membayar kepada pihak insurans yang akan mengambil alih risiko yang ditanggung, pihak insurans akan mengeluarkan satu polisi kepada pemegang polisi yang akan menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan perjanjian insurans.
- Premium
Premium insurans merupakan bayaran kepada syarikat insurans sebagai pertukaran kepada janji perlindungan dan bantuan keatas kehilangan yang tidak dijangka.
- Perlindungan Maksimum
Setiap polisi insurans ada perlindungan iaitu had jumlah yang akan dibayar oleh syarikat insurans kepada pemegang polisi yang membuat tuntutan. Oleh itu, lebih besar jumlah yang dilindungi lebih tinggi premium dikenakan.
- Tuntutan
Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini dan polisi insurans yang dimiliki mencakupi perlindungan berkenaannya maka pemegang polisi berhak menuntut dari pihak syarikat insurans. Syarikat insurans akan menyelidik, memproses dan membuat keputusan samada tuntutan itu diterima atau ditolak.
Sekiranya diterima, pihak insurans akan membayar jumlah yang diinsuranskan kepada pemegang polisi.
Konvensional VS Takaful
Dalam industri insurans terdapat juga insurans versi islam yang dinamakan Takaful. Didalam pelan takaful, dana lebihan akan dikongsi bersama pemegang polisi takaful dan juga pihak operasi insurans. Walau bagaimanapun, lebihan tersebut hanya dikongsi kepada mereka yang tidak membuat apa-apa tuntutan sepanjang tempoh polisi takaful.
Katakan, syarikat takaful memiliki dana lebihan sebanyak 5 juta dan jumlah keseluruhan penyertaan am (bayaran premium insurans) adalah berjumlah 10 juta. Sekiranya penyertaan tahunan kita adalah RM1,000 dan perjanjian awal perkongsian keuntungan adalah pada ratio 50:50. Kita akan diberi bahagian dari dana lebihan seperti dibawah:
Ratio Perkongsian Lebihan = Ratio Perjanjian Awal X Jumlah Lebihan
Jumlah Penyertaan
= 50% X RM5 juta
RM10 juta
= 25%
Keuntungan diagih = 25% X RM1,000
= RM250
Kita boleh gunakan keuntungan yang diagihkan untuk memperbaharui insurans kereta kita. Sekiranya jumlah premium adalah RM650, kita hanya perlu membayar RM400 dan kita dapat berjimat sebanyak RM250.
Selain daripada perkongsian keuntungan keatas lebihan, insurans konvensional dan takaful masih menggunakan prinsip-prinsip yang sama:
- Faedah Ke atas Barangan Yang Diinsurankan
Menyertai pelan takaful atau membeli polisi insurans bagi melindungi hartabenda atau barangan dari kemusnahan yang tidak dijangka.
- Indemniti
Kedua-dua syarikat insurans dan takaful akan melindungi pemegang polisi sejumlah wang yang hilang atau musnah sehingga jumlah maksimum yang diinsurankan.
- Kebolehpercayaan
Dalam membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful, kita dimestikan untuk memberikan maklumat yang betul dan sahih. Sekiranya kita didapati menipu dalam memberikan maklumat perubatan secara automatik polisi akan menjadi tidak sah dan terbatal.
Jenis Insurans
Secara amnya, terdapat 2 jenis insurans (takaful) iaitu insurans am dan insurans hayat.
Insurans hayat akan melindungi insan-insan yang kita sayangi. Mereka yang amat bergantung kepada kita dari segi kewangan tidak akan dibebani sekiranya kita sudah tiada. Walau bagaimanapun, insurans hayat mungkin menjadi keperluan atau mungkin juga tidak menjadi keperluan kepada kita. Ini semua bergantung kepada beberapa faktor dan kriteria. Sekiranya kita masih bujang dan tiada insan yang bergantung harap kepada kita, insurans hayat adalah tidak lah menjadi keutamaan pilihan.
Sekiranya kita sudah berkahwin dan pasangan hidup kita bekerja dan berkemampuan dari segi kewangan tanpa memerlukan pendapatan kita, kita masih boleh menolak untuk memiliki insurans hayat. Cuma bila kita telah menjadi tempat insan-insan tersayang bergantung harap, maka insurans hayat akan menjadi satu keperluan yang utama.
Pemegang polisi insurans hayat boleh menuntut pelepasan cukai keatas pembayaran premium tahunan sehingga maksimum RM5,000 setahun setelah dicampur jumlah penyertaan keatas tabungan KWSP.
Insurans am pula melibatkan perlindungan kenderaan, bangunan, kemalangan diri dan perjalanan. Tempoh perlindungan biasanya akan tamat dalam tempoh setahun dan memerlukan kita membayar keseluruhan jumlah premium sekaligus.
Yang Mana Satu Sesuai Untuk Saya?
Insurans dan takaful merupakan cara mengelak dari meninggalkan beban kepada insan-insan tersayang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga yang menyebabkan kita menjadi lumpuh atau meninggal dunia
Sehingga kini, terdapat pelbagai pelan insurans dan takaful di pasaran dan menyebabkan kita menghadapi kesulitan untuk membuat pilihan. Di sini, disediakan sedikit petunjuk berkenaan perkara-perkara yang perlu difikirkan sebelum membeli sesuatu polisi insurans atau takaful.
- Memahami klausa yang tertulis didalam polisi atau pelan termasuklah keadaan, had-had faedah dan juga bentuk produk.
- Pilih pelan yang anda fikirkan anda mampu membayar premium atau wang penyertaannya dan tidak menjadikan ia satu beban baru kepada anda dari segi kewangan.
- Sertakan semua maklumat yang betul dan tepat ketika mengisi borang pemohonan insurans untuk mengelakkan dari dikenakan penalti ketika membuat tuntutan dikemudian hari.
- Berurusan secara terus kepada pihak insurans atau takaful, atau anda boleh menggunakan khidmat ejen insurans berdaftar bagi menguruskan insurans atau pelan takaful anda.
- Beri perhatian kepada tarikh pembayaran wang penyertaan atau premium dan perbaharui polisi sekiranya tamat tempoh.
Berapa anda peruntukkan untuk pembayaran premium bulanan insurans yang anda sertai? Peratus yang paling ideal adalah tidak melebihi 10 peratus dari jumlah pendapatan anda. Tetapi, ini masih bergantung kepada keperluan setiap individu. Jagi, fahami keperluan anda sendiri dan anda lebih mengenali diri anda dari orang lain termasuk ejen insurans. Buatlah sedikit kerja rumah dan kajian sebelum membeli polisi insurans.
Tips Kewangan - Membuat Pinjaman Perumahan (Part 2)
- Pinjam hanya jumlah yang anda perlukan dan berkemampuan untuk membuat bayaran
Sebelum membuat pinjaman, anda harus jelas dengan jumlah pinjaman yang anda perlukan dan rancangan anda dalam membuat bayaran semula. Perkara pokok disini adalah samada anda berkemampuan atau tidak untuk membuat bayaran ansuran bulanan. Cara paling mudah bagi mengetahui jumlah ansuran bulanan adalah dengan menggunakan kalkulator yang disediakan di website pemberi pinjaman. Anda hanya perlu memasukan data jumlah pinjaman, tempoh bayaran balik dan kadar faedah. Mudah!!!
- Ambil tahu dan faham jumlah atau kos sebenar keseluruhan pinjaman
Buat kajian keatas jadual pembayaran balik pinjaman. Pastikan berapa jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar sehingga bayaran terakhir pinjaman dibuat. Jadual berikut akan memberi gambaran kepada anda. Contoh berikut adalah berkenaan jadual bayaran semula bagi pinjaman RM250,000 bagi tempoh 30 tahun. Sila rujuk Jadual B.
| Jadual B | |
| Tempoh Bayaran Semula dan Kadar Faedah | Bayaran (RM) |
| Tahun Pertama – 2.8% Tahun Kedua – 7.05%(BLR* + 0.25%) Tahun Ketiga dan seterusnya – 7.40%(BLR* + 0.6%) | 12,336.00 19,836.00 574,224.00 |
| JUMLAH | 606,396.00 |
*Beranggapan BLR adalah tetap pada kadar 6.8%
- Pastikan yuran pinjaman adalah berpatutan
Dalam kes-kes yang biasa, yuran pinjaman (termasuk yuran guaman, duti stem) adalah tidak melebihi 5 peratus dari jumlah pinjaman melainkan kita membuat bayaran lebih untu mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah. Sebagai contoh, Sekiranya pinjaman berjumlah RM170,000 maka yuran pinjaman tidak harus melebihi RM8,500 (RM170,000 x 0.05=RM8,500)
- Baca setiap baris dokumen perjanjian pinjaman
Jangan terlalu bergantung kepada kata-kata pihak yang memberi pinjaman. Anda perlu tahu sendiri berapa tempoh jangka masa yang diperlukan bagi menyelesaikan keseluruhan pinjaman. Sekiranya anda menamatkan perjanjian pinjaman lebih awal, maka pihak pemberi pinjaman akan mengenakan anda penalti yang agak tinggi kosnya. Yang paling penting, dapatkan penjelasan sekiranya anda mengalami keraguan tentang pinjaman.
- Kos tambahan
Semua jenis pinjaman perumahan akan diwajibkan dengan insurans. Dan yang paling biasa digunakan adalah MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance. Yuran yang dikenakan adalah tetap dan bergantung kepada saiz pinjaman.
Kefahaman tentang pinjaman perumahan berteraskan islam
Perbezaan antara pinjaman konventional dan pembiayaan berteraskan islam adalah pada konsep dan prinsip. Konventional lebih menekankan tentang penghutang dan pemuitang, hubungan antara pembeli rumah dan pemberi pinjaman manakala pembiayaan islam lebih kepada konsep pembelian dan penjualan dimana, pemberi pinjaman akan membeli rumah dari pemaju dan menjualkan kepada anda dengan harga yang telah dimasukkan apa yang kita panggil UNTUNG!!!
Kadar faedah pembiayaan bagi konventional adalah berubah-ubah manakala kadar bagi pembiayaan islam adalah pada kadar tetap. Untuk melihat akan perbezaan, sila rujuk Jadual C:
| Jadual C | |||
| Konventional | Bayaran (RM) | Teras Islam | Bayaran (RM) |
| Tahun pertama – 2.8% | 12,336.00 | Tahun pertama – 2.8%* | |
| Tahun kedua – 7.05% (BLR + 0.25%) | 19,836.00 | Tahun kedua – 6.8%* | |
| Tahun ketiga dan seterusnya – 7.40% (BLR + 0.6%) | 574,224.00 | Tahun ketiga dan seterusnya – 8.5% | Purata RM22,538.04 setahun selama 30 tahun |
| JUMLAH | 606,396.00 | | 676,141.20 |
*Kadar rebet adalah bergantung kepada pihak bank
Sekiaranya anda merasakan kadar bayaran semula adalah tinggi, anda harus tahu bahawa BLR boleh meningkat seperti yang berlaku dalam tahun 1998 iaitu pada 12.3 peratus. Oleh itu, untuk selamat daripada pengaruh inflasi, pembiayaan berteraskan islam adalah pilihan yang bijak kerana harga jualan adalah tetap sepanjang tempoh kontrak.
Anda tidak harus terburu-buru dalam membuat pilihan berkaitan pinjaman perumahan kerana ia akan mempengaruhi pelan kewangan anda untuk 15 hingga 30 tahun akan datang. Oleh itu ambil sedikit masa untuk memikirkan dan menilai sebanyak mungkin produk pinjaman dipasaran. Pilihlah yang bersesuaian dengan kemampuan dan cara hidup anda.
Tips Kewangan - Membuat Pinjaman Perumahan (Part 1)
Tips membuat pinjaman perumahan
Anda tidak boleh terus bersetuju dengan pinjaman yang dicadangkan hanya bila anda mendengar pemberi pinjaman mengatakan pinjaman yang disediakan adalah sama dan standard. Pastikan anda faham tujuan bagi setiap terma dan akibatnya sebelum anda menandatangani dokumen perjanjian.
Terdapat banyak produk pinjaman perumahan yang ditawarkan dipasaran. Maka anda harus bijak membuat pilihan yang terbaik dan sesuai dengan anda. Pilihan keatas pinjaman yang mengenakan kadar faedah yang rendah jelas akan menjimatkan wang anda. Apabila anda sudah memilih pinjaman yang memberikan anda tawaran yang paling baik maka anda boleh merancang kewangan anda dengan lebih berkesan. Ini akan memberikan anda gambaran yang jelas berdasarkan kemampuan anda dan merancang apa yang perlu bagi tempoh masa jangka panjang.
Samada anda memilih pinjaman konvensional atau berteraskan islam terpulang kepda anda. Saya sediakan sedikit tips untuk anda memilih pinjaman perumahan yang terbaik untuk anda.
Bagaimana mendapatkan tawaran pinjaman yang terbaik?
- Beri diri anda peluang untuk membuat pilihan
Untuk mendapatkan tawaran terhebat, anda harus sekurang-kurang mendapatkan maklumat pinjaman daripada 3 buah bank ataupun syarikat kewangan. Ini akan memberikan anda peluang untuk membanding beza tawaran keatas pinjaman dan perkhidmatan yang disediakan. Dapatkan maklumat berkenaan kos, perkhidmatan dan lain-lain perkara berkaitan. Sila Rujuk Jadual A:
| Jadual A | |||
| Maklumat | Bank 1 | Bank 2 | Bank 3 |
| Nama syarikat/No telefon/Nama pegawai bertugas | | | |
| Bentuk Pembiayaan: Pinjaman Berjangka/Kemudahan Overdraf/Gabungan keduanya | | | |
| Kadar faedah: kadar faedah permulaan/kadar kaedah tahun berikutan/APR(kadar peratus tahunan) | | | |
| Jumlah maksimum pinjaman: Tidak termasuk insurans pembiayaan/Termasuk insurans pembiayaan | | | |
| Bayaran pendahuluan: Adakah anda dibenarkan membuat bayaran pendahuluan lebih dari kadar yang dibenarkan? | | | |
| Tempoh masa proses pinjaman: Berapa tempoh masa dijangka: Dari tempoh permohonan ke kelulusan pinjaman/ Kelulusan ke penutup | | | |
| Kos Berkaitan: Yuran permohonan/Yuran guaman/Carian tajuk/Yuran penyediaan dokumen/lain-lain kos berkaitan | | | |
Anda diingatkan, sebahagian maklumat terutama berkenaan kadar faedah akan berubah dari masa ke semasa. Hubungi ketiga-tiga bank pada hari yang sama bagi mendapatkan perbezaan sebenar berkenaan kadar faedah!!!
Thursday, February 21, 2008
Bersediakah Anda Untuk Membeli Rumah?
Bersediakah Anda Untuk Membeli Rumah?
Bagi insan berpendapatan kategori sederhana, memiliki rumah adalah merupakan satu komitmen yang sangat besar dari segi kewangan.
Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa prihatin kepada permasalahan ini dengan memperkenalkan insentif baru bagi menggalakkan orang memiliki rumah sendiri. Sebagai contoh, pada tahun 2003, kerajaan telah memberi insentif istimewa kepada pembeli rumah seperti:
· Pengecualian Duti Setem bagi pembelian rumah dibawah RM180,000
· Pelepasan cukai atas faedah pinjaman perumahan
· Mempercepatkan pemberian Sijil Layak Duduk (CFO)
· Bagi rumah dibawah RM100,000 – bagi pembeli yang pertama kali membeli rumah, layak mendapat subsidi 3 peratus faedah dalam tahun pertama ATAU pinjaman tanpa faedah bagi tahun pertama sekiranya membayar 10 peratus deposit. Pinjaman hanya disediakan oleh Bank Simpanan Nasional. Bagi pinjaman yang melibatkan bank-bank lain, RM600 akan diberi dalam bentuk geran.
Pakej ini hanya terpakai kepada pembeli yang pertama kali membeli rumah sahaja.
Selain daripada itu, anda juga akan dapat meningkatkan kapital anda hasil daripada kenaikan harga dan nilai rumah pada setiap tahun apabila anda memiliki rumah sendiri. Sebagai contoh; katakan anda membeli sebuah rumah berharga RM170,000 dan peningkatan nilai rumah adalah pada kadar 6 peratus setahun. Dalam masa 10 tahun rumah anda akan bernilai lebih daripada RM304,000. Ini bermakna, pelaburan anda dengan membayar duit muka rumah sebanyak RM17,000 telah berganda menjadi RM151,000 atau 24 peratus pulangan setahun.
Apapun, sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli rumah idaman anda, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah untuk mengira dan menjangka atas kemampuan anda sendiri. Tanya diri sendiri, “Berapa banyak yang aku mampu?”
Secara amnya, pembiayaan rumah bagi sebulan adalah antara lingkungan 25 hingga 30 peratus dari jumlah pendapatan anda. Ini juga bergantung kepada beberapa perkara seperti hutang dan sejarah kredit anda. Ingat! Jangan biarkan pihak bank yang menentukan berapa yang anda mampu.... Anda yang tentukan apakah kemampuan anda dengan membuat sedikit pengiraan matematik kerana hanya anda yang kenal diri anda sendiri.
- Mula sekali, anda kena pastikan dan tentukan berapa banyak wang yang diperlukan bagi mencapai beberapa metlamat hidup anda seperti pelan persaraan dan pendidikan anak-anak anda.
- Kedua, anda cuba jangkakan berapa yang diperlukan bagi menampung kos penyelenggaraan dan pembaikan bagi rumah setiap tahun( anggaran dalam lingkungan 1 – 3 peratus dari nilai tahunan rumah dan juga tertakluk kepada usia dan keadaan semasa rumah tersebut.
- Akhir sekali, berapa wang yang diperlukan dari baki pendapatan anda bagi membiayaai kos rumah termasuk insurans dan cukai.
Setelah mengambil kira perkara-perkara diatas, dijangkakan, anda masih dalam keadaan selesa walaupun membelanjakan 25 peratus dari pendapatan bulanan anda keatas pembelian rumah tersebut. Anda juga mungkin perlu menurunkan kadar peratusan ini sekiranya anda merancang untuk mempunyai anak yang ramai, memiliki hobi mewah seperti gemar melancong dan juga sekiranya anda memiliki pendapatan tidak tetap.
Dapatkan pra kelulusan pembiayaan daripada bank.
Memandangkan sebahagian besar daripada jumlah pembayaran pembelian rumah (85 hingga 100 peratus) datang daripada bank, adalah bijak bagi anda mendapatkan pra kelulusan dari pihak bank berkenaan pinjaman bagi membantu anda:
· Tahu berapa banyak boleh pinjam?
· Pengesahan layak pinjam berasaskan kredit anda, maklumat kewangan dan maklumat pekerjaan.
· Mengukuhkan kedudukan anda bagi membuat penawaran ke atas rumah idaman.
Proses kelulusan adalah sebagaimana permohonan sebenar kecuali appraisal dan tajuk kerana tidak menyatakan rumah yang hendak dibeli. Dokumen yang diperlukan bagi tujuan ini adalah seperti yang diperlukan bagi permohonan sebenar pinjaman. Anda dinasihatkan supaya anda mendapatkan pra kelulusan dari beberapa bank yang berbeza bagi membuat perbandingan dan memilih bank yang menawarkan tawaran terbaik.
Sekarang anda sudah ada pra kelulusan pinjaman, apa yang perlu seterusnya anda lakukan adalah memikirkan tentang bayaran muka yang selalunya pada 10 peratus dari jumlah nilai rumah.
Membayar duit pendahuluan belian rumah.
Selain dari menggunakan duit simpanan, cara yang selalu digunakan wang bagi pembayaran duit pendahuluan adalah daripada KWSP. Bagi pencarum KWSP, anda ada tiga akaun dan anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran dari Akaun II bagi tujuan pembeliaan rumah.
Untuk membuat pengeluaran dari simpanan KWSP, anda perlu memenuhi beberapa kriteria termasuklah:
- Tidak pernah mengeluarkan wang dari akaun tersebut.
- Sudah menandatangani surat perjanjian jual beli (S&P).
- Masih belum mencapai umur 55 tahun.
Untuk belian rumah, jumlah yang boleh dikeluarkan oleh pencarum adalah seperti berikut:
- Perbezaan antara harga jualan rumah dan jumlah pinjaman perumahan, ditambah dengan 10 peratus duit pendahuluan dari harga rumah; ATAU
- Jumlah baki didalam Akaun II (yang mana lebih rendah), Rujuk Jadual A
| Jadual A: Contoh Pengeluaran Dari Akaun II KWSP | |
| Harga jualan rumah Jumlah pinjaman perumahan Perbezaan antara harga rumah dan jumlah pinjaman Tambahan 10% dari harga rumah Jumlah yang diperlukan untuk pengeluaran Jumlah baki akaun II Jumlah yang dibenarkan untuk tujuan pengeluaran | RM 170,000 153,000 17,000 17,000 34,000 20,000 20,000 |
Memandangkan baki didalam akaun II iaitu RM20,000 adalah lebih rendah dari pengiraan yang dibuat iaitu RM34,000 maka jumlah yang boleh dikeluarkan adalah RM20,000 sahaja. Cuma, diingatkan, kita layak untuk mengeluarkan wang lagi selepas 3 tahun bagi tujuan menyelesaikan bayaran tertunggak.
Kos-kos tersembunyi
Selain daripada duit pendahuluan dan bayaran bulanan pinjaman perumahan kepada pihak bank, ada beberapa kos tersembunyi yang perlu diambil kira. Ia termasuklah, yuran guaman bagi dokumentasi, duti stem dan bayaran premium insurans.
Jadual Pertama “Solicitors Remuneration Order 1991” telah menetapkan yuran yang boleh dikenakan oleh peguam bagi menguruskan S&P. Jumlah yuran adalah bergantung kepada harga sesebuah rumah:
- 1 peratus bagi RM100,000 pertama
- 0.5 peratus bagi RM4,900,000 seterusnya
- 0.25 peratus bagi baki seterusnya
Ambil perhatian, untuk setiap S&P, peguam hanya boleh mengutip yuran guaman berdasarkan skala diatas daripada samada penjual atau pembeli dan bukan dari kedua-dua pihak. Anda harus faham, apabila pemaju tidak mengenakan yuran guaman itu bermaksud pemaju telah melantik peguam bagi mewakili pihak pemaju dan bukan anda sebagai pembeli. Jadi, pastikan anda juga mendapatkan seorang penasihat undang-undang sebelum anda menandatangani sesuatu perjanjian.
Duti stem dikenakan bagi dokumen pertukaran bergantung kepada harga rumah seperti dibawah:
- 1 peratus bagi RM100,000 pertama
- 2 peratus bagi RM400,000 seterusnya
- 3 peratus bagi RM1,500,000 seterusnya, dan
- 4 peratus bagi baki seterusnya
Tanyalah diri anda sekarang, mampukah anda memiliki sebuah rumah? Sekiranya jawapan anda YA, maka anda sudah boleh mula mencari rumah idaman anda tetapi sekiranya jawapan anda TIDAK saya nasihatkan anda perlu lebih berkerja keras dan mula menabung.
Tuesday, February 19, 2008
Bajet Sempurna Hidup Bahagia
Melupakan Bajet
Bila kita memperkatakan tentang bajet kebanyakkan orang akan samada tidak mengendahkannya ataupun akan memberi respon “Tiada masa – Saya terlalu sibuk”
Dua penyataan tadi merupakan antara alasan yang digunakan oleh mereka yang tidak ada menyediakan bajet untuk diri sendiri.
Jadi tidak menghairankan sekiranya bilangan insan yang mendapat status muflis meningkat dalam tahun kebelakangan ini.
Sekiranya kita tidak mahu terjerumus dengan masalah serius ini, menyediakan bajet patut menjadi amalan anda.
Dengan membuat bajet sendiri, anda akan lebih prihatin dalam menguruskan wang anda daripada membiarkan wang anda menguruskan diri anda. Ramai orang tidak menyedari bahawa rancangan kewangan sangat penting untuk perniagaan dan persendirian. Lebih awal anda memulakannya lebih baik kehidupan anda.
Kenapa perlu sediakan bajet?
Menetapkan had perbelanjaan
Penyediaan bajet sendiri yang baik adalah dengan menetapkan had jumlah wang yang anda belanjakan dan merekodkan jumlah pendapatan yang diterima, baki hutang yang perlu dijelaskan, simpanan persaraan dan tabung kecemasan.
Boleh mengesan perbelanjaan dan pembiayaan
Kebiasaannya kita tidak menyimpan rekod dan gagal mengesan dengan baik dimana dan bagaimana kita belanjakan sejumlah wang kita dan wang ini selalunya dibazirkan dengan pembelian yang remeh temeh. Bajet akan membantu kita menghalang daripada ia berlaku dengan menjadikan kita bertanggung jawab kepada wang yang kita belanjakan setiap hari.
Membangunkan belanja berwibawa
Bajet memberi gambaran yang tepat banyak mana jumlah yang mampu kita bayar untuk pelbagai barangan pengguna. Samada ia rumah, kereta atau sebuah peti televisyen, kita boleh menentukan samada pembelian kita itu pasti atau tidak didalam lingkungan sekatan kewangan kita. Amalan ini adalah sebagai pengawal yang mengawal kita dari bertindak luar kawalan dan melampau.
Mengenalpasti tabiat berbelanja
Ia banyak membantu dalam mengesan bagaimana caranya kita membelanjakan wang kita sekarang. Sila rujuk penyata bank terbaru untuk mendapatkan idea berkenaan perbelanjaan bulan semasa. Kemudian,
Dimana kita patut mulakan?
Untuk menyediakan bajet yang sesuai, perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah menentukan corak perbelanjaan ke atas belanja jenis tetap dan belanja jenis berubah.
Belanja tetap termasuklah bayaran gadai janji dan pinjaman, manakala belanja berubah ialah apa yang kita bayar untuk belian majalah, pakaian, keluar makan dan lain-lain lagi. Mengurangkan perbelanjaan jenis berubah lebih mudah kerana kita boleh teruskan hidup tanpa perlu kepada banyak perkara tersebut. Sekarang mari kita lihat bagaimana kita dapat mengurangkan perbelanjaan tersebut.
Gunakan kad kredit dengan bijak
Kad kredit merupakan item perlu ada didalam beg duit kebanyakkan orang pada hari ini. Tetapi perlu diingat ia boleh memusnahkan bajet yang kita sediakan dengan kadar bunga yang tinggi. Untuk mengelakkan diri dari dikenakan caj tersebut, pastikan kita menyelesaikan pembayaran kad kredit sebelum tarikh patut bayar untuk mengelakkan dikenakan caj penalti lambat bayar. Dan sekiranya kita ada duit lebih, bayarlah lebih daripada jumlah minimum yang perlu bayar.
Kurangkan belian dengan menggunakan kad kredit. Gunakan hanya bila anda rasa anda sangat perlu menggunakannya.
Sediakan makanan tengahari dari rumah
Bunyinya macam kelakar, tapi cubalah anda akan tahu apa yang anda dapat jimatkan dari amalan ini.
Bijak Berbelanja
Cubalah tips bijak berbelanja seperti saya. Mula sekali, tuliskan senarai semua item yang anda mahu beli dan beli hanya barang yang ada didalam senarai sahaja. Apa sahaja yang barang anda ingin beli tidak ada dalam senarai dan selalunya berlaku secara spontan bolehlah anda
Berbelanja ketika perut sudah kenyang atau anda akan membeli makanan berlebihan dari anda perlukan.
Gunakan masa dengan baik bersama keluarga dan rakan-rakan dengan melawat mereka atau keluar jalan-jalan ke taman rekreasi daripada ke kompleks membeli belah.
Berkongsi suratkhabar, majalah dan buku
Segelintir daripada kita berbelanja lebih dari RM100 sebulan untuk membeli majalah dan buku.
Berkongsi kos tersebut dengan mengambil giliran membeli terbitan dikalangan kawan dan kenalan banyak menyelamatkan duit dari terbang dari poket anda. Atau anda boleh mencuba tabiat membeli buku terpakai.
Hari ini sudah banyak kedai yang menguruskan bentuk perniagaan buku terpakai. Jenis buku pula terdiri dari pelbagai jenis termasuklah bertemakan cinta dan politik.
Kita juga boleh menyewa buku yang kita rasakan kita tidak mahu menyimpannya sebagai koleksi kerana kos sewaan jauh lebih murah.
Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menjimatkan kos. Apa yang perlu ada didalam diri adalah azam yang kuat untuk berjimat cermat dan menjadi lebih kreatif.
Untuk mengurangkan belanja tetap adalah lebih sukar kerana ia memerlukan pengorbanan yang lebih dari kita. Sebagai contoh, kita mungkin perlu menjualkan rumah dan berpindah ke rumah sewa yang lebih kecil dan murah untuk menyesuaikannya dengan keupayaan bajet kita.
Kita juga terpaksa melepaskan kereta dan menggunakan kenderaan awam sebagai pengangkutan. Tetapi, kehilangan kemewahan dalam kehidupan hanyalah bersifat sementara.
Bila kita sudah berjaya meletakkan tahap kewangan kita dengan betul dan baik, kita mungkin boleh membeli dan memiliki kemewahan itu sekali lagi.
Bajet yang ideal
Merujuk kepada beberapa pakar, bajet yang dikategori sebagai ideal seharusnya terdiri daripada gabungan seperti didalam Jadual 1:
Jadual 1
Gabungan Bajet Yang Ideal
Butiran | Peratus |
| Belanja Simpanan Jangka Pendek *Simpanan Jangka Panjang *Duit Berhibur *Pelan Persaraan | 60% 10% 10% 10% 10% |
Secara ideal, kita patut memperuntukkan 60% daripada keseluruhan pendapatan sebagai belanja tetap dan 10% untuk simpanan. Butiran lain bertanda *, peruntukkannya boleh ditukar ganti mengikut keperluan dan kepentingan. Peruntukkan “duit Berhibur” bolehlah anda gunakan untuk apa-apa sahaja selagi tidak melebihi 10 peratus. Oleh itu, latihlah diri anda berbelanja mengikut kemampuan dan anda disarankan tidak menggunakan lebih daripada 70% daripada jumlah pendapatan.
Displin, displin, displin
Seperti anda melihat orang yang mengamalkan diet pemakanan, penyediaan bajet juga memerluka displin yang tinggi untuk berjaya. Anda akan rasa ia agak sukar pada peringkat permulaan, tetapi bila kita sudah membiasakan diri dengannya, penyediaan bajet akan menjadi satu tabiat yang baik. Bagi memastikan usaha ini ada kesinambungan, dapatkan nasihat dan sokongan daripada keluarga dan sahabat handai.
Kepada mereka yang ditimbuni hutang, inilah masanya anda menyediakan bajet secara serius dan membetulkan apa yang salah bagi menyelesaikan masalah.
Dan kepada yang menikmati lebihan pendapatan, urus bajet anda dengan bijak dan tambahkan nilai pada diri anda.