Cuma AKU

Cuma AKU

Friday, February 13, 2009

MLM dan kerjaya

MLM dan Malaysia sangat sinonim. Pertumbuhan industri jenis ini di negara ini amat memberangsangkan. Boleh dikatakan MLM yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan sangat diterima masyarakat berbilang kaum di sini. Kerjaya tanpa musim ini menjanjikan imbuhan yang menjadi impian dan idaman manusia. Kepada mereka yang mahukan kesenangan, jalan ini merupakan satu lubang yang cukup dalam untuk digali dan dikeluarkan hasilnya.

Pelbagai bentuk dan gaya yang diamalkan oleh pelbagai syarikat MLM tetapi selalunya amalan asasnya tetap sama. Tidak menumpukan kepada jualan barang, tetapi lebih kepada membina rangkaian perniagaan. Sesetengah berpendapat orang yang dikategorikan berat mulut, pemalu, tidak ramai kawan juga boleh berjaya dalam bidang ini.

Hasil teknologi dan perniagaan gaya internet memudahkan jalan cara. Tanpa perlu mengenali client dengan tepat, dan berdasarkan maklumat dan ayat-ayat power selalunya anda tidak dikecewakan.

Pelbagai golongan menyertai rangkaian dan gaya ini. Dari golongan rendah, sederhana, profesional malah artis melibatkan diri dalam jenis perniagaan ini. Ada yang menggelarkan sebagai MLM, e-dagang dan macam-macam lagi. Perletakkan ikon terkenal nampaknya juga menjadi trend kepada syarikat ini untuk menarik minat. Insan seni selalu menjadi duta mewakili syarikat walaupun mereka sendiri tidak kenal produk yang diniagakan.

Sudah jadi adat cari makan. Peluang jangan dilepaskan. Banyak syarikat seperti tumbuh melata. Periksa lah dengan teliti latar belakang syarikat. Berdaftar dengan Akta Jualan Langsung tidak menggambarkan syarikat diuruskan dengan baik, telus dan amanah. Cuba perhatikan, statistik jumlah syarikat yang mampu bertahan lama. Tidak banyak kan? Kalau ada yang bertahan dan gah namanya pula, pasaran pula dikatakan sudah tepu. Baru nak ajak kawan masuk rupanya kawan tu dah masuk 3 bulan yang lalu.

MOdal? emm ada yang semurah RM30 seumur hidup, dan ada yang mencecah puluhan ribu. Berjaya atau tidak adalah terpulang pada usaha anda untuk mencari insan yang mahu menjadi seperti anda.

Hidup berniaga jalan MLM banyak rintangannya. Kena berani, mesti pandai cakap, info kena tepat tetapi sayangnya kerap hilang kawan dan teman dalam perjalanan menuju angka jutawan. Jangan lah sampai teman-teman sorok badan bila selisih tepi jalan. Bukan malu cuma segan, macam diluah mati mak ditelan mati bapak. Nak join tiada modal, nak tolak kawan tarik muncung berdepa-depa.

Apapun ini cuma salah satu ragam kehidupan. Kejayaan tidak datang bergolek, risiko masih ada dimana pun anda bertapak. Pilih lah jalan sendiri. Tepuk dada tanya selera. Jangan kawan makan ayam, anda pun nak makan ayam walaupun masa itu anda teringin sangat nak makan telur masak kicap dan tempe goreng.

1 comment:

Anonymous said...

Salam ziarah. Nice blog.

View Profile: Rantong™