Cuma AKU

Cuma AKU

Tuesday, July 28, 2009

Ragu

BAru-baru ini saya bertemu rakan sekolah yang hampir 16 tahun tidak bersua. Melihat dari jauh umpama dah hilang dari memori, tapi tidak la sampai tidak kenal yang mana satu dirinya. Apa yang ingin dicoret hari ini bukan lah pasal si rakan ini cuma tentang kisah dan cerita yang si rakan sampaikan. MENARIK maklumatnya...

Menurut kajian (ini dia yang cerita) ramai profesion yang mengalami masalah kemurungan, masalah naik darah, jiwa dan mental adalah dari kalangan GURU. Kenapa dan punca tidak pula jelas di perkatakan.

Saya pula didalam bidang yang sama cuma saya tidak di gelar GURU. Jalan kerja, rutin harian, masalah yang timbul hampir sama seperti mana yang di alami GURU. Maksud saya, guru mengajar... saya juga. Guru melentur murid... saya juga. Guru menyampah tengok guru besar... eeee dah tentu saya juga. CUma di tempat saya, guru besar itu digelar KJ.

Kalau mengikut pengalaman yang saya sendiri alami, bebanan kerja bertimbun mungkin satu punca dan faktor membawa kepada permasalahan ini. Tenaga pengajar bukan sekadar mendukung tugas mendidik tetapi juga di bebani kerja-kerja sampingan yang boleh dikatakan sangat menyusahkan. Kalau di ikutkan sebenarnya, mendidik itu mudah jika kena caranya. Cuma kerja sampingan itu sahaja seperti satu batu besar yang perlu di kendung.. berat.

Alhamdullilah.. bila di aju kepada kebanyakkan tenaga pendidik, mereka gembira dengan kerja mereka. Kerana mereka mempunyai persekitaran kerja yang baik dan sihat. Sihat sangat subjektif dalam konteks dan pandangan mata kasar saya. Sihat boleh membawa pelbagai andaian. Persekitaran yang sihat bukan sahaja kawasan kerja yang bersih, selamat dan jauh dari masalah tertimbun.

No comments: