Cuma AKU

Cuma AKU

Tuesday, November 13, 2018

PERKONGSIAN DARI NANJING CHINA

Sharing--->

Saya baru pulang dari Nanjing kerana menyertai Kejohanan Sofbol Universiti Asia Wanita Kedua 2018. Kejohanan tersebut telah berlangsung di Nanjing Tech University yang mempunyai kapasiti pelajar melebihi 20,000 orang. Apa yang menarik perhatian saya semasa berada di sana adalah, walaupun mempunyai bilangan pelajar yang ramai, lalulintas di Universiti ini tidak pernah sesak dengan kenderaan kerana kesemua PELAJAR di sini hanya BERJALAN KAKI.

Dan yang lebih menarik adalah setiap pagi akan kelihatan para pelajar Universiti ini akan berlari sambil memegang HP. Boleh dikatakan hampir kesemua mereka berperangai yang sama iaitu berlari. Rupa-rupanya, mereka ini di WAJIBKAN berlari setiap hari sejauh 1.5KM (Wanita) dan 2.0KM (Lelaki). Larian mesti secara berterusan bagi mencapai KM yang diperlukan. Dan setiap LARIAN mereka direkodkan di dalam satu aplikasi yang sentiasa dipantau oleh Pentadbir Universiti.

Apabila ditanyakan tentang kemungkinan para pelajar yang menipu dengan samada menaiki kenderaan atau mengupah pelajar lain berlari... Jawapan dari seorang pelajar "kemungkinan itu ada, tetapi TERUK sekiranya ditangkap"
Mereka yang GAGAL memenuhi keperluan aktiviti larian ini akan diGAGALKAN subjek KOKO mereka.

Pengecualian diberikan kepada para pelajar yang bergelar ATLET UNIVERSITI. Mungkin kerana jumlah larian para atlet ini lebih dari jumlah 2KM satu hari.

Patut lah, sepanjang saya berada di sana selama 5 hari, saya tidak nampak pelajar mereka yang OBES.


PERKARA BAIK INI PATUT KITA LAKSANAKAN DI INSTITUSI DI MALAYSIA. APA KATA KITA MULAKAN DI POLITEKNIK MALAYSIA TERLEBIH DAHULU.
JOM CUBA.

Friday, June 22, 2018

Kalau hendak kaya...

Ada yang kata kalau hendak jadi kaya kena jadi manusia kedekut. Betul ke?

Kedekut tidak bawa kita jadi lebih baik dari semalam. Sekadar ada sedikit lebih dari biasa tetapi hilang kepuasan diri. Adakah itu suatu yang kita cari?

Sebenarnya hendak kaya kena banyakkan sedekah, pelbagaikan amal jariah. Tidak pasti mana magisnya namun itu lah indah tentang memberi. Setiap yang diberi dari hasil yang terbaik tidak mengurangkan apa yang kita ada malah tanpa kita sedar rezeki yang kita perolehi sentiasa cukup tanpa ada yang kurang. Amalan baik dibalas baik. Sedekah dan jariah buat mereka yang memerlukan, Allah balas berganda. 

Balas Allah ada macam-macam. Ada yang tunai dibalas tunai, ada yang diberi rezeki berbentuk harta benda dan ada juga yang diberi Allah kelebihan pada kesihatan dan masa buat keluarga. Pernah dengar satu ungkapan ‘Wang bukan segalanya.. ia tidak mampu beli kebahagiaan’

Hendak BERKAT?
Berbakti lah pada ibu dan ayah. Bertuah lah mereka yang masih memiliki ibu dan ayah di muka bumi ini. Mudahnya mencari keberkatan dengan berjasa pada orang tuanya.

Cuba hulur RM pada ibu dan ayah. Cubalah dengan sebarang jumlah. Jadikan ia satu amalan bulanan. Nanti lihat lah hasilnya. Semua keperluan sentiasa cukup. Walaupun ada kala sedikit dari biasa namun tidak akan putus berkat Allah kepada mereka yang hormat dan sayang orang tuanya.

Cubalah.... InsyaAllah BERJAYA.

Thursday, June 21, 2018

Kuasa Mata Dalam Pemasaran

Sebelum membuat keputusan samada membeli atau hanya melihat, pelanggan sememangnya memerlukan infomasi yang secukupnya dari si penjual. Bagaimana infomasi itu disampaikan atau corak dan lenggok gaya bahasa yang digunakan bisa memetik suis pembelian pelanggan. 

Infomasi yang sama yang disampaikan oleh dua orang yang berbeza dari segi gaya dan karektor akan memungkin dua keputusan yang berbeza akan terhasil. 

Hampir disemua sekolah perniagaan di Malaysia mahupun di luar negara menegaskan akan kepentingan eye contact semasa berurusan dengan pelanggan. Ilmu ini diajar dan diingatkan berulang kali kepada semua penuntut. Namun secara hakikatnya inilah perkara yang paling sukar dilaksanakan secara realiti. 

Si Penjual harus sedar bahawa pelanggan perlu dihormati sepanjang berurusan. Sebarang kemusykilan perlu diselesaikan dengan berhemah dan semua infomasi yang penting perlu sampai dengan jelas kepada pelanggan. Dan kaedah bila urusan dibuat secara bersemuka perlu tepat dan betul. 

Encik Ahmad sedang mencari sebuah telefon bimbit yang sesuai untuk anaknya yang berumur 11 tahun. Beliau masuk dari satu premis perniagaan ke sebuah premis yang lain. Apa yang beliau harapkan adalah satu penerangan yang jelas tentang telefon bimbit yang sesuai pada harga yang beliau rasa berpatutan. Kebiasaannya, pelanggan seperti Encik Ahmad telah membuat rujukan awal di laman sesawang dan telah menetapkan target produk dalam fikiran. Apa yang perlu dibuat oleh seorang penjual yang baik adalah memberi kupasan lengkap tentang produk dengan menggunakan kaedah paling mesra. Dengan sedikit dorongan, Encik Ahmad pasti berbelanja di premis yang beliau rasakan telah memberikan layanan yang bagus. Faktor harga mungkin penentu utama tetapi soft skills yang ditunjukkan oleh penjual adalah daya pemujuk yang menentukan segalanya. 

Kaedah eye contact yang baik boleh mengurangkan kegusaran pelanggan dan yang paling penting tidak menimbulkan persepsi negatif dihati pelanggan. 

Tentu anda pernah lihat seorang penjual memberi penerangan kepada pelanggan sambil mata dan tangan sibuk dengan telefon bimbit?

Tentu anda juga pernah lihat si penjual yang tidak fokus semasa memberi maklumat. 

Sekiranya anda dalam situasi ini apa yang anda rasa?

Kalau saya?

Persepsi saya mudah, saya tidak dihormati dan si penjual memandang rendah saya atau beranggapan saya tidak berduit dan mampu membeli barangan tersebut. 

Apa yang berlaku seterusnya adalah merugikan pihak penjual. Hilang pelanggan, hilang jualan dan hilang pendapatan. 

Perkara yang nampak mudah namun sukar dilaksanakan secara realiti. Ubah untuk berjaya. Berilah sedikit fokus kepada pelanggan dan ia bakal memberi keputusan yang berbeza dari sebelumnya.

Cuba lah...

Anda mampu mengubahnya...


Friday, June 15, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Lebaran Aidilfitri 2018
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi. Dengan Limpah kurniaNya dapat kupenuhi kewajiban berpuasa sebulan dalam Ramadhan. Sempena hari yang mulia ini, ku susun sepuluh jari memohon kemaafan atas kesilapan dan kesalahan perbuatan, kata2 mahupun tingkahlaku yang mungkin menyakiti. Semoga lebaran kali ini lebih indah dan meriah buat semua teman2 sekalian.

Wednesday, June 13, 2018

Kejutan Budaya di Institusi Pendidikan Tinggi

Acap kali kita dengar kejutan budaya menyelubungi pelajar-pelajar yang baru menjejaki alam pendidikan tinggi. Adakah perkara ini benar? Apakah faktor yang menjadi punca dan penyebab kejutan budaya ini terjadi? Apakah ada jalan penyelesaian supaya gejala ini tidak mempengaruhi kehidupan para pelajar?

Langkahan ke sesebuah IPT bagi anak muda  adalah satu langkah yang sangat besar dalam kehidupan mereka. Ada antara mereka mungkin kali pertama berjauhan dari keluarga. Jarak yang jauh dan tiada pengalaman tinggal di asrama ketika zaman persekolahan mungkin penyumbang kepada kejutan budaya. 

Pengaruh rakan sebaya dan pelajar senior juga sedikit sebanyak menjadi penyebab kepada kejutan budaya. Pergaulan dengan rakan-rakan baru yang datang dari pelbagai latar belakang dan perbezaan personaliti antara mereka menyebabkan mereka menjadi pemerhati yang baik terutamanya bagi tempoh semester pertama mereka. Bagi mereka yang tidak biasa dengan perubahan persekitan dan pengaruh rakan- rakan lebih mudah mengalami kejutan budaya hinggakan ada antara mereka yang mula terikut-ikut dengan gaya dan perbuatan rakan-rakan mereka terutamanya yang boleh diklasifikasikan sebagai perkara negatif.

Adakah kejutan budaya ini merupakan satu masalah yang besar?

Ya sekiranya tidak terkawal ia boleh menyebabkan pelajar yang terkena virus ini mengubah personaliti mereka kepada yang negatif dan tidak baik. 

Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi menbendung perkara ini terus berlaku di IPT adalah dengan mengadakan program kesedaran tabiat tidak baik di IPT, menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar yang memerlukan dan lain-lain program berunsur nasihat atau berbentuk motivasi. Perkenalkan program IKON di IPT masing-masing dengan memilih satu atau sekumpulan pemimpin negara yang boleh dijadikan contoh dan ikutan.


Friday, July 21, 2017

TIPS MEMILIH PROGRAM PENGAJIAN DI POLITEKNIK



Kenali KELAYAKAN diri – Bakal pelajar politeknik perlu tahu tahap kelulusan yang dicapai semasa peringkat SPM memenuhi kepada syarat minimum kelayakan masuk sesuatu program sebelum membuat permohonan supaya anda tidak membuang masa dan berharap kepada sesuatu permohonan yang anda sudah tahu akan gagal.

Kenali MINAT – Sekurang-kurangnya tanya lah kepada diri sendiri tentang arah tujuan dalam pendidikan samada bidang Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Bisnes, Sains, Teknikal atau Hospitaliti. Kebanyakan pelajar gagal dalam pengajian adalah kerana mereka tidak meminati kursus yang diambil.

Kenali KEMAMPUAN anda – Buat sedikit kajian tentang kursus yang bakal anda ambil dan banding bezakan dengan kemampuan yang ada pada diri anda bagi menentukan anda mampu mengharungi cabaran program sehingga tamat.

Dapatkan pandangan PAKAR dalam memberi pendapat tentang kursus yang bakal diambil atau sekurang-kurangnya berbincanglah dengan ibubapa, keluarga dan cikgu. Pendapat mereka mampu membantu anda dalam memilih kursus terbaik.


 Pastikan LOKASI IPT yang dipilih sesuai dengan JIWA – ada segelintir pelajar yang tidak gemar berjauhan dari keluarga. Maka pilihlah IPT yang lokasi jaraknya bersuaian dengan jiwa dan tahap ketahanan mental anda dalam menghadapi “homesick”.



Jadikan POLITEKNIK MALAYSIA pilihan utama anda dalam memilih IPT. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke POLITEKNIK MALAYSIA layari laman web rasmi: www.politeknik.edu.my

Monday, April 10, 2017

Teka TEki Syamsul DEBAT


TEKA TEKI SYAMSUL DEBAT


Dalam banyak2 AIR... AIR apa yang paling BERANI??
-air terjun-

Kenapa MOTORSIKAL ini dipanggil YAMAHA?
-sebab dia berasal dari JEPUN.. kalau dari MALAYSIA mungkin namanya Ya Mahmod-

Dalam banyak2 LAMPU... LAMPU apa kalau dipecahkan akan keluar orangnya??
-Lampu JIRAN SEBELAH... kalau tak CAYA cuba lah pecahkan.. kejap lagi keluar lah tuan rumah...KAU APA HAL??-

Apa benda bila masuk SEGITIGA bila keluar BERGULUNG?
-Seluar dalam-

Dalam banyak2 TIKUS.. TIKUS apa berKAKI dua?
-Mickey MOUSE-
Dalam banyak2 ITIK... ITIK apa pula yang berkaki DUA?
-Bukan DONALD DUCK sahaja sebab semua ITIK berkaki DUA-

Seekor BUAYA yang BUNTING telah ditembak TEPAT di PERUT oleh seorang PEMBURU HANDALAN... Soalannya, SIAPA yang MATI DULU... anak buaya atau MAK buaya?
-DUa-dua pun bukan sebab BUAYA tak boleh bunting.. buaya kan BERTELUR"


SEKIAN

Diambil dan ditulis semula daripada rakaman ceramah Ustaz Syamsul Debat

Kisah Seorang Guru

KISAH SEORANG CIKGU

Seorang CEO sebuah syarikat bertanyakan suatu soalan yang agak KURANG AJAR kepada seorang CIKGU tentang pekerjaannya. Apa jawapan yang yang diberikan bakal memberi tamparan yang hebat kepada CEO berkenaan...

Ketika semua tetamu sedang siap sedia untuk makan malam dan duduk dikeliling meja makan sambil berbual rancak tentang kehidupan.... Seorang LELAKI berjawatan CEO telah memilih untuk berbicara tentang masalah dengan sistem PENDIDIKAN... Antara hujahan dan persoalan yang diajuakan adalah, "Apakah yang MURID akan belajar daripada seseorang yang memilih kerjaya CIKGU sebagai pilihan terbaik dalam kehidupannya... Bagi menghangatkan lagi kenyataan itu, beliau berkata kepada CIKGU Bonnie, "Awak seorang CIKGU, Bonnie. Jujur beritahu kepada kami apa yang telah awak lakukan?"

Bonnie memang seorang CIKGU yang sangat berdedikasi dan jujur terus menjawab... 

"Awak benar mahu tahu apa saya sebagai seorang CIKGU lakukan" Dia berhenti sejenak dan mula menyambung bicaranya...

"Saya buat murid kerja lebih keras daripada apa yang mereka fikirkan mereka mampu lakukan"

"Saya buat perasaan mendapat C+ adalah seperti pemenang pingat kongres kehormat"

"Saya buat murid duduk sepanjang 40 minit masa pembelajaran dimana ibubaoa mereka gagal buat mereka duduk diam untuk tempoh 5 minit tanpa gajet elektronik, papan permainan ataupun tayangan cereka"

"Adakah anda PASTI anda mahu tahu apa yang saya telah lakukan?"...........

Beliau berhenti sejenak sebelum memandang wajah setiap tetamu yang duduk meja berkenaan....

"Saya buat murid tertanya-tanya"

"Saya buat mereka bertanya"

"Saya buat mereka memohon maaf dengan sepenuh hati"

"Saya buat mereka ada rasa hormat dan ambil tanggungjawab ke atas apa jua perbuatan mereka"

"Saya ajar mereka menulis dan saya buat mereka menulis. Papan kekunci bukan segala-galanya"

"Saya buat mereka membaca... membaca... membaca..."

"Saya buat mereka tunjukkan semua kerja mereka dalam subjek matematik... mereka gunakan otak yang dianugerah Tuhan dan bukannya mesin kira ciptaan manusia"

"Saya buat murid saya yang datang dari negara kain belajar semuanya yang mereka perlukan tentang bahasa inggeris dan dalam pada masa yang sama memelihara identiti mereka yang unik"

Dan akhir sekali...

"Saya buat mereka faham bahawa sekiranya mereka menggunakan hadiah yang tuhan kurniakan, bekerja keras dan mengikut kata hati... mereka mampu berjaya dalam hidup"

Cikgu Bonnie berhenti sejenak untuk kali yang penghabisan sebelum menyudahkan bicara yang tergantung...

"Bila ada orang yang cuba untuk menghakimi saya dengan apa yang saya telah lakukan, saya boleh sahaja untuk tidak mengendahkan soalan biadap itu"

Sambil beliau memandang tepat kepada semua tetamu yang hadir...

"Anda masih mahu tahu apa yang saya mampu lakukan?"

"Saya mampu buat perubahan yang sangat besar dalam kehidupan anda semua, mendidik anak-anak anda dan menyediakan mereka untuk bakal menjadi seorang CEO, doktor dan jurutera"

"Dan... apa pula yang anda mampu buat... Encik CEO?"

Rahangnya diturunkan rendah dan terus berlalu pergi dengan senyap.

"Jangan mendidik anak-anak anda untuk menjadi KAYA. Didik mereka untuk menjadi GEMBIRA supaya mereka tahu menilai sesuatu perkara pada isinya dan bukan pada harganya"

SEKIAN 

Bukan NUKILAN asli saya. Terjemahan semula dari sebuah KISAH MOTIVASI.
Semoga bermanfaat buat semua.