Belum reda akan kehilangan MH370, Malaysia dilanda musibah lagi. Pagi-pagi buka surat khabar terbaca 2 orang diculik orang dari Singamata Reef Resort di perairan Semporna, Sabah. Seorang daripadanya dipercayai warga China yang juga seorang pelajar universiti manakala seorang lagi pekerja resort warga Filipina. Kalau tidak silap, November tahun lalu kita dikejutkan dengan kes bunuh seorang warga Taiwan dan culik pasangannya. Malaysia sekali lagi menjadi perhatian dunia. Mungkin aku orang kerdil yang tertanya-tanya, mudahnya perairan kita diceroboh acapkali. Adakah kita tidak belajar dari kejadian lalu? Bangkitlah negaraku...
Friday, April 4, 2014
Apa-apa sahaja
Lama tidak ku coret apa-apa di sini. Walau banyak yang berligar difikiran namun tidak berpeluang ia di coret menjadi cerita. Hari ini aku baru pulang dari Johor Bahru. Aku naik kapal terbang. Ya... MH1037. Semenjak kejadian kehilangan MH370, aku jadi agak kecut untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ini. Pengalaman menaiki kapal terbang dalam kerisauan menjadikan aku lebih menghargai nikmat hidup dan ingat akan kematian. Menjadikan aku lebih baik dari sebelum, lebih menjadi insan yang lebih baik dari dulu-dulu. InsyaAllah
Sunday, January 12, 2014
Niaga - MasterWanBatik.Com
Entri kali ini, aku ingin kongsikan tentang satu perusahaan batik yang agak terkemuka kepunyaan EX-BOSS lama ku iaitu Haji Wan Mahtar Wan Salleh. Beliau telah mengusahakan perusahaan ini atas nama MasterWanBatik dengan pengalaman melebihi dari 20 tahun.
MasterWanBatik telah menghasilkan pelbagai variasi produk daripada batik dalam menghiasi industri batik tanahair. Antaranya :
1. Kemeja Batik (Lengan Panjang/Pendek/Ekslusif)
2. Kain Batik Material
3. Baju Kurung Batik (Biasa/Ekslusif)
4. Blouse Casual (Lengan Pendek/Panjang)
5. Corak Batik - Painting (Urban/Grafik)
6. Pareo Batik
Selain daripada merekacipta dan menerima tempahan batik daripada pelanggan, MasterWanBatik juga ada menyediakan kursus dan latihan berkenaan perusahaan batik seperti cara-cara mencanting dan mewarna batik kepada kumpulan yang berminat.
Hasil usaha selama 20 tahun ini, BERJAYA menaikkan nama MasterWanBatik di persada industri batik MALAYSIA. Antara sebahagian pelanggan-pelanggan yang pernah berurusan dan memberi kepercayaan kepada Hj Wan Mahtar adalah :
Jabatan Pelajaran Wilayah - Majlis Buku Kebangsaan - Bahagian Hal Ehwal Pelajar, KPT -
Bahagian Pemasaran dan Pendidikan Antarabangsa, KPT - RELA Putrajaya - Lembaga Zakat Selangor - Universiti Pendidikan Sultan Idris - Sekolah Rendah Kajang Utama - Jabatan Pengajian Tinggi - MADA - UMCCED Universiti Malaya - Koperasi Nelayan Lumut -
Kementerian Wilayah & Luar Bandar -
Jabatan Perdana Menteri - Jabatan Pengajian Politeknik - Kedutaan Malaysia New Zealand - MCKK - ASTRO - ASWARA
Bagaimana hendak mendapatkan KELUARAN terbaru dari MasterWanBatik?
Antara KOLEKSI yang sempat saya rakamkan semasa melawat Hj Wan Mahtar sedikit masa dahulu
Kepada peminat2 batik yang sudah berkenan dengan hasil batik
MasterWanBatik
Boleh menghubungi Hj. Wan Mahtar di 019 - 345 5599 (sms/whatsapp/call)
atau
p/s - Khabarnya Haji Wan juga mula menerima pelajar-pelajar yang berninat untuk menjalani latihan praktikal di kilang beliau. Semoga semakin maju dan berjaya hendaknya. Amin...
Kisah - Durian Oh! Durian
Bila HANTU DURIAN nampak durian...
Hantu yang dimaksudkan bukanlah makhluk halus tetapi manusia yang sangat gilerkan durian.. kalau nampak durian macam nampak artis.. suka sangat2. Senyum je bila nampak durian.. Macam durian tu hensem je..macam comel je... hahhahaha
Al-kisahnya, on the way mencari senaskah Al-Quran buat puteri sulungku. Mengadu dia berat sangat naskah sedia ada untuk di bawa ke sekolah setiap hari. Budak zaman sekarang sekolah dan belajar mula 7.30 pagi sampai 5.30 petang. Sekolah kebangsaan - KAFA - Mengaji... Bagi memenuhi permintaan cik puteri, aku dan isteri menuju ke destinasi kami mencari buku.. PUSTAKA RAWANG.. Cawangan Taman Melawati. Lalu je depan kedai buku, ada orang dah nampak susunan durian betul-betul berhadapan kedai buku. Emmmm confirm kena singgah ni.. getusku..
Tapi.. hantu durian ku ini masih dalam mode cover line. Diam je cuma dah mula senyum-senyum. Cepat-cepat ku tarik masuk ke kedai buku... fokus fokus.. kataku... moh cari apa yang perlu dahulu.
Lepas 15 minit.. semua yang dicari sudah ada di atas kaunter kedai siap sedia untuk dibuat pembayaran.
Langkahan keluar, hantu durian tidak lagi dalam mode cover line.. terus ke gerai yang tersusun durian-durian. Ye lah... kejap... letak barang dulu di kereta.. awak pergi la pilih mana yang suka..
Ada D24.. durian kampung.. ada yang dikira timbang.. ada pula yang dilonggok.. Pilihan di tangan masing-masing. "Makan sini dik... baru puas hati" cadang abang penjual durian. "ok bang.. pilihkan saya durian kampung 1 biji saiz sesuai untuk 2 orang makan"
Nah! depan kami sebiji durian.. isinya kuning.. rasanya lemak-lemak berkrim.. disukai kami... harganya cuma RM12.90.. RM12.00 selepas diskaun.. katanya... Puas hati punya pasal dengan rasa... kami bungkus lagi 2 biji untuk anak-anak dirumah. Abang penjual durian yang pilihkan.. satu isinya kuning sama seperti yang kami makan dan satu lagi isinya warna putih. Harap-harap rasanya seenak dan berlemak seperti tadi.
Semua 3 biji.. kami bayar RM35.00
Buat kawan-kawan peminat durian a.k.a. HANTU DURIAN.. kalau tiba-tiba teringin nak makan durian.. boleh lah ke lokasi ini.. Taman Melawati.. berdekatan medan makan dan Balai Polis Taman Melawati.. Sederet gerai menjual buah.. ada durian, ada rambutan.. kadang-kadang ada manggis..
Memang dari zaman bujang dulu-dulu... kalau teringin sangat nak makan durian.. ini lah lokasinya. Walaupun penjualnya berbeza mungkin.. tetapi durian yang dicari selalunya ada. Jarang mengecewakan...
Aku bukanlah hantu durian seperti tajuk entri ini... tetapi aku ada 2 hantu durian disisi.
Hasnizah dan Alyssa Batrisyia...
Gambar Hiasan (Sumber : www.asiaexplorers.com)
Saturday, January 11, 2014
Friday, January 10, 2014
Dah Bukan REZEKI ku...
Adoi... Itu lah bila dah bukan rezeki.. memang takkan dapat..
Ada kalanya, benda dah ditangan.. macam2 angan2 dah pasang... nak beli itu.. nak beli ini.. macam-macam benda hendak dimiliki dengan rezeki yang diberi... senyum panjang semua..
Ini lah perasaan ku... ini lah yang kurasa... walau belum nyata ditangan, bayangannya sudah ada...
Namun...
Hari ini merubah segalanya... suatu panggilan dari tingkat 9 menyebabkan aku gamam sebentar. Macam tak percaya je.. ini semua berlaku.. Tapi ini adalah kenyataan. Gajiku TERSALAH KIRA..
Dari dapat LEBIH kena pula BAYAR BALIK.
Bila dikira2... langsung jadi tidak faham.. minta diterangkan oleh yang dipertanggungjawabkan. Ditunjuk kepadaku akan angka2 dan nombor yang sebenarnya padaku.. aku tidak faham. Mungkin bukan sebab tidak faham tetapi buat-buat tak faham bila mengenangkan IA BUKAN REZEKI ku...
Sedih bro... hehehehe
Apakan daya...
Sudah bukan rezekiku... positif lah wahai diri... terus tersemyum.. tenangkan diri...
Nah! sekarang menunggu kiraan semula dibuat... berapa perlu dipulangkan??? Nantikan kew8 yang mendebarkan. Yang nyata.. pulangkan semula.. ia bukan hak kita...
Rezeki Allah ada dimana... Jom kita cari, janji jangan berhenti berusaha.. tawakal dan berdoa.. semuanya.. segalanya adalah datang dari yang Maha KUASA.
Thursday, January 9, 2014
Berita - Kekecewaan No.1 Rakyat Malaysia
Sumber daripada Frost & Sullivan...
Kajian pasaran terhadap 1,227 responden di Kuala Lumpur menunjukkan 41 peratus responden merasakan KESESAKAN LALU LINTAS adalah kekecewaan tertinggi. Angka ini adalah lebih tinggi daripada PURATA 35 peratus kadar bagi Asia Pasifik dan 29 peratus tahap global.
Kebergantungan penduduk terhadap pengangkutan persendirian merupakan punca utama kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dan ini dibuktikan dengan 79 peratus penduduk Kuala Lumpur sangat bergantung kepada kenderaan persendirian, 8 peratus bergantung kepada pengangkutan awam, 11 peratus pula menggunakan gabungan antara kenderaan persendirian dan pengangkutan awam manakala 2 peratus bukan kereta.
Kuala Lumpur bakal menghadapi pertambahan kesesakan jalan raya pada masa depan berikutan pemilikan kereta terus bertambah. Bagaimana ISU ini boleh diatasi? Adakah keadaan Kuala Lumpur akan datang sangat menyesakkan hinggakan ia bakal menjadi satu masalah besar buat semua?
Kerajaan MALAYSIA melalui Pelan Pengangkutan Kerajaan merancang meningkatkan pengangkutan awam dengan menambah tahap penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang tahun 2020.
Kata-kata ku - "Tidak jauh untuk kita lihat contoh yang baik dalam meningkatan pengangkutan awam kita ke satu tahap kategori A++.. Tidak perlu malu untuk belajar dari jiran... sebaliknya kita patut rasa malu andai kita sendiri tidak mahu berubah walaupun sedar akan kekurangan sendiri. Jom lihat bagaimana Singapura dan Korea Selatan berjaya menjadikan sistem pengangkutan awam mereka menjadi pilihan rakyat"

Kongsi Tips - Terpaksa berhenti di lebuhraya
Meh KONGSI...
Andai tiba-tiba kereta anda mengalami masalah dan PERLU nya anda untuk berhenti di lebuhraya (Bukan kawasan rehat dan rawat) Tips yang ingin dikongsi ini mungkin sedikit sebanyak membantu...
1. Berikan isyarat dan perlahan-lahan menyusur keluar ke bahu lebuhraya.
2. Nyalakan lampu rendah (hadapan) pada waktu hampir gelap, malam atau hujan.
3. Nyalakan lampu isyarat kecemasan dan terangkan ruang dalam kereta dengan lampu sedia ada.
4. Andai berhenti di lokasi tidak selamat seperti di selekoh atau puncak bukit, semua penumpang diminta keluar dan berada jauh dari kenderaan yang tersadai.
5. Letakkan tanda kecemasan pada jarak 5 meter dari belakang kenderaan.
Tuesday, January 7, 2014
RM0.50 vs RM5.00
Meh share satu artikel dari sinar harian...
Ramai yang komen.. ada yang positif ada yang sebaliknya. Apa-apa pun itulah hakikatnya... belanja anak-anak sekolah rendah makin meningkat naik. Maklumlah, harga barang semua naik... Tidak tertinggal kenaikan yang berlaku ini menyebabkan poket ibu ayah makin ringan.
Harga Makanan Di Kantin Sekolah
Nasi Lemak / Mee / Bihun ---> RM 2.00 sepinggan
Air Oren / Sirap / Lain-lain ---> RM 1.00 segelas
Belum kira lauk ayam bagai... memang dekat2 RM5.00.. mungkin lebih..
Apa pilihan yang ibu bapa ada?
BEKAL
Namun bukan semua ibu bapa yang ada kesempatan untuk menyediakan bekal makanan buat anak-anak kesayangan mereka. Bukan lah satu alasan, tetapi inilah yang terjadi. Ibu ayah punya kerjaya masing-masing.
Bagi aku yang lahir dalam tahun 70-an merasakan satu perbezaan yang besar dari segi bekalan wang saku dulu dan sekarang. Selalu kuterangkan kepada anakku yang sulung... dulu nenek bagi ayah RM0.50 sahaja sehari untuk belanja sekolah. "Apa je ayah beli dengan RM0.50 itu?" "Satu set minum pagi yang lengkap + Simpanan sehari seposen"
TAK PERCAYA?
Benar... dengan RM0.50 pada tahun 80-an masih mampu mengenyangkan perut anak-anak kecil seperti ku.
Belanja SEKOLAH DULU-DULU
Nasi Lemak / Mee / Bihun -----> RM0.30 sepinggan
(ada yang harganya RM0.40 dengan kuantiti makanan dan saiz pinggan yang lebih besar)
Air minuman (selalunya sirap) ---> RM0.10 segelas
Anakku.. ayah masih mampu simpan sepuluh sen sehari.... mencebik dia.. aku tahu anak ku tidak percaya... Apa lah yang mampu dibeli dengan RM0.50 pada hari ini. Ia suatu nilai yang sangat bermakna dan berharga dahulu namun kini ia kurang dari segi nilainya... Segelas air pun mereka tidak mampu beli di kantin hari ini.
Antara
dan
TIADA bezanya pada HARI INI....
Kereta ku cari gaduh
Apa lagi mahunya...
Al maklum bila umur makin lanjut, mahunya macam-macam. Kejap ini, kejap itu... Dan aku masih mampu melayan karenahnya hari ni walaupun senyum di wajah makin tak terukir dek kerana membolos poket. Syukur berlaku ketika aku masih mampu tersenyum... cuma kupohon wahai sayang ku hentikan menduga ku sebegini. Aku punya hati yang sabar, mengenangkan hidup bersama mu hampir 9 tahun membuat kan aku rasa sangat terhutang budi. Khidmat cekal mu membantu ku dalam perlbagai urusan, mudahkan aku ke sana ke sini menambat rasa sayang yang amat sangat. Apatah lagi kau ini sangat2 disayangi oleh isteri ku. Aku tahu pasti payah untuk melupakan semua jasa dan pengorbananmu.
Masuk hari ini, sudah acap kali aku kau duga dan uji. Baru semalam aku belanja kau hampir RM1K, hari ini kau minta lagi. Ya ampun... andai kau mampu berfikir... fikir-fikirkan lah... Penat 2 sahabat ku menolak mu untuk buat kau bernyawa...
Apa lagi mahu mu.. kasut baru, tulang kaki baru, jantung baru, kunci kehidupan baru... aku tahu leher mu sudah sedikit sakit, berbunyi-bunyi bila seketika kasut mu tersadung bonggol... sabar lah.. akan kugantikan ia. Cuma jangan lah kau tambah derita ku... mohon jangan dicabar kesabaran ku ini...
Oh kereta Matrix ku... jangan lah rosak2 lagi ye.
Monday, January 6, 2014
Seluar Pelekat
Kosong tiada makna...
Pasti ramai pembaca yang menonton Maharaja Lawak Mega 2014. Aku juga salah seorang penonton setia aksi lawak pelawak2 hebat Malaysia, Indonesia dan Singapura setiap Jumaat di depan kaca TV Siaran Astro 132 & 134. Antara yang masih kekal sehingga entri ini dibuat adalah kumpulan Sepahtu (feberet kawan tu), shiro, SYJ yang menggabungkan Syuk, Yassin, Jihan... kumpulan Wala.. abang2 polis dari Sabah, Comey (Ropi & Suhaimi Spore) makin lama makin best lawak2 mereka... Bocey (Budak-budak hasil rancangan TV3), peserta SOLO.. NABIL dan Jambu yang legend.
Kalau kalian masih ingat cubaan Boboi untuk cuba mengeluarkan diri lebih awal dari sepatutnya yang akhirmya niat mereka tercapai. Apa-apa pun Boboi tetap BEST dan pasti punya alasan tersendiri kerana bertindak sedemikian.
Yang menarik minat saya adalah seluar yang acap kali dipakai Afdlin Shauki dalam rancangan MLM2014. Ia kelihatan dan bercorak seperti kain pelekat cuma ia tidak digulung di pinggang seperti kebiasaan pemakai. Ia dijahit menjadi seluar yang agak besar cawatnya dan begitu menarik dipakai dengan mengekalkan warna dan corak kain pelekat. Bukan sahaja Afdlin, malah beberapa artis lain juga telah menggunakan yang saya gelarkan SELUAR PELEKAT ini.
Aku yang sangat2 berminat dengan TREND terkini ini cuba mencari di pasaran berdekatan namun aku gagal. Mungkin ia belum sampai ke kawasan jajahan ku ini atau bentuk edaran dan jualannya belum di kedai fizikal lagi... online mungkin....
Yang cuma aku jumpa adalah lebih kurang warnanya...dan coraknya...tetapi bentuknya, cawatnya, rupa fizikalnya sangat2 berbeza dengan yang dipakai oleh Afdlin Shauki.
Tak sama kan dengan Afdlin?
Bila dipakai, aku rasa selesa.. lantas ku beli 3 pelbagai warna. Cuma nak memenuhi minatku, harganya OK padaku RM19.90 sahaja sehelai. Mula-mula beli satu sahaja dan bila pakai depan anak2... yang sulung kata dah macam seluar K-Pop... Segera aku ke kedai (Family Store) ambil lagi 2 pasang.
Yang pasti, seluar pelekat ku tidak sama dengan Afdlin Shauki punya. Moga-moga suatu hari nanti boleh jumpa Afdlin Shauki minta beli sehelai yang semacam dia punya... saiz yang berbeza...
Sunday, January 5, 2014
Pesanan Pakcik Zan
Salam buat semua..
Cuti hujung minggu, aku ziarah ayah dan emak di kampung. Seronok atuk dan nenek dijenguk cucu-cucu bertiga. Seperti kebiasaan setiap kali pulang ke kampung pasti emak menjamu lauk kegemaranku... asam pedas + tauhu sumbat + petai (bawa sendiri dari Putrajaya) = TERBAIK... simple tetapi sangat sedap.
Entri kali ini aku hendak ceritakan tentang seorang rakan ayahku. Pakcik Zan. Khabarnya seorang rakan sama-sama kerja di MAS sebelum mereka bersara. Katanya dulu selalu datang ke rumah melawat kami, masa itu kami adik beradik kecil lagi dan aku sendiri tidak mengingati Pakcik Zan. Pakcik Zan datang ziarah ayah di kampung. Nampak seperti lama tidak berjumpa ayah tetapi jelas nampak keakraban dahulu masih terjalin. Aku tinggalkan mereka untuk berbual selepas aku bersalaman dan bertanya khabar.
Aku di dapur bertanya kepada emak tentang tetamu ayah... al maklum sungguh aku dah lupa. Emak kata pakcik dari kenduri di Muar dan singgah melawat ayah yang lama tidak berjumpa. Rancak mereka berbual dan selepas makan tengahari tiba masa untuk Pakcik Zan dan isteri pulang.
Emak memanggil aku yang sedang di hadapan TV. Bangun aku untuk bertemu tetamu ayah. Mungkin aku sudah lupa kelibatnya semasa aku kecil, mungkin aku juga terlupa kata-kata gurauan dia semasa aku kecil tetapi aku takkan lupakan PESANAN semasa erat dia memelukku.
"Jangan diabai ayah yang sakit.. jangan ditinggal ayah dan emak... jaga ayah dan emak elok-elok.. sebagai along, tanggungjawab kamu untuk buat semua yang patut"... Suara Pakcik Zan sedikit sedu semasa berkata-kata. Aku anggukkan kepala tanda aku faham.
Dari dalam kereta sebelum bergerak pulang, Pakcik Zan berpesan benda yang sama sekali lagi. Aku senyum. Iya.. aku takkan lupa. Semoga aku layak berkhidmat untuk orang tua ku selagi ada hayat. Semoga Allah memberi segala yang perlu untuk aku menjadi anak yang baik.
Apa2pun, terima kasih Pakcik Zan atas pesanan. Mudahan aku tidak lupa...
Friday, January 3, 2014
Sebelum & Selepas : Peringatan Untuk Diri Sendiri
Daripada Ibn Abbas, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara: Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu. Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu. Waktu kayamu sebelum datang kefakiranmu. Waktu lapangmu sebelum datang waktu sibukmu. Waktu hidupmu sebelum datang matimu.”
Peringatan buat aku dan sekalian yang lain...
Antara sedar atau tidak SEBELUM dan SELEPAS merupakan 2 MASA yang sangat hampir dengan kita. Samada kita alpa dan lalai atau beringat selalu boleh menjadikan satu jalan itu lebih lurus dari berliku. Meh kita renung2kan bersama... Adakah KITA sedia?
Masa MUDA semua hebat, kuat, gagah, kacak, cantik, ayu, jelita, belia segalanya dia no.1 Masa inilah semuanya yang PENTING nampak tidak penting dan perkara lara' dan hiburan jadi TUNJANG keutamaan. BUkan semua begitu. Ya, benar tapi ramai kan yang sebegini.
Cakap pasal SOLAT.. umur berapa yang LAYAK nye KITA sudah SOLAT penuh?
Umur berapa sudah boleh dirotan? Ala ibu dan ayah... anakmu ini kan masih muda lagi.. biarlah anakmu ENJOY dulu. Anakmu ini JANJI bila umur sudah hampir sebaya seperti ibu dan ayah sekarang, anakmu akan RAJIN solat. Sempatkah?
Bukan saya kata tapi saya lihat sendiri. Kalau di masjid dan surau lagi-lagi kalau di kampong.. Yang hadir diri ramai yang dan masuk 5 series ke atas. 6 dan 7 series pun ramai. Ada la satu baris, kalau dapat 2 saf itu kira bonus. Dimana anak2 muda? oh lupa mereka kan masih muda... nanti dah dekat umur siak masjid pandailah guna GPS ke masjid.
Time SIHAT dan KAYA semua kerja KUAT... yang miskin mahu jadi kaya.. yang kaya mahu terus jadi kaya... kekadang sampai lupa makan minum. Hebatkan...
Adakah DIA masih dianggap HEBAT bila kerajinan dan kemewahan menjadikan DIA lupa dan lalai kepada yang no. 1 dalam kehidupan. Solat tangguh2. tunggu zohor nak dekat asar... GABUNGkan sekali walaupun bukan dijamak. beza 5 minit setiap satu. Mudah katanya... Adakala penangguhan yang terlangsung sehingga terabai solat yang lima. Belum kira magrib vs cerita KOREA... senyum semua... ramai yang terkena batang hidung sendiri. Meh kita beringat...
Tapi...
Bila sakit.. sengsara .. susah.. masa ini lah paling mudah nak ingat yang no.1. Mohon la macam2, janji tak buat lagi... sumpah nak jadi baik... takmau nakal2 lagi.. ada yang benar2 berubah bila ditimpa musibah..memang ada.. dari ZERO to USTAZ... syukur yang berjaya menjalani transformasi sebegini namun ada juga yang berubah hanya dalam tempoh seketika. Bila sudah kembali diberi kesihatan dan sedikit kesenangan... kembali Dia menjadi lupa dan alpa.. Ramai yang beginikan?
Berpesan sekali lagi buat diri dan yang lain... supaya KITA tidak menjadi yang jahil bila diajar.
Kisah Anak2 Hari Pertama Ke Sekolah
As-salam pembaca sekalian,
Entri kali ini khas buat kejadian-kejadian aneh dan lucu yang berlaku sepanjang hari pertama persekolahan. Teristimewa buat anak-anak darjah satu dan pra sekolah. Ada yang teruja, gembira wajah penuh dengan senyuman... ada juga yang gusar hatinya, gelabah, takut, diam dan yang paling parah menangis dan menjerit.
Ini lah asam ragam dan cabaran guru-guru. Benar, bukan mudah menjadi seorang pendidik terutama yang menghendaki seseorang itu melayan karenah anak-anak kecil yang ada macam-macam peelnya. Terbaca oleh ku di laman MUKA BUKU akan beberapa kejadian yang ingin dikongsi bersama pembaca sekalian.
Thursday, January 2, 2014
Alyssa ke sekolah
Hari kedua dalam bulan Januari 2014 yakni Rabu merupakan hari pertama persekolahan di Semenanjung Malaysia. Semua orang sibuk dengan acara. Anak-anak sibuk baru hendak menyusun buku di dalam beg sekolah baru, ibu ayah sibuk dok siapkan anak-anak... Syukur, anak-anak ku mudah bangun pagi mungkin atas rasa semangat nak ke sekolah. Alyssa tahun ini Darjah Satu, Alya pula sudah masuk Darjah 4. Jam 7.10 sudah mula bergerak meninggalkan rumah, jalanraya seperti dijangka agak sesak namun disebabkan sekolah berada berhampiran tidak sampai 10 minit sudah sampai. Nah! mencari parking menjadi cabaran seterusnya. Oh terlupa, ibu bapa yang anaknya Darjah Satu turut serta ke sekolah. Termasuk lah yang tuan punya cerita. Dapatlah parking walaupun agak jauh dari kebiasaan. Kasihan Alyssa, beg berat, semua buku masuk sebab masih belum terima jadual. Takut pula ditinggalkan, Cikgu pula mahu ia digunakan. Takpe lah Dik, hari ini je Adik bawa semua. Esok kita ikut jadual.
Alyssa nampak bersemangat dan tersenyum. Tiada riak takut atau gelisah budak baru hendak sekolah. Teringat 3 tahun lepas masa Alya masuk darjah 1, hari pertama kedua semua berjalan lancar. Tetapi bila masuk hari ketiga Alya mula menangis setiap kali hendak ke sekolah. Sampai menjadi terkenal. Cikgu, Mak Guard semua kenal Alya. Menangis sebab disakat rakan sebaya kononnya Alya bakal ditinggal Van Sekolah. Sebulan juga baru reda tangisnya. Harap-harap Alyssa tidak begitu. Sebab Alyssa ada Alya di sekolah. Kakak jangan buli-buli adik ya.
Anak darjah satu biasanya diberi ingatan tentang pelbagai perkara termasuklah... di mana pula menunggu selepas sekolah, hati2 ketika melintas... jangan berlari semasa menuruni tangga.. simpan wang saku baik2... itulah tugas si ibu di hari awal persekolahan anak-anak darjah satu. Sayang si ibu tak siapa yang boleh mengukurnya...
Tarikh 2/1/2014 juga sangat istimewa kerana hari ini juga semua ATM Bank penuh berbaris manusia. Hari ini kan bonus masuk. Setengah bulan gaji seperti dijanji tahun yang lalu. Terima kasih.
Tarikh 2/1/2014 juga sangat istimewa kerana hari ini juga semua ATM Bank penuh berbaris manusia. Hari ini kan bonus masuk. Setengah bulan gaji seperti dijanji tahun yang lalu. Terima kasih.
Saturday, November 30, 2013
Jalan-Jalan Vietnam
Ini merupakan kali ke 4 aku KELUAR dari Malaysia dan kali ini destinasi ku adalah Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam. Terima kasih kepada rakan2 yang menjemputku menyertai trip mereka kali ini. Perjalanan pun bermula. Air Asia menjadi pilihan terbangkan aku dan 5 rakan2 ke destinasi. Hanya seorang dari kami yang pernah ke bandaraya ini manakala bagi 5 yang lain ini merupakan pengalaman kali yang ulung. Sebotol air meneral dan Hotdog Ayam menjadi menu pengalas perut ku dalam perjalanan selama 1 jam 45 minit.

Singgah ke hotel untuk meletakkan bagasi KAMI mula bergerak keluar untuk ke lokasi seterusnya. HARD ROCK yeee... Rasanya ia merupakan lokasi WAJIB lawat bagi semua pengunjung Ho Chi Minh. Peminat-peminat pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan cenderahati yang dijual. T-shirt, key chain, magnet pelbagai bentuk dan warna ada untuk di bawa pulang. AKU? tidak beli apa pun... hehehehe. Tetapi rakan2 yang lain shopping sakan. Terbaik....

Muzium Perang adalah lokasi jalan-jalan KAMI seterusnya. Menempatkan tinggalan sejarah berupa kenderaan perang seperti kapal terbang, kereta kebal dan lain-lain jenis di halaman luar muzium ini. Manakala di dalam bangunan pula, pameran gambar-gambar dan cerita sejarah perang yang pernah berlaku di Vietnam suatu ketika dahulu.
bersambung....
Orang kata... takkan sempurna persinggahan ke Vietnam kalau tidak merasai keenakkan KOPI Vietnam. Emmm. Jom KITA cuba. Sementara menunggu Tourist Guide, AKU sempat menikmati KOPI. Ya.. memang benar enaknya lain dari yang lain. Kalah Starbuck rasanya. Serius sedap. Harganya di Airport lebih mahal sedikit, kata kawanku.
Kami hanya ada 3 hari sahaja bagi menjelajah dan bershopping. Walau KAMI semua LELAKI tetapi nafsu SHOPPING boleh mengalahkan WANITA. Jom mulakan SESI jalan-jalan. Kami ambil TEKSI sahaja untuk ke lokasi penginapan. Lihatlah, pemanduan di sini agak berbeza dari Malaysia. Pemandunya disebelah kiri sedangkan kita pula di Malaysia di sebelah kanan.
Apa yang menarik di jalanraya Vietnam ini adalah bilangan motosikal adalah lebih banyak daripada jenis kenderaan yang lain. Ia benar sangat banyak dan merupakan kenderaan utama yang digunakan penduduk bandar ini. Kalau berhenti di lampu isyarat (lampu isyarat pun tidak banyak dari segi bilangan) 20 meter pertama penuh dengan motosikal berbaris-baris.
Kenderaan di bandar ini boleh dikatakan agak banyak tetapi jarang berlaku kesesakan. Mungkin disebabkan kurangnya bilangan lampu isyarat di persimpangan telah melancarkan perjalanan kami ke lokasi. Hebatnya di sini, masing-masing berebut-rebut untuk masuk ke simpnag dahulu. Walaupun nampak kelam kabut, jarang berlaku kemalangan. Agaknya mereka sudah biasa hidup tanpa arahan lampu isyarat.
Gambar seorang pemuda menunggang basikal menambat hati lalu terus aku halakan lensa. Berlantar belakangkan persekitaran rumah kedai, ia benar-benar menggambarkan inilah Vietnam. Lebih kurang 30 minit perjalanan, KAMI sampai ke lokasi penginapan, New Pearl Hotel. Kawasan ini menjadi pilihan pelancong asing terutamanya yang berkulit putih dengan beberapa pub untuk berlibur ada di sepanjang jalan.

Singgah ke hotel untuk meletakkan bagasi KAMI mula bergerak keluar untuk ke lokasi seterusnya. HARD ROCK yeee... Rasanya ia merupakan lokasi WAJIB lawat bagi semua pengunjung Ho Chi Minh. Peminat-peminat pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan cenderahati yang dijual. T-shirt, key chain, magnet pelbagai bentuk dan warna ada untuk di bawa pulang. AKU? tidak beli apa pun... hehehehe. Tetapi rakan2 yang lain shopping sakan. Terbaik....
bersambung....
Thursday, May 16, 2013
RM2.50
RM2.50...
Hari ini bila jarum jam hampir pukul 1.00 seperti biasa aku mula mencari teman makan. Ah! hari ini opis kosong, ramai rakan sepejabat bertugas di luar. Mundar mandir aku ke pejabat sebelah dan masih sama tiada yang sesuai untuk di bawa makan. Ye lah, takkan nak pelawa anak2 dara, marah la nanti isteri tercinta...
Keputusan akhir, aku keluar seorang diri menuju ke lokasi di mana salah seorang buah hati ku makan tengahari. Sekolah sekitar Putrajaya dan buah hati ini adalah anak sulung ku Alya.
Kantin nampak penuh dengan kelibat anak-anak kecil membeli makanan dan minuman. Teringat zaman aku sekolah dulu. Sekolah rendah, emak bekalkan 50 sen sehari. Masa tu selayaknya aku makan nasi lemak sepinggan biasa (40 sen) dan air sirap atau oren segelas (10 sen). Cukup kenyang, walaupun aku gagal menyimpan secara harian.. tiada baki untuk dibawa pulang. Sekeping kuih baru lebih kurang 10 sen. Pilihan juga boleh tahan, ada nasi lemak, ada bee hoon (mee halus), mee gorang, Kuew Tiow goreng (sori kalau salah ejaan), ada kuih, keropok, gula-gula.
Tetapi hari ini, pilihannya masih lebih kurang sama cuma ada satu perkara berbeza...
HARGA.
Mungkin ibubapa seperti aku tahu harga belanja harian anak-anak sekolah masa kini. Tidak lah lagi dapat serendah dahulu. Tolak ketepi pasal inflasi, kenaikan harga barangan atau apa-apa faktor ekonomi yang kalau nak dibincangkan pun bukan lah pakar.
Hari ini apa yang ingin dicoretkan buat kalian hanya lah satu situasi benar yang berlaku di depan mata aku sebagai pembeli dan bapa. Untuk anak ku atas permintaannya .. nasi putih + ayam kari + kuah + telur goreng.. untuk ku, nasi goreng (pagi tadi punya kot sebab rasanya dah tak best) + ayam kari + air nescafe ais... semuanya RM7.00... Harga boleh la bagi seorang yang bekerja seperti aku...
Berbaris di belakang ku, seorang anak kecil yang ku rasa mungkin anak murid darjah satu kecil badannya dari anakku, memegang sepinggan nasi putih dan ayam kari di tangan kanan dan di tangan kiri sekeping wang Satu Ringgit. Eh... tak cukup duit budak ini fikirku berdasarkan harga makanan yang baru ku bayar. Kaunter kantin ini dijaga seorang lelaki iras Bangla. Bunyi percakapannya juga menyakinkan aku memang dia seorang Bangla (mungkin salah seorang pengundi) hahhahaha....
Tengok abang, budak-budak banyak tak cukup wang mau beli barang... Mat bangla memandang aku bila budak kecil itu menggelengkan kepala bila harga yang perlu dibayar adalah RM2.50... Harapan ku masa itu, mungkin Mat Bangla ni bakal belanja dan memberi percuma sahaja tetapi nampaknya itu cuma khayalan ku sahaja...
Budak kecil ini tetap menggelengkan kepala bila diminta menambah wang yang tidak cukup... aku terbayangkan kalau lah anak kecil ini anak ku yang tidak punya wang yang cukup tetapi sangat kepingin untuk makan nasi lauk kari ayam... apa perasaan ku? emmm tak boleh jadi, sebabkan malas nak berceramah kepada abang bangla tadi.. aku bayarkan baki bayaran... sebab duit seringgit yang dipegang anak kecil tadi sudah pun berada didalam genggaman abang bangla... Terima kasih ya abang... ucap abang bangla tadi. Berlari anak kecil tadi membawa pinggan nasi dan ayam kari ke kumpulan yang sedia menunggu...
Macam-macam yang bermain difikiranku...
Berapa belanja yang sesuai buat anak-anak sekolah rendah zaman sekarang?
Berniaga vs Amal? adakah tidak ada rasa sekelumit simpati peniaga kepada anak-anak kecil... atau sememangnya harga yang dikenakan sudah terlalu murah...
Ini Putrajaya la... harga itu harga patut... Ibubapa kerja kerajaan. Orang kerajaan semua kaya-kaya ke???
Mari kita fikirkan bersama.... terima kasih kerana sudi membaca...

Wednesday, May 15, 2013
Esok Hari Guru...
Esok hari guru..
Kakak nak belikan semua cikgu-cikgu kakak hadiah... "Berapa ramai cikgu di sekolah kakak? Belum gaji lagi ni" Tanya aku kerisauan. Almaklum baru 15hb, kalau dah cikgu yang kakak nak beri hadiah ada seramai 10 orang, alamat puasa la aku sampai hari gaji. Kesian adik demam, tidak boleh sambut hari guru. Save duit papa hehehe... Ariq kata "Kakak hari Jumaat ini kan Hari Teacher" Hari guru lah jerit kakak kepada Ariq si boboi yang baru 4 tahun. "Hari Teacher la... teacher Ariq yang cakap tadi kat sekolah." cuba menegakkan kenyataan yang sebenarnya. Senyum aku tengok gelagat anak-anak .. teacher dan guru kan sama. Ada yang panggil guru, cikgu, teacher, sifu, sir, pensyarah, tuan guru, mudir dan macam-mana gelaran lagi. Yang penting mereka-mereka ini sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa mereka mungkin kita tidak berada di tempat kita berdiri sekarang. Jasa mereka jangan dilupa. Mereka tidak pernah mengharapkan balasan. Mereka bangga bila tahu ada kalangan anak murid menjadi orang penting dalam negara. "Itu si polan bin si polan itu anak murid saya dulu, baik budaknya... rajin belajar... memang patut dia jadi orang besar sekarang"
Kalau sekarang ada antara kita yang berjaya, cuba toleh ke belakang. Ingatkah kita nama-nama pendidik masa mula-mula kita melangkah ke sekolah?... Cuba senaraikan... tentu ada yang kita suka... tentu ada juga yang kita kurang suka sebab cikgu ni garang, suka marah-marah, pernah ketuk jari kita dengan pembaris. Yang mana satu yang paling kita ingat dan kekal dalam ingatan. Yang baik atau yang garang??
Sentiasa yang garang lebih lekat diingatan dan dekat dihati... lagi-lagi kalau yang pernah sebat atau hukum kita macam-macam. Dendam??? Tidak pada aku... kalau tidak kerana aku disebat, diketuk, dibedal dulu mungkin sekarang aku seorang pencuri hahaha
Cerita pasal hadiah... aku pernah bergelar seorang guru. Bermula tahun 2003 sehingga tahun 2009 aku mendidik lepasan SPM dalam bidang yang aku sendiri tahu... Setiap tahun akan ada acara rasmi sambutan hari guru walaupun aku tidak dipanggil dengan gelaran itu mahupun cikgu. Cuma bidang kerja aku sama dengan guru.. mendidik. Acara tidak rasmi selalunya lebih menarik... Aku dan kawan-kawan akan bertanding siapa yang akan dapat hadiah lebih banyak dari anak didikan kami... Itulah penanda aras samada KAMI disukai, digemari atau dibenci pelajar... hahahaha Dan selalunya kawan-kawan yang bergelar GURU DISPLIN pasti tewas teruk. Sehinggakan kekadang langsung tiada bungkusan hadiah atau kad ucapan di meja mereka-mereka yang garang. Aku? tentunya antara yang mendapat banyak hadiah, bunga, coklat dan kad ucapan... Hadiah paling istimewa pernah kuterima dari mereka yang kudidik... sebuah handphone sebagai ganti handphone ku yang berderai di hempas KAKAK (anak sulungku). Bukan pada harga tetapi pada nilai keprihatinan... padahal budak-budak tu susah nak contact aku.. itu yang cepat-cepat dibelikan gantinya... Tapi itu lah hadiah yang cukup menyentuh perasaan...
Doa ku buat guru-guru yang terdahulu... Moga Allah limpahkan kesihatan dan kebahagiaan buat kalian yang berjasa mendidik ... Buat anak-anak didik ku... Moga Allah memberi kejayaan buat kalian... Selamat Hari GURU ...

Wednesday, December 12, 2012
12/12/12
As-salam pembaca sekalian,
Hari ini merupakan suatu tarikh yang cukup istimewa buat mereka yang mengabadikan detik ini sebagai pengikat hubungan secara rasmi. Menurut berita pagi yang saya dengar dalam perjalanan ke bangunan parlimen menyatakan ada lebih 300 pasangan dijangka mendaftarkan perkahwinan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara seluruh negara. Terima kasih kepada radio Sinar Pagi.
12/12/12 hanya sebaris angka biasa kepada sebilangan orang tetapi ia mungkin tarikh cantik kepada mereka yang memilih detik ini sebagai hari sejarah mereka. Apapun alasannya ia bakal menjadi sejarah indah yang mudah diingati dan bakal diabadikan buat tatapan masa hadapan.
Walau bagaimanapun, tidak semua itu indah bagi yang lain. Hari ini saya terima berita pemergian sahabat zaman persekolahan tahun 1989-1991 di SMAKL. Moga Allah letakkan arwah sebaris dengan roh-roh orang beriman. Terima kasih kepada sahabat SMAKL yang menziarahi jenazah mewakili teman-teman yang tidak dapat hadir sama.
Saya sendiri berada di dalam Dewan Negara ketika ini kerana bertugas. Hanya doa yang dapat saya kirimkan buat teman saya ini. Al-Fatihah....
Apapun kejadian adalah kehendak yang Esa. Kita sebagai hambanya harus redha dan bersyukur dengan ketentuanNya. Tarikh kekal sebagai tarikh dan ia bakal menjadi lipatan sejarah buat kita semua. Bagaimana kita menjadikan ia sebagai nota ikhtibar adalah lebih penting dalam kehidupan kita.
Saya kekal sebagai saya. Hanya berdoa kepada Allah agar diberkati umur dengan kehidupan yang lebih bermakna sebagai muslim sejati. Moga Allah jauhkan sebarang penyakit dan kejahatan agar saya kekal menjadi insan berbakti kepada ibubapa, keluarga dan manusia. Amin.

Friday, May 20, 2011
Cuti2 MALAYSIA Edisi Cherating
Kasihan ku lihat anak2 minta di bawa bercuti.. lama tak mandi kolam katanya.. Tuntutan tugas kekadang melumpuhkan segalanya. Apa yang dirancang cantik akhirnya terbengkalai di tengah jalan. Akhirnya, kali ini, aku tidak lagi merancang... tetapi percutian tanpa dirancang lebih memberi cabaran. Aku sekeluarga bertolak ke destinasi pilihan MAMA (last minute) iaitu Cherating... Holiday VILLA..
(alamak... kena sambung lain kali) Here i am menyambung cerita ini setelah lama di tinggalkan... Sangat2 sibuk hingga terlupa tentang janji menghabiskan kisah ini. Bertolak ke destinasi tanpa sebarang masalah di dalam perjalanan membuatkan segalanya mudah dan indah. Walau pun, sedikit tersalah arah apabila sangat-sangat hampir dengan desinasi. Percutian kali ini bukan kami berlima tetapi bersembilan hehehe opah, nyah, acu dan bakal mak cu anak-anakku join sekali. Lokasi percutian ini sangat cantik, dilengkapi dengan permandangan dan kemudahan yang sangat menyenangkan bagi mereka yang ingin berehat dan bersantai. Ada beberapa jenis penginapan yang disediakan di lokasi ini dan yang paling menarik hati saya adalah bilik yang berkonsepkan VILLA.
Rumah kayu yang sangat cantik dan kelihatan mewah ini ditawarkan pada harga yang agak tinggi tetapi berbaloi. Cuma belum rezeki saya untuk menginap di VILLA seperti itu. Mungkin kunjungan saya yang akan datang saya berpeluang berbuat demikian.
Laut yang luas dan pantai yang bersih merupakan satu tarikan kuat buat lokasi ini. Saya sangat suka dengan kedudukan restoran di sini kerana sambil menjamu selera dengan makanan yang sedap, angin yang bertip ke wajah dai laut yang luas menjadikan sesi santapan menjadi lebih menarik.
Terdapat banyak kedai makan sekitar lokasi percutian saya ini dan ini memberi saya pilihan yang pelbagai dalam mencari juadah makan malam. Ada ikan bakar, tomyam, masakan kampung dan macam2 lagi.
Percutian 3 hari 2 malam keluarga saya kali ini sangat menyeronokkan terutama buat si kecil bertiga. Gembira berendam di dalam kolam renang sehingga kecut2 kulit tangan. Semoga kami boleh bercuti lai di masa2 akan datang. Saat yang paling membahagiakan adalah bergembira disamping keluarga tercinta.
LIke....
(alamak... kena sambung lain kali) Here i am menyambung cerita ini setelah lama di tinggalkan... Sangat2 sibuk hingga terlupa tentang janji menghabiskan kisah ini. Bertolak ke destinasi tanpa sebarang masalah di dalam perjalanan membuatkan segalanya mudah dan indah. Walau pun, sedikit tersalah arah apabila sangat-sangat hampir dengan desinasi. Percutian kali ini bukan kami berlima tetapi bersembilan hehehe opah, nyah, acu dan bakal mak cu anak-anakku join sekali. Lokasi percutian ini sangat cantik, dilengkapi dengan permandangan dan kemudahan yang sangat menyenangkan bagi mereka yang ingin berehat dan bersantai. Ada beberapa jenis penginapan yang disediakan di lokasi ini dan yang paling menarik hati saya adalah bilik yang berkonsepkan VILLA.
Subscribe to:
Posts (Atom)