Cuma AKU

Cuma AKU

Thursday, December 31, 2015

Penghujung 2015

Penghujung 2015
 
Entri dihujung2 tahun 2015...
Macam2 berlaku.. macam2 terjadi.. harungkan sahaja..
 
Ada yang happy.. ada yang sedih... kekadang ada juga yang mencemaskan..
Itukan kehidupan... so harungkan aje..
 
Ada yang suka... ada masa orang tak suka...
padahal.. orang yang tak suka kita tu tak tahu yang kita 14 kali ganda tak suka dia...
itukan perangai... dia, kita... semua bukannya betul...
yang penting AKUI...
 
Harga dan Hargai...
Nampak tambah satu huruf je... "i"
Eja lebih kurang... maksud cukup BEZA..
Kita tak perlu letakkan HARGA pada diri untuk DIHARGAI...
Merepak le... Kerjakan semua perlu IKHLAS...
lagi mahu harapkan balasan...
Sikit pun tidak... cuma... kekadang kita terfikir..
kenapa diSISIH bila tidak lagi ada HARGA...
Harga tidak penting... berapa nilainya itu kerja manusia yang bijak laksana.
tapi.. menghargai itu WAJIB ada... sekalipun kau dah mula tak SUKA...
Jasa tetap ada... walaupun itu dulu...
Salah tetap salah... yang sepatutnya tak perlu diungkap acapkali..
itukan sakit hati...
 
SINI vs SANA
Orang kata kat sini lebih baik dari di sana..
ye ke?
Tapi Nampak lain macam...
Mungkin sana lagi BEST...
Sini ke sana ke... serupa je... tetap hadap... apa yang datang memang tak sama..
harapan tinggi sangat bahaya untuk mereka yang cepat gayat...
kalau jatuh GEDEBUK namanya...
So.. sini ke sana?
Tunggu je lah... ada rezeki... ada lah..
Rezeki ALLAH kan luas... ada je dimana2... bukan ditangan manusia...
tak gitu?
 
TAMAT

Sebab VIVA

Copypaste dari kisah di FB sendiri...
 
 
Sebab VIVA...
 
Jangan lah kerana saya memandu kereta kecil comel molek, saya ini tidak dianggap layak berada di jalan raya.. walaupun kecil, saya seperti anda yang lain tetap membayar cukai jalan.. jgn nafikan hak kereta kecil...
 
Kisah Semalam - mentang2 lah saya kecil, kereta2 besar ini suka2 tanpa signal masuk line saya betul2 di persimpangan... adoi... takkan kecil sangat saya ini sampai anda tidak nampak melihat saya... atau anda merasakan kewujudan kereta kecil seperti sa...ya tidak perlu dipandang serius...
Kisah Hari Ini - mentang2 lah saya comel kecil... saya nak masuk simpang pun kena hon... mungkin kereta2 besar merasakan kereta kecil tak layak berada di hadapan... ceh...
 
Sekian, terima kasih.

Wednesday, December 30, 2015

Masuk Darjah Satu...

Ini kisah anak lelaki ku... ariq wafiq@boboi
Masuk tahun 2016 esok lusa ni maka bermulalah zaman bersekolahan peringkat sekolah rendah bagi boboi. 28hb Dis yang lalu bertemankan mama, boboi melangkah kali pertama berpakaian sekolah ke sekolah... padahal dah banyak kali datang masa jemput kakak ya dan cha balik sekolah...
 
Hari percubaan... ariq kena beratur... duduk dalam barisan... "mama, kotor tak seluar aiq..." Mama cuma senyum sebab kenal sangat dengan perangai anak lelaki seorang ini. Bersih dan bergaya...
 
Mama pula kena beratur buat pendaftaran dan dengar taklimat sekolah... Mama kata boleh nampak antara ibubapa yang baru pertama kali hantar anak ke sekolah... kira anak sulung la... Terdengar macam-macam pesanan buat si anak... mama kata dia senyum je sebab masa hantar kakak dulu pun dia macam itu... kabut je hahhahha..
 
Tahun ini ariq dapat beg percuma... ada yang baik hati sponser... khabarnya sekolah lain sekitar Putrajaya juga menerima beg yang serupa... Beg tersusun sama kaler sama design... dalam beg, cikgu dah siap-siap letak buku teks dan buku aktiviti... senang buat ibubapa bawa balik buku...
 
Terbayang esok lusa... sekolah dah bermula... kalau semua pakai beg yang sama.. silap2 terbawa balik beg anak orang lain... dah semuanya serupakan... Makayah kena le letak tag nama besar2...
 
Hari pertama ariq kena masuk ujian...
Papa Tanya..."Ariq boleh jawab tak?".... "Ariq tiru kawan sebelah tapi kawan jawab sikit je ariq jawab semua...." Adoi... Ariq tulis nama pandai tak? "Boleh je, tapi ariq tulis nama ariq wafiq je... nama papa tak tulis sebab tak ingat nak tulis....
 
Semua anak2 dengan nama bermula huruf A masuk kelas UNGU...
Tahun ini, sekolah pakai WARNA pula... ada tujuh kelas semuanya... dan ada tujuh warna yang dinamakan untuk setiap kelas...
 
Dulu masa kakak masuk sekolah, kelas pakai nama bunga... lepas itu guna nama PERDANA MENTERI MALAYSIA... kelas pertama (RAHMAN) kelas kedua (RAZAK) seterusnya HUSSIEN, MAHATHIR, ABDULLAH dan NAJIB... NAJIB kira kelas no.6... ikut susunan... hehehe
 
Papa tak kisah lah anak papa masuk kelas mana... janji pandai hormat orang... belajar rajin2 dan tak lupa tanggungjawab kepada agama, ibubapa dan dunia...
 
2016 ini tiga2 satu sekolah... kak ya darjah 6 (tahun peperiksaan... semoga kakak Berjaya)... kak cha darjah 3 dan ariq darjah 1...
 
Kakak berdua jangan buli adik ye.... 

Thursday, March 12, 2015

AKU DAN GIFT 2015

AKU DAN GIFT 2015...

Bermula tahun 89, aku mula bergelar pelajar tingkatan 1 SMAKL. Ketika itu, SMAKL berada di lokasi tumpang iaitu di Wangsa Maju, Seksyen 2. Bersama-sama aku ada 100 orang pelajar yang masuk sebagai batch ke 2 yang telah dibahagikan kepada 4 DORM iaitu E, F, G dan H. Aku adalah penghuni DORM G.

Semalam 28 Februari 2015, KAMI kembali berkumpul. Lokasi pilihan kali ini adalah UTC Sentul bagi mengeratkan lagi tali silatulrahim antara KAMI semua. Acara GIFT 2015 yang menampilkan kembali keempat-empat DORM E,F,G dan H dalam mencari JUARA FUTSAL 2015.

Tahniah kepada Penganjur pertandingan kali ini yang diterajui oleh Tuan Fathul dan rakan-rakan. Aturan majlis nampak lancar dan penuh pengisian. Acara selingan juga tampak menarik dengan kehadiran FENDI selaku penyanyi UTAMA. 
 
Acara yang dimulakan dengan ucapan Tuan Prez (Encik SOL) yang mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan.
 
Taklimat Pengadilan dari Ketua Pengadil Kejohanan iaitu Encik ZFN...
 

 
Kami jangkakan perasmian yang sangat dramatik, tetapi untuk tahun ni memandangkan bajet yang mencengkam, ini je lah yang mampu...
 
 

4 pasukan... 1 kejuaraan...

Dorm G selaku juara bertahan, tampak tenang...
 

Dorm E naib juara tahun lalu, hadir dengan ahli yang paling ramai dari yang lain... dan yang penting mereka BERJERSI..

 

Dorm H... pesaing kental.. paling kerap berlatih.. ada misi tersendiri..

 
Dorm F... mempunyai KPI yang tinggi... ingin bergelar juara... berbekalkan pasangan MHI dan ZFN yang hebat di sesi latihan dan perlawanan persahabatan.

 
Perlawanan dimulakan dengan Dorm G dan Dorm E selaku Juara dan N.Juara 2014. Pertembungan dua gergasi tahun lalu ini sangat sengit dan kesudahannya G hanya mampu menang dengan jaringan 2 - 0.

Dorm F dan H pula membuat perhitungan... tampak Dorm F yang mendahului 1 - 0 akan membuat kejutan. Namun diakhirnya... seperti dijangka tumpas dengan jaringan 1 - 2.

Dorm F turun sekali lagi beraksi di gelanggang dan kali ini ingin menjadikan Dorm G mangsa amukan. Bermula garang dengan cubaan ke gawang gol dorm G.... namun menerima nasib yang sama seperti dorm E... Dorm F tumpas 2 - 0 kepada juara bertahan...

Perlawanan seterusnya menemukan Dorm E dan Dorm H... kesilapan pertahanan Dorm E yang menahan bola dengan tangan di hadapan pintu gawang memaksa pengadil memberikan sepakan penalti kepada Dorm H. Zahriel selaku penyerang utama Dorm H tenang menyempurnakan sepakan... Dorm H akhirnya menang 2 - 0.

Dorm E dan F ditemukan yang mana perlawanan ini tidak membawa sebarang erti kerana kedua-dua pasukan tidak mampu mengejar mata Dorm G dan H yang jelas telah layak ke perlawanan Grand Final. Perlawanan sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Kedua-dua pasukan ingin membuktikan mereka lebih baik dari pasukan lawan. Keputusan akhir  SERI tanpa jaringan....

Perlawanan terakhir dalam kumpulan menemukan dua pasukan yang telah layak ke perlawanan akhir... Dorm G dan H hanya turun untuk melengkapkan jadual perlawanan... Kedua-dua pasukan menggunakan barisan kedua bagi menyimpan tenaga dan strategi bagi digunakan pada perlawanan Grand Final nanti... Kesudahan perlawanan Dorm G menang 1 - 0.

Rehat... ASAR...

Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menemukan E dan pasukan jirannya F. Dorm E turun dengan jersi harimau malaya kuning hitam manakala Dorm F garang dengan jersi MERAH menyala. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan saling serang menyerang namun kedua-dua pasukan buntu mencari gol. Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan terikat 0 - 0. Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan bertindak agresif. Dengan beberapa insiden kekasaran yang berlaku, pengadil dipaksa mengeluarkan 2 kad kuning iaitu satu kepada ZFN striker handalan dorm F dan satu lagi kepada ASMAMA pemain hebat dorm E. Dengan kedua-dua pasukan saling serang menyerang mencari gol, berlakulah satu insiden yang telah dirancang namun skripnya gagal diterjemahkan dengan baik. Dengan satu kekasaran oleh ZFN ke atas ASMAMA dan kalau mengikut skrip ASMAMA patut membalas tindakan ZFN yang membolehkan kedua-duanya dilayangkan kad MERAH.... namun apa yang terjadi ASMAMA bertindak sebaliknya... Tindakan kekasaran oleh ZFN hanya dibalas dengan senyuman oleh ASMAMA... akhirnya hanya ZFN dibuang gelangggang.... Ketiadaan ZFN, mengucar kacirkan Dorm F, strategi mereka serba tidak menjadi walaupun dengan kehadiran pemain import dari Brunei (Zahid) mereka akhirnya dibolosi diminit-minit akhir perlawanan. Dorm E berjaya menduduki tempat ketiga dengan kejayaan menumpaskan dorm F dengan jaringan 1 - 0. Tahniah ZFN...

Perlawanan AKHIR.....

Dorm G


atau

Dorm H

yang bakal bergelar juara dan membawa pulang PIALA GIFT 2015....

Perlawanan akhir SEPATUTNYA diadili oleh satu-satunya pemain yang dikenakan KAD MERAH... saudara ZFN... Untuk makluman...saudara ZFN juga gagal menjaringkan sebarang GOL... NAMUN disebabkan KAD MERAH tersebut, kelayakan beliau untuk mengadili perlawanan akhir dilucutkan dan digantikan oleh pengadil simpanan... saudara AKHTAR....

Dorm G memulakan perlawanan dengan menurunkan ketujuhan utama mereka... manakala H tampak menyimpan Fathul dan Azfa dibangku simpanan....

Perlawanan nampak sengit.... dengan G banyak melakukan serangan namun ketangkasan Penjaga GOL dorm H iaitu AD menggagalkan segalanya.... Namun selepas serangan bertali arus G berjaya menjaringkan gol pendahuluan dengan YY sebagai penjaring...

Kesilapan yang tidak disengajakan oleh SNJ menyebabkan beliau diberikan kad KUNING dan dorm H diberikan sepakan penalti. SNJ didakwa telah menolak tiang GOL bagi menghalang Fathul menjadi penjaring. Sepakan penalti yang diambil oleh saudara ZAHRIEL masuk ke gawang. Walaupun telah ditepis oleh AWE. Kedudukan 1 -1 menjadikan dorm H semakin bersemangat. Azfa dimasukkan dan menjadi jantung kepada Dorm H dalam menerajui serangan... dan akhirnya dengan gerakan yang mengelirukan, Azfa berjaya menjaringkan gol yang cantik untuk dorm H mendahului buat pertama kali dalam sejarah DORM G didahului oleh pasukan lain selama 20 tahun.... Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan H mendahului 2 - 1.

Dorm G tampak getar.. almaklum pertama kali dibelakang...

Dorm H seperti tidak percaya mereka sedang mendahului... bak kata Fathul...seperti tidak percaya...

Perlawanan separuh masa kedua pun bermula...

Serangan demi serangan dibuat... dorm G berjaya menyamakan kedudukan, hasil jaringan SNJ... kedudukan telah berubah. kedua-dua mula menyusun semula pasukan... masing-masing ada kelebihan dan kelemahan... perlawanan berlangsung sangat sengit....

Namun kedudukan berakhir dengan DORM G berjaya mengekalkan KEJUARAAN...

G menang 4 - 2 hasil gol seterusnya oleh ZZ dan SNJ...

YY dalam perlawanan ini mendakwa telah menjaringkan satu lagi GOL namun pengadil perlawanan Akhtar mengakui tidak nampak akan jaringan tersebut....

 
Inilah Champion nya 2015
 

Keputusan akhir :

Juara : G
N. Juara : H
Ketiga : E
Keempat : F (juga mengekalkan kedudukan tahun lalu)

Anugerah Individu:

Anugerah Arumugam - Nik Mohd Faisal
Anugerah Nazmi Faiz - AHB dengan assist terbanyak
Anugerah Serbegeth Singh - Kapten Hadi
Anugerah Azman Adnan - SNJ dan Zahriel
Anugerah Cantona - ZFN dengan kekasaran melampau dan kad MERAH

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang... tahniah kepada Tuan Presiden...

Tahniah kepada Tuan Fathul selaku ketua pengajur...

Tahniah kepada mereka yang hadir...

Tahniah kepada mereka yang menyokong dari jauh... tidak kira dari dalam atau luar negara...

Semoga acara seperti ini merapatkan lagi ukhwah sesama kita...



Sekian....


Ulasan mungkin sedikit BIAS memandangkan penulis adalah salah seorang pemain Dorm G....  

Wednesday, February 25, 2015

Aku dan Belalai

Aku dan Belalai....
Jangan difikir yang bukan2. Bukan belalai itu yang dimaksudkan. Kisah ini tentang DAUN BELALAI GAJAH atau nama lainnya dikenali sebagai Sabah Snake Grass.
Aku mula mengenai tumbuhan ini daripada seorang doktor yang merawat emak.
Selapas emak selamat menjalani pembedahan membuang usus yang dijangkiti kanser, selera makan emak turun mendadak. Badan pun mula menyusut. Perubahan yang ketara ini disedari doktor yang merawat dan telah meminta Uda untuk memberikan emak Jus Belalai Gajah + Apricot B17.
Aku dihubungi Uda yang telah jenuh mencari disekitar Melaka, namun gagal menjumpai Jus yang dimaksudkan. Berbekal gambar yang diberikan Uda, aku mula mencari di lokasi yang difikirkan logik menjual ubat-ubatan dan makanan kesihatan seperti itu.
Dan.. dengan sedikit bantuan daripada pengilang aku berjaya mendapatkan bekalan yang diperlukan daripada pengedar yang sah.
Syukur, Jus ini serasi dengan emak. Selera makan emak kembali ada dan badan mak semakin berisi. Syukur kepada Illahi, emak juga telah disahkan bebas daripada kanser. Nasihat doktor agar emak menjaga pemakanan harian. Elakkan makanan yang boleh mengaktifkan sel kanser seperti daging merah, kekacang, gula, produk berasaskan gamat dan beberapa lagi yang aku sendiri tidak ingat.
Emak juga ada menanam pokok Belalai Gajah ini di rumah. Mudah ditanam hanya di dalam pasu sahaja. Daunnya dijadikan makanan harian sebagai ulam.
Gambar : Pokok Belalai Gajah



Gambar : Jus Belalai Gajah Plus Apricot B17