Cuma AKU

Cuma AKU

About Me

As-salam buat pembaca sekalian,
 
 
Payah juga bila bercerita tentang diri sendiri. Kalau cerita pasal orang lain atau isu-isu mudah je idea nak bercambah menjadi cerita. Aku ingin orang mengenali diri ini seadanya dan menjadikan cerita dan kisah yang digarap menjadi bualan dan perkongsian yang bermakna buat semua...
 
 
Nama Aku AZIZUL dan semua adik beradik lelaki ku seramai 5 orang (semua adik beradik ku 7 orang) menggunakan nama yang sama. BEZA kami bila digabung dengan nama KEDUA masing-masing. AKU azizul AZRIN. Lahir di Melaka dalam tahun 1976 bulan sebelum Disember.
 
 
Kalau orang Tanya sekolah mana mesti aku jawab Sekolah Teknik. Ya benar aku sekolah Teknik Tuanku Jaafar tingkatan 4 dan 5... Form 1 -3 ? SMAKL beb... Tak Caya? iye.. Saya Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur... Now See Heart to kawan2 saya. Tak caya Tanya mereka. Emmm tapi itu lah masa SRP Bahasa Arab tak berapa nak cantik so... pindah la ke skola lain.
 
 
PAs sekolah aku sambung belajar ikut nasihat emak yang nakkan anak nya mengaji tinggi. Lepas Diploma sambung Ijazah... Mula kerja. Join swasta dalam bidang pengurusan akaun. Sempat lah kerja dengan Shumi (Shuhaimi Baba) Pesona Pictures S/B. Tahun 2003 keje GOMEN. 2003 juga aku kahwin. Kerja dulu Lecturer... suka mengajar walau banyak cabaran dan GODAAN. 2009 tukar selera.. duduk pengurusan. baru tahu seksa. hahahhaa
 
 
Anak ku ada 3... insyaAllah semua anugerah ALLAH yang terbaik buat ku. ALYA saffiyah, ALYSSA batrisyia dan ARIQ wafiq. 2 puteri dan satu putera. Syukur.
 
 
Minat suka menulis tapi tak pernah yang habis kisah yang aku cuba tulis namun hingga hari ini masih ada semangat nak menulis, tangkap gambar... selalu lah juga jadi photog untuk majlis kahwin, tunang, majlis rasmi, birthday dll. Mengajar tetap menjadi pilihan pertama walaupun sudah 5 tahun aku berehat dari menjadi tenaga pengajar. InsyaAllah suatu hari nanti kembali menjadi GURU...
 
 
Sekian...




No comments: