Cuma AKU

Cuma AKU
Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

Pesanan Pakcik Zan

Salam buat semua..

Cuti hujung minggu, aku ziarah ayah dan emak di kampung. Seronok atuk dan nenek dijenguk cucu-cucu bertiga. Seperti kebiasaan setiap kali pulang ke kampung pasti emak menjamu lauk kegemaranku... asam pedas + tauhu sumbat + petai (bawa sendiri dari Putrajaya) = TERBAIK... simple tetapi sangat sedap. 

Entri kali ini aku hendak ceritakan tentang seorang rakan ayahku. Pakcik Zan. Khabarnya seorang rakan sama-sama kerja di MAS sebelum mereka bersara. Katanya dulu selalu datang ke rumah melawat kami, masa itu kami adik beradik kecil lagi dan aku sendiri tidak mengingati Pakcik Zan. Pakcik Zan datang ziarah ayah di kampung. Nampak seperti lama tidak berjumpa ayah tetapi jelas nampak keakraban dahulu masih terjalin. Aku tinggalkan mereka untuk berbual selepas aku bersalaman dan bertanya khabar. 

Aku di dapur bertanya kepada emak tentang tetamu ayah... al maklum sungguh aku dah lupa. Emak kata pakcik dari kenduri di Muar dan singgah melawat ayah yang lama tidak berjumpa. Rancak mereka berbual dan selepas makan tengahari tiba masa untuk Pakcik Zan dan isteri pulang. 

Emak memanggil aku yang sedang di hadapan TV. Bangun aku untuk bertemu tetamu ayah. Mungkin aku sudah lupa kelibatnya semasa aku kecil, mungkin aku juga terlupa kata-kata gurauan dia semasa aku kecil tetapi aku takkan lupakan PESANAN semasa erat dia memelukku.

"Jangan diabai ayah yang sakit.. jangan ditinggal ayah dan emak... jaga ayah dan emak elok-elok.. sebagai along, tanggungjawab kamu untuk buat semua yang patut"... Suara Pakcik Zan sedikit sedu semasa berkata-kata. Aku anggukkan kepala tanda aku faham. 

Dari dalam kereta sebelum bergerak pulang, Pakcik Zan berpesan benda yang sama sekali lagi. Aku senyum. Iya.. aku takkan lupa. Semoga aku layak berkhidmat untuk orang tua ku selagi ada hayat. Semoga Allah memberi segala yang perlu untuk aku menjadi anak yang baik. 

Apa2pun, terima kasih Pakcik Zan atas pesanan. Mudahan aku tidak lupa...

Friday, January 3, 2014

Sebelum & Selepas : Peringatan Untuk Diri Sendiri

Daripada Ibn Abbas, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara: Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu. Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu. Waktu kayamu sebelum datang kefakiranmu. Waktu lapangmu sebelum datang waktu sibukmu. Waktu hidupmu sebelum datang matimu.”
Peringatan buat aku dan sekalian yang lain...
Antara sedar atau tidak SEBELUM dan SELEPAS merupakan 2 MASA yang sangat hampir dengan kita. Samada kita alpa dan lalai atau beringat selalu boleh menjadikan satu jalan itu lebih lurus dari berliku. Meh kita renung2kan bersama... Adakah KITA sedia?
Masa MUDA semua hebat, kuat, gagah, kacak, cantik, ayu, jelita, belia segalanya dia no.1 Masa inilah semuanya yang PENTING nampak tidak penting dan perkara lara' dan hiburan jadi TUNJANG keutamaan. BUkan semua begitu. Ya, benar tapi ramai kan yang sebegini.
Cakap pasal SOLAT.. umur berapa yang LAYAK nye KITA sudah SOLAT penuh?
Umur berapa sudah boleh dirotan? Ala ibu dan ayah... anakmu ini kan masih muda lagi.. biarlah anakmu ENJOY dulu. Anakmu ini JANJI bila umur sudah hampir sebaya seperti ibu dan ayah sekarang, anakmu akan RAJIN solat. Sempatkah?
Bukan saya kata tapi saya lihat sendiri. Kalau di masjid dan surau lagi-lagi kalau di kampong.. Yang hadir diri ramai yang dan masuk 5 series ke atas. 6 dan 7 series pun ramai. Ada la satu baris, kalau dapat 2 saf itu kira bonus. Dimana anak2 muda? oh lupa mereka kan masih muda... nanti dah dekat umur siak masjid pandailah guna GPS ke masjid.
Time SIHAT dan KAYA semua kerja KUAT... yang miskin mahu jadi kaya.. yang kaya mahu terus jadi kaya... kekadang sampai lupa makan minum. Hebatkan...
Adakah DIA masih dianggap HEBAT bila kerajinan dan kemewahan menjadikan DIA lupa dan lalai kepada yang no. 1 dalam kehidupan. Solat tangguh2. tunggu zohor nak dekat asar... GABUNGkan sekali walaupun bukan dijamak. beza 5 minit setiap satu. Mudah katanya... Adakala penangguhan yang terlangsung sehingga terabai solat yang lima. Belum kira magrib vs cerita KOREA... senyum semua... ramai yang terkena batang hidung sendiri. Meh kita beringat...
Tapi...
Bila sakit.. sengsara .. susah.. masa ini lah paling mudah nak ingat yang no.1. Mohon la macam2, janji tak buat lagi... sumpah nak jadi baik... takmau nakal2 lagi.. ada yang benar2 berubah bila ditimpa musibah..memang ada.. dari ZERO to USTAZ... syukur yang berjaya  menjalani transformasi sebegini namun ada juga yang berubah hanya dalam tempoh seketika. Bila sudah kembali diberi kesihatan dan sedikit kesenangan... kembali Dia menjadi lupa dan alpa.. Ramai yang beginikan?
Berpesan sekali lagi buat diri dan yang lain... supaya KITA tidak menjadi yang jahil bila diajar.