Cuma AKU

Cuma AKU

Tuesday, November 13, 2018

PERKONGSIAN DARI NANJING CHINA

Sharing--->

Saya baru pulang dari Nanjing kerana menyertai Kejohanan Sofbol Universiti Asia Wanita Kedua 2018. Kejohanan tersebut telah berlangsung di Nanjing Tech University yang mempunyai kapasiti pelajar melebihi 20,000 orang. Apa yang menarik perhatian saya semasa berada di sana adalah, walaupun mempunyai bilangan pelajar yang ramai, lalulintas di Universiti ini tidak pernah sesak dengan kenderaan kerana kesemua PELAJAR di sini hanya BERJALAN KAKI.

Dan yang lebih menarik adalah setiap pagi akan kelihatan para pelajar Universiti ini akan berlari sambil memegang HP. Boleh dikatakan hampir kesemua mereka berperangai yang sama iaitu berlari. Rupa-rupanya, mereka ini di WAJIBKAN berlari setiap hari sejauh 1.5KM (Wanita) dan 2.0KM (Lelaki). Larian mesti secara berterusan bagi mencapai KM yang diperlukan. Dan setiap LARIAN mereka direkodkan di dalam satu aplikasi yang sentiasa dipantau oleh Pentadbir Universiti.

Apabila ditanyakan tentang kemungkinan para pelajar yang menipu dengan samada menaiki kenderaan atau mengupah pelajar lain berlari... Jawapan dari seorang pelajar "kemungkinan itu ada, tetapi TERUK sekiranya ditangkap"
Mereka yang GAGAL memenuhi keperluan aktiviti larian ini akan diGAGALKAN subjek KOKO mereka.

Pengecualian diberikan kepada para pelajar yang bergelar ATLET UNIVERSITI. Mungkin kerana jumlah larian para atlet ini lebih dari jumlah 2KM satu hari.

Patut lah, sepanjang saya berada di sana selama 5 hari, saya tidak nampak pelajar mereka yang OBES.


PERKARA BAIK INI PATUT KITA LAKSANAKAN DI INSTITUSI DI MALAYSIA. APA KATA KITA MULAKAN DI POLITEKNIK MALAYSIA TERLEBIH DAHULU.
JOM CUBA.