Cuma AKU

Cuma AKU

Wednesday, May 15, 2013

Esok Hari Guru...

Esok hari guru..

Kakak nak belikan semua cikgu-cikgu kakak hadiah... "Berapa ramai cikgu di sekolah kakak? Belum gaji lagi ni" Tanya aku kerisauan. Almaklum baru 15hb, kalau dah cikgu yang kakak nak beri hadiah ada seramai 10 orang, alamat puasa la aku sampai hari gaji. Kesian adik demam, tidak boleh sambut hari guru. Save duit papa hehehe... Ariq kata "Kakak hari Jumaat ini kan Hari Teacher" Hari guru lah jerit kakak kepada Ariq si boboi yang baru 4 tahun. "Hari Teacher la... teacher Ariq yang cakap tadi kat sekolah." cuba menegakkan kenyataan yang sebenarnya. Senyum aku tengok gelagat anak-anak .. teacher dan guru kan sama. Ada yang panggil guru, cikgu, teacher, sifu, sir, pensyarah, tuan guru, mudir dan macam-mana gelaran lagi. Yang penting mereka-mereka ini sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa mereka mungkin kita tidak berada di tempat kita berdiri sekarang. Jasa mereka jangan dilupa. Mereka tidak pernah mengharapkan balasan. Mereka bangga bila tahu ada kalangan anak murid menjadi orang penting dalam negara. "Itu si polan bin si polan itu anak murid saya dulu, baik budaknya... rajin belajar... memang patut dia jadi orang besar sekarang"

Kalau sekarang ada antara kita yang berjaya, cuba toleh ke belakang. Ingatkah kita nama-nama pendidik masa mula-mula kita melangkah ke sekolah?... Cuba senaraikan... tentu ada yang kita suka... tentu ada juga yang kita kurang suka sebab cikgu ni garang, suka marah-marah, pernah ketuk jari kita dengan pembaris. Yang mana satu yang paling kita ingat dan kekal dalam ingatan. Yang baik atau yang garang??

Sentiasa yang garang lebih lekat diingatan dan dekat dihati... lagi-lagi kalau yang pernah sebat atau hukum kita macam-macam. Dendam??? Tidak pada aku... kalau tidak kerana aku disebat, diketuk, dibedal dulu mungkin sekarang aku seorang pencuri hahaha

Cerita pasal hadiah... aku pernah bergelar seorang guru. Bermula tahun 2003 sehingga tahun 2009 aku mendidik lepasan SPM dalam bidang yang aku sendiri tahu... Setiap tahun akan ada acara rasmi sambutan hari guru walaupun aku tidak dipanggil dengan gelaran itu mahupun cikgu. Cuma bidang kerja aku sama dengan guru.. mendidik. Acara tidak rasmi selalunya lebih menarik... Aku dan kawan-kawan akan bertanding siapa yang akan dapat hadiah lebih banyak dari anak didikan kami... Itulah penanda aras samada KAMI disukai, digemari atau dibenci pelajar... hahahaha Dan selalunya kawan-kawan yang bergelar GURU DISPLIN pasti tewas teruk. Sehinggakan kekadang langsung tiada bungkusan hadiah atau kad ucapan di meja mereka-mereka yang garang. Aku? tentunya antara yang mendapat banyak hadiah, bunga, coklat dan kad ucapan... Hadiah paling istimewa pernah kuterima dari mereka yang kudidik... sebuah handphone sebagai ganti handphone ku yang berderai di hempas KAKAK (anak sulungku). Bukan pada harga tetapi pada nilai keprihatinan... padahal budak-budak tu susah nak contact aku.. itu yang cepat-cepat dibelikan gantinya... Tapi itu lah hadiah yang cukup menyentuh perasaan...

Doa ku buat guru-guru yang terdahulu... Moga Allah limpahkan kesihatan dan kebahagiaan buat kalian yang berjasa mendidik ... Buat anak-anak didik ku... Moga Allah memberi kejayaan buat kalian... Selamat Hari GURU ...

2 comments: