Cuma AKU

Cuma AKU

Friday, July 21, 2017

TIPS MEMILIH PROGRAM PENGAJIAN DI POLITEKNIK



Kenali KELAYAKAN diri – Bakal pelajar politeknik perlu tahu tahap kelulusan yang dicapai semasa peringkat SPM memenuhi kepada syarat minimum kelayakan masuk sesuatu program sebelum membuat permohonan supaya anda tidak membuang masa dan berharap kepada sesuatu permohonan yang anda sudah tahu akan gagal.

Kenali MINAT – Sekurang-kurangnya tanya lah kepada diri sendiri tentang arah tujuan dalam pendidikan samada bidang Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Bisnes, Sains, Teknikal atau Hospitaliti. Kebanyakan pelajar gagal dalam pengajian adalah kerana mereka tidak meminati kursus yang diambil.

Kenali KEMAMPUAN anda – Buat sedikit kajian tentang kursus yang bakal anda ambil dan banding bezakan dengan kemampuan yang ada pada diri anda bagi menentukan anda mampu mengharungi cabaran program sehingga tamat.

Dapatkan pandangan PAKAR dalam memberi pendapat tentang kursus yang bakal diambil atau sekurang-kurangnya berbincanglah dengan ibubapa, keluarga dan cikgu. Pendapat mereka mampu membantu anda dalam memilih kursus terbaik.


 Pastikan LOKASI IPT yang dipilih sesuai dengan JIWA – ada segelintir pelajar yang tidak gemar berjauhan dari keluarga. Maka pilihlah IPT yang lokasi jaraknya bersuaian dengan jiwa dan tahap ketahanan mental anda dalam menghadapi “homesick”.



Jadikan POLITEKNIK MALAYSIA pilihan utama anda dalam memilih IPT. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke POLITEKNIK MALAYSIA layari laman web rasmi: www.politeknik.edu.my