Cuma AKU

Cuma AKU

Sunday, January 12, 2014

Niaga - MasterWanBatik.Com

Entri kali ini, aku ingin kongsikan tentang satu perusahaan batik yang agak terkemuka kepunyaan EX-BOSS lama ku iaitu Haji Wan Mahtar Wan Salleh. Beliau telah mengusahakan perusahaan ini atas nama MasterWanBatik dengan pengalaman melebihi dari 20 tahun. 



MasterWanBatik telah menghasilkan pelbagai variasi produk daripada batik dalam menghiasi industri batik tanahair. Antaranya :

1. Kemeja Batik (Lengan Panjang/Pendek/Ekslusif)

2. Kain Batik Material

3. Baju Kurung Batik (Biasa/Ekslusif)

4. Blouse Casual (Lengan Pendek/Panjang)

5. Corak Batik - Painting (Urban/Grafik)

6. Pareo Batik
Selain daripada merekacipta dan menerima tempahan batik daripada pelanggan, MasterWanBatik juga ada menyediakan kursus dan latihan  berkenaan perusahaan batik seperti cara-cara mencanting dan mewarna batik kepada kumpulan yang berminat. 

Hasil usaha selama 20 tahun ini, BERJAYA menaikkan nama MasterWanBatik di persada industri batik MALAYSIA. Antara sebahagian pelanggan-pelanggan yang pernah berurusan dan memberi kepercayaan kepada Hj Wan Mahtar adalah :

 Jabatan Pelajaran Wilayah - Majlis Buku Kebangsaan - Bahagian Hal Ehwal Pelajar, KPT - 
Bahagian Pemasaran dan Pendidikan Antarabangsa, KPT - RELA Putrajaya - Lembaga Zakat Selangor - Universiti Pendidikan Sultan Idris - Sekolah Rendah Kajang Utama - Jabatan Pengajian Tinggi - MADA - UMCCED Universiti Malaya - Koperasi Nelayan Lumut
Kementerian Wilayah & Luar Bandar - 
Jabatan Perdana Menteri - Jabatan Pengajian Politeknik - Kedutaan Malaysia New Zealand - MCKK - ASTRO - ASWARA


Bagaimana hendak mendapatkan KELUARAN terbaru dari MasterWanBatik?



Antara KOLEKSI yang sempat saya rakamkan semasa melawat Hj Wan Mahtar sedikit masa dahulu


Kepada peminat2 batik yang sudah berkenan dengan hasil batik 
MasterWanBatik
Boleh menghubungi Hj. Wan Mahtar di 019 - 345 5599 (sms/whatsapp/call)
atau

p/s - Khabarnya Haji Wan juga mula menerima pelajar-pelajar yang berninat untuk menjalani latihan praktikal di kilang beliau. Semoga semakin maju dan berjaya hendaknya. Amin...

Kisah - Durian Oh! Durian

Bila HANTU DURIAN nampak durian...

Hantu yang dimaksudkan bukanlah makhluk halus tetapi manusia yang sangat gilerkan durian.. kalau nampak durian macam nampak artis.. suka sangat2. Senyum je bila nampak durian.. Macam durian tu hensem je..macam comel je... hahhahaha

Al-kisahnya, on the way mencari senaskah Al-Quran buat puteri sulungku. Mengadu dia berat sangat naskah sedia ada untuk di bawa ke sekolah setiap hari. Budak zaman sekarang sekolah dan belajar mula 7.30 pagi sampai 5.30 petang. Sekolah kebangsaan - KAFA - Mengaji... Bagi memenuhi permintaan cik puteri, aku dan isteri menuju ke destinasi kami mencari buku.. PUSTAKA RAWANG.. Cawangan Taman Melawati. Lalu je depan kedai buku, ada orang dah nampak susunan durian betul-betul berhadapan kedai buku. Emmmm confirm kena singgah ni.. getusku..

Tapi.. hantu durian ku ini masih dalam mode cover line. Diam je cuma dah mula senyum-senyum. Cepat-cepat ku tarik masuk ke kedai buku... fokus fokus.. kataku... moh cari apa yang perlu dahulu.

Lepas 15 minit.. semua yang dicari sudah ada di atas kaunter kedai siap sedia untuk dibuat pembayaran.
Langkahan keluar, hantu durian tidak lagi dalam mode cover line.. terus ke gerai yang tersusun durian-durian. Ye lah... kejap... letak barang dulu di kereta.. awak pergi la pilih mana yang suka..

Ada D24.. durian kampung.. ada yang dikira timbang.. ada pula yang dilonggok.. Pilihan di tangan masing-masing. "Makan sini dik... baru puas hati" cadang abang penjual durian. "ok bang.. pilihkan saya durian kampung 1 biji saiz sesuai untuk 2 orang makan" 

Nah! depan kami sebiji durian.. isinya kuning.. rasanya lemak-lemak berkrim.. disukai kami... harganya cuma RM12.90.. RM12.00 selepas diskaun.. katanya... Puas hati punya pasal dengan rasa... kami bungkus lagi 2 biji untuk anak-anak dirumah. Abang penjual durian yang pilihkan.. satu isinya kuning sama seperti yang kami makan dan satu lagi isinya warna putih. Harap-harap rasanya seenak dan berlemak seperti tadi.

Semua 3 biji.. kami bayar RM35.00

Buat kawan-kawan peminat durian a.k.a. HANTU DURIAN.. kalau tiba-tiba teringin nak makan durian.. boleh lah ke lokasi ini.. Taman Melawati.. berdekatan medan makan  dan Balai Polis Taman Melawati.. Sederet gerai menjual buah.. ada durian, ada rambutan.. kadang-kadang ada manggis..

Memang dari zaman bujang dulu-dulu... kalau teringin sangat nak makan durian.. ini lah lokasinya. Walaupun penjualnya berbeza mungkin.. tetapi durian yang dicari selalunya ada. Jarang mengecewakan... 
Aku bukanlah hantu durian seperti tajuk entri ini... tetapi aku ada 2 hantu durian disisi. 
Hasnizah dan Alyssa Batrisyia... 

  Gambar Hiasan (Sumber : www.asiaexplorers.com)

Friday, January 10, 2014

Dah Bukan REZEKI ku...

Adoi... Itu lah bila dah bukan rezeki.. memang takkan dapat.. 

Ada kalanya, benda dah ditangan.. macam2 angan2 dah pasang... nak beli itu.. nak beli ini.. macam-macam benda hendak dimiliki dengan rezeki yang diberi... senyum panjang semua.. 
Ini lah perasaan ku... ini lah yang kurasa... walau belum nyata ditangan, bayangannya sudah ada...

Namun...

Hari ini merubah segalanya... suatu panggilan dari tingkat 9 menyebabkan aku gamam sebentar. Macam tak percaya je.. ini semua berlaku.. Tapi ini adalah kenyataan. Gajiku TERSALAH KIRA.. 
Dari dapat LEBIH kena pula BAYAR BALIK. 

Bila dikira2... langsung jadi tidak faham.. minta diterangkan oleh yang dipertanggungjawabkan. Ditunjuk kepadaku akan angka2 dan nombor yang sebenarnya padaku.. aku tidak faham. Mungkin bukan sebab tidak faham tetapi buat-buat tak faham bila mengenangkan IA BUKAN REZEKI ku...

Sedih bro... hehehehe

Apakan daya...

Sudah bukan rezekiku... positif lah wahai diri... terus tersemyum.. tenangkan diri...
Nah! sekarang menunggu kiraan semula dibuat... berapa perlu dipulangkan??? Nantikan kew8 yang mendebarkan. Yang nyata.. pulangkan semula.. ia bukan hak kita... 

Rezeki Allah ada dimana... Jom kita cari, janji jangan berhenti berusaha.. tawakal dan berdoa.. semuanya.. segalanya adalah datang dari yang Maha KUASA. 

Thursday, January 9, 2014

Berita - Kekecewaan No.1 Rakyat Malaysia

Sumber daripada Frost & Sullivan...

Kajian pasaran terhadap 1,227 responden di Kuala Lumpur menunjukkan 41 peratus responden merasakan KESESAKAN LALU LINTAS adalah kekecewaan tertinggi. Angka ini adalah lebih tinggi daripada PURATA 35 peratus kadar bagi Asia Pasifik dan 29 peratus tahap global.

Kebergantungan penduduk terhadap pengangkutan persendirian merupakan punca utama kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dan ini dibuktikan dengan 79 peratus penduduk Kuala Lumpur sangat bergantung kepada kenderaan persendirian, 8 peratus bergantung kepada pengangkutan awam, 11 peratus pula menggunakan gabungan antara kenderaan persendirian dan pengangkutan awam manakala 2 peratus bukan kereta.

Kuala Lumpur bakal menghadapi pertambahan kesesakan jalan raya pada masa depan berikutan pemilikan kereta terus bertambah. Bagaimana ISU ini boleh diatasi? Adakah keadaan Kuala Lumpur akan datang sangat menyesakkan hinggakan ia bakal menjadi satu masalah besar buat semua?

Kerajaan MALAYSIA melalui Pelan Pengangkutan Kerajaan merancang meningkatkan pengangkutan awam dengan menambah tahap penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang tahun 2020.



Kata-kata ku - "Tidak jauh untuk kita lihat contoh yang baik dalam meningkatan pengangkutan awam kita ke satu tahap kategori A++.. Tidak perlu malu untuk belajar dari jiran... sebaliknya kita patut rasa malu andai kita sendiri tidak mahu berubah walaupun sedar akan kekurangan sendiri. Jom lihat bagaimana Singapura dan Korea Selatan berjaya menjadikan sistem pengangkutan awam mereka menjadi pilihan rakyat"

Kongsi Tips - Terpaksa berhenti di lebuhraya

Meh KONGSI...

Andai tiba-tiba kereta anda mengalami masalah dan PERLU nya anda untuk berhenti di lebuhraya (Bukan kawasan rehat dan rawat) Tips yang ingin dikongsi ini mungkin sedikit sebanyak membantu...

1. Berikan isyarat dan perlahan-lahan menyusur keluar ke bahu lebuhraya.

2. Nyalakan lampu rendah (hadapan) pada waktu hampir gelap, malam atau hujan.

3. Nyalakan lampu isyarat kecemasan dan terangkan ruang dalam kereta dengan lampu sedia ada.

4. Andai berhenti di lokasi tidak selamat seperti di selekoh atau puncak bukit, semua penumpang diminta keluar dan berada jauh dari kenderaan yang tersadai.

5. Letakkan tanda kecemasan pada jarak 5 meter dari belakang kenderaan.

6. Buka bonet kenderaan dan mula dapatkan bantuan yang sewajarnya.


(Gambar Hiasan)

Tuesday, January 7, 2014

RM0.50 vs RM5.00

Meh share satu artikel dari sinar harian...


Ramai yang komen.. ada yang positif ada yang sebaliknya. Apa-apa pun itulah hakikatnya... belanja anak-anak sekolah rendah makin meningkat naik. Maklumlah, harga barang semua naik... Tidak tertinggal kenaikan yang berlaku ini menyebabkan poket ibu ayah makin ringan.

Harga Makanan Di Kantin Sekolah

Nasi Lemak / Mee / Bihun ---> RM 2.00 sepinggan
Air Oren / Sirap / Lain-lain ---> RM 1.00 segelas

Belum kira lauk ayam bagai...  memang dekat2 RM5.00.. mungkin lebih..

Apa pilihan yang ibu bapa ada?

BEKAL

Namun bukan semua ibu bapa yang ada kesempatan untuk menyediakan bekal makanan buat anak-anak kesayangan mereka. Bukan lah satu alasan, tetapi inilah yang terjadi. Ibu ayah punya kerjaya masing-masing.

Bagi aku yang lahir dalam tahun 70-an merasakan satu perbezaan yang besar dari segi bekalan wang saku dulu dan sekarang. Selalu kuterangkan kepada anakku yang sulung... dulu nenek bagi ayah RM0.50 sahaja sehari untuk belanja sekolah. "Apa je ayah beli dengan RM0.50 itu?" "Satu set minum pagi yang lengkap + Simpanan sehari seposen" 

TAK PERCAYA?

Benar... dengan RM0.50 pada tahun 80-an masih mampu mengenyangkan perut anak-anak kecil seperti ku.

Belanja SEKOLAH DULU-DULU

Nasi Lemak / Mee / Bihun -----> RM0.30 sepinggan 
(ada yang harganya RM0.40 dengan kuantiti makanan dan saiz pinggan yang lebih besar)
Air minuman (selalunya sirap) ---> RM0.10 segelas

Anakku.. ayah masih mampu simpan sepuluh sen sehari.... mencebik dia.. aku tahu anak ku tidak percaya...  Apa lah yang mampu dibeli dengan RM0.50 pada hari ini. Ia suatu nilai yang sangat bermakna dan berharga dahulu namun kini ia kurang dari segi nilainya... Segelas air pun mereka tidak mampu beli di kantin hari ini.

Antara 


 dan


 TIADA bezanya pada HARI INI....

Kereta ku cari gaduh

Apa lagi mahunya...

Al maklum bila umur makin lanjut, mahunya macam-macam. Kejap ini, kejap itu... Dan aku masih mampu melayan karenahnya hari ni walaupun senyum di wajah makin tak terukir dek kerana membolos poket. Syukur berlaku ketika aku masih mampu tersenyum... cuma kupohon wahai sayang ku hentikan menduga ku sebegini. Aku punya hati yang sabar, mengenangkan hidup bersama mu hampir 9 tahun membuat kan aku rasa sangat terhutang budi. Khidmat cekal mu membantu ku dalam perlbagai urusan, mudahkan aku ke sana ke sini menambat rasa sayang yang amat sangat. Apatah lagi kau ini sangat2 disayangi oleh isteri ku. Aku tahu pasti payah untuk melupakan semua jasa dan pengorbananmu.

Masuk hari ini, sudah acap kali aku kau duga dan uji. Baru semalam aku belanja kau hampir RM1K, hari ini kau minta lagi. Ya ampun... andai kau mampu berfikir... fikir-fikirkan lah... Penat 2 sahabat ku menolak mu untuk buat kau bernyawa... 

Apa lagi mahu mu.. kasut baru, tulang kaki baru, jantung baru, kunci kehidupan baru... aku tahu leher mu sudah sedikit sakit, berbunyi-bunyi bila seketika kasut mu tersadung bonggol... sabar lah.. akan kugantikan ia. Cuma jangan lah kau tambah derita ku... mohon jangan dicabar kesabaran ku ini... 

Oh kereta Matrix ku... jangan lah rosak2 lagi ye. 

Monday, January 6, 2014

Seluar Pelekat

Kosong tiada makna...

Pasti ramai pembaca yang menonton Maharaja Lawak Mega 2014. Aku juga salah seorang penonton setia aksi lawak pelawak2 hebat Malaysia, Indonesia dan Singapura setiap Jumaat di depan kaca TV Siaran Astro 132 & 134. Antara yang masih kekal sehingga entri ini dibuat adalah kumpulan Sepahtu (feberet kawan tu), shiro, SYJ yang menggabungkan Syuk, Yassin, Jihan... kumpulan Wala.. abang2 polis dari Sabah, Comey (Ropi & Suhaimi Spore) makin lama makin best lawak2 mereka... Bocey (Budak-budak hasil rancangan TV3), peserta SOLO.. NABIL dan Jambu yang legend.

Kalau kalian masih ingat cubaan Boboi untuk cuba mengeluarkan diri lebih awal dari sepatutnya yang akhirmya niat mereka tercapai. Apa-apa pun Boboi tetap BEST dan pasti punya alasan tersendiri kerana bertindak sedemikian. 

Yang menarik minat saya adalah seluar yang acap kali dipakai Afdlin Shauki dalam rancangan MLM2014. Ia kelihatan dan bercorak seperti kain pelekat cuma ia tidak digulung di pinggang seperti kebiasaan pemakai. Ia dijahit menjadi seluar yang agak besar cawatnya dan begitu menarik dipakai dengan mengekalkan warna dan corak kain pelekat. Bukan sahaja Afdlin, malah beberapa artis lain juga telah menggunakan yang saya gelarkan SELUAR PELEKAT ini. 

Aku yang sangat2 berminat dengan TREND terkini ini cuba mencari di pasaran berdekatan namun aku gagal. Mungkin ia belum sampai ke kawasan jajahan ku ini atau bentuk edaran dan jualannya belum di kedai fizikal lagi... online mungkin.... 

Yang cuma aku jumpa adalah lebih kurang warnanya...dan coraknya...tetapi bentuknya, cawatnya, rupa fizikalnya sangat2 berbeza dengan yang dipakai oleh Afdlin Shauki. 


Tak sama kan dengan Afdlin?

Bila dipakai, aku rasa selesa.. lantas ku beli 3 pelbagai warna. Cuma nak memenuhi minatku, harganya OK padaku RM19.90 sahaja sehelai. Mula-mula beli satu sahaja dan bila pakai depan anak2... yang sulung kata dah macam seluar K-Pop... Segera aku ke kedai (Family Store) ambil lagi 2 pasang. 

Yang pasti, seluar pelekat ku tidak sama dengan Afdlin Shauki punya. Moga-moga suatu hari nanti boleh jumpa Afdlin Shauki minta beli sehelai yang semacam dia punya... saiz yang berbeza...



Sunday, January 5, 2014

Pesanan Pakcik Zan

Salam buat semua..

Cuti hujung minggu, aku ziarah ayah dan emak di kampung. Seronok atuk dan nenek dijenguk cucu-cucu bertiga. Seperti kebiasaan setiap kali pulang ke kampung pasti emak menjamu lauk kegemaranku... asam pedas + tauhu sumbat + petai (bawa sendiri dari Putrajaya) = TERBAIK... simple tetapi sangat sedap. 

Entri kali ini aku hendak ceritakan tentang seorang rakan ayahku. Pakcik Zan. Khabarnya seorang rakan sama-sama kerja di MAS sebelum mereka bersara. Katanya dulu selalu datang ke rumah melawat kami, masa itu kami adik beradik kecil lagi dan aku sendiri tidak mengingati Pakcik Zan. Pakcik Zan datang ziarah ayah di kampung. Nampak seperti lama tidak berjumpa ayah tetapi jelas nampak keakraban dahulu masih terjalin. Aku tinggalkan mereka untuk berbual selepas aku bersalaman dan bertanya khabar. 

Aku di dapur bertanya kepada emak tentang tetamu ayah... al maklum sungguh aku dah lupa. Emak kata pakcik dari kenduri di Muar dan singgah melawat ayah yang lama tidak berjumpa. Rancak mereka berbual dan selepas makan tengahari tiba masa untuk Pakcik Zan dan isteri pulang. 

Emak memanggil aku yang sedang di hadapan TV. Bangun aku untuk bertemu tetamu ayah. Mungkin aku sudah lupa kelibatnya semasa aku kecil, mungkin aku juga terlupa kata-kata gurauan dia semasa aku kecil tetapi aku takkan lupakan PESANAN semasa erat dia memelukku.

"Jangan diabai ayah yang sakit.. jangan ditinggal ayah dan emak... jaga ayah dan emak elok-elok.. sebagai along, tanggungjawab kamu untuk buat semua yang patut"... Suara Pakcik Zan sedikit sedu semasa berkata-kata. Aku anggukkan kepala tanda aku faham. 

Dari dalam kereta sebelum bergerak pulang, Pakcik Zan berpesan benda yang sama sekali lagi. Aku senyum. Iya.. aku takkan lupa. Semoga aku layak berkhidmat untuk orang tua ku selagi ada hayat. Semoga Allah memberi segala yang perlu untuk aku menjadi anak yang baik. 

Apa2pun, terima kasih Pakcik Zan atas pesanan. Mudahan aku tidak lupa...

Friday, January 3, 2014

Sebelum & Selepas : Peringatan Untuk Diri Sendiri

Daripada Ibn Abbas, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara: Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu. Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu. Waktu kayamu sebelum datang kefakiranmu. Waktu lapangmu sebelum datang waktu sibukmu. Waktu hidupmu sebelum datang matimu.”
Peringatan buat aku dan sekalian yang lain...
Antara sedar atau tidak SEBELUM dan SELEPAS merupakan 2 MASA yang sangat hampir dengan kita. Samada kita alpa dan lalai atau beringat selalu boleh menjadikan satu jalan itu lebih lurus dari berliku. Meh kita renung2kan bersama... Adakah KITA sedia?
Masa MUDA semua hebat, kuat, gagah, kacak, cantik, ayu, jelita, belia segalanya dia no.1 Masa inilah semuanya yang PENTING nampak tidak penting dan perkara lara' dan hiburan jadi TUNJANG keutamaan. BUkan semua begitu. Ya, benar tapi ramai kan yang sebegini.
Cakap pasal SOLAT.. umur berapa yang LAYAK nye KITA sudah SOLAT penuh?
Umur berapa sudah boleh dirotan? Ala ibu dan ayah... anakmu ini kan masih muda lagi.. biarlah anakmu ENJOY dulu. Anakmu ini JANJI bila umur sudah hampir sebaya seperti ibu dan ayah sekarang, anakmu akan RAJIN solat. Sempatkah?
Bukan saya kata tapi saya lihat sendiri. Kalau di masjid dan surau lagi-lagi kalau di kampong.. Yang hadir diri ramai yang dan masuk 5 series ke atas. 6 dan 7 series pun ramai. Ada la satu baris, kalau dapat 2 saf itu kira bonus. Dimana anak2 muda? oh lupa mereka kan masih muda... nanti dah dekat umur siak masjid pandailah guna GPS ke masjid.
Time SIHAT dan KAYA semua kerja KUAT... yang miskin mahu jadi kaya.. yang kaya mahu terus jadi kaya... kekadang sampai lupa makan minum. Hebatkan...
Adakah DIA masih dianggap HEBAT bila kerajinan dan kemewahan menjadikan DIA lupa dan lalai kepada yang no. 1 dalam kehidupan. Solat tangguh2. tunggu zohor nak dekat asar... GABUNGkan sekali walaupun bukan dijamak. beza 5 minit setiap satu. Mudah katanya... Adakala penangguhan yang terlangsung sehingga terabai solat yang lima. Belum kira magrib vs cerita KOREA... senyum semua... ramai yang terkena batang hidung sendiri. Meh kita beringat...
Tapi...
Bila sakit.. sengsara .. susah.. masa ini lah paling mudah nak ingat yang no.1. Mohon la macam2, janji tak buat lagi... sumpah nak jadi baik... takmau nakal2 lagi.. ada yang benar2 berubah bila ditimpa musibah..memang ada.. dari ZERO to USTAZ... syukur yang berjaya  menjalani transformasi sebegini namun ada juga yang berubah hanya dalam tempoh seketika. Bila sudah kembali diberi kesihatan dan sedikit kesenangan... kembali Dia menjadi lupa dan alpa.. Ramai yang beginikan?
Berpesan sekali lagi buat diri dan yang lain... supaya KITA tidak menjadi yang jahil bila diajar.


Kisah Anak2 Hari Pertama Ke Sekolah

As-salam pembaca sekalian,

Entri kali ini khas buat kejadian-kejadian aneh dan lucu yang berlaku sepanjang hari pertama persekolahan. Teristimewa buat anak-anak darjah satu dan pra sekolah. Ada yang teruja, gembira wajah penuh dengan senyuman... ada juga yang gusar hatinya, gelabah, takut, diam dan yang paling parah menangis dan menjerit.

Ini lah asam ragam dan cabaran guru-guru. Benar, bukan mudah menjadi seorang pendidik terutama yang menghendaki seseorang itu melayan karenah anak-anak kecil yang ada macam-macam peelnya. Terbaca oleh ku di laman MUKA BUKU akan beberapa kejadian yang ingin dikongsi bersama pembaca sekalian. 

Anak-anak terkepit di kerusi. Pucat CIKGU dibuatnya..



Thursday, January 2, 2014

Alyssa ke sekolah

Hari kedua dalam bulan Januari 2014 yakni Rabu merupakan hari pertama persekolahan di Semenanjung Malaysia. Semua orang sibuk dengan acara. Anak-anak sibuk baru hendak menyusun buku di dalam beg sekolah baru, ibu ayah sibuk dok siapkan anak-anak... Syukur, anak-anak ku mudah bangun pagi mungkin atas rasa semangat nak ke sekolah. Alyssa tahun ini Darjah Satu, Alya pula sudah masuk Darjah 4. Jam 7.10 sudah mula bergerak meninggalkan rumah, jalanraya seperti dijangka agak sesak namun disebabkan sekolah berada berhampiran tidak sampai 10 minit sudah sampai. Nah! mencari parking menjadi cabaran seterusnya. Oh terlupa, ibu bapa yang anaknya Darjah Satu turut serta ke sekolah. Termasuk lah yang tuan punya cerita. Dapatlah parking walaupun agak jauh dari kebiasaan. Kasihan Alyssa, beg berat, semua buku masuk sebab masih belum terima jadual. Takut pula ditinggalkan, Cikgu pula mahu ia digunakan. Takpe lah Dik, hari ini je Adik bawa semua. Esok kita ikut jadual.





Alyssa nampak bersemangat dan tersenyum. Tiada riak takut atau gelisah budak baru hendak sekolah. Teringat 3 tahun lepas masa Alya masuk darjah 1, hari pertama kedua semua berjalan lancar. Tetapi bila masuk hari ketiga Alya mula menangis setiap kali hendak ke sekolah. Sampai menjadi terkenal. Cikgu, Mak Guard semua kenal Alya. Menangis sebab disakat rakan sebaya kononnya Alya bakal ditinggal Van Sekolah. Sebulan juga baru reda tangisnya. Harap-harap Alyssa tidak begitu. Sebab Alyssa ada Alya di sekolah. Kakak jangan buli-buli adik ya.



Anak darjah satu biasanya diberi ingatan tentang pelbagai perkara termasuklah... di mana pula menunggu selepas sekolah, hati2 ketika melintas... jangan berlari semasa menuruni tangga.. simpan wang saku baik2... itulah tugas si ibu di hari awal persekolahan anak-anak darjah satu. Sayang si ibu tak siapa yang boleh mengukurnya...





Tarikh 2/1/2014 juga sangat istimewa kerana hari ini juga semua ATM Bank penuh berbaris manusia. Hari ini kan bonus masuk. Setengah bulan gaji seperti dijanji tahun yang lalu. Terima kasih.