Cuma AKU

Cuma AKU

Sunday, April 6, 2014

Aku dan Bekam

Seumur hidup ku, belum pernah berbekam. Hingga lah semalam 5/4/2014 aku mencuba buat pertama kalinya. Selalu juga ku dengar tentang jenis rawatan ini namun tidak pernah ku cuba. Ku cuba rawatan SUNNAH NABI ini bagi mengurangkan rasa sakit migraine yang kerap menyerang kebelakangan ini. Bila ia menyerang, terbaring ku dibuatnya. Ubatnya... pil pain killer. Hilang sakit bila ditelan tapi doktor nasihat jangan diamal, kelak merosakkan buah pinggang. Jadi akhirnya ku cuba juga rawatan ini.
 
Appointment telah dijanjikan tepat jam 8.30 aku muncul di Seksyen 16, Shah Alam. Dengan bantuan WAZE dan satu panggilan telefon, Puan Sharifah aku berjaya menemukan tempat rawatan yang dicari. Aku disambut Puan Sharifah di muka pintu kedai dan bertemu Tuan ZUL di dalamnya. Tuan ZUL ini lah yang bakal memberikan rawatan bekam kepada pesakit lelaki di sini.
 
Setelah mendapat sedikit penerangan daripada Tuan ZUL, aku dijemput ke ruang rawatan dan diminta untuk menukar pakaian. Berbekal sehelai kain sarung, aku berbaring di katil yang tersedia bagi memulakan rawatan. Dimulakan dengan Bismillah... Aku disapukan sejenis minyak di belakang badan, kaki dan kepala. Rawatan bekam dimulakan di kepala dahulu. Istimewa bekam disini, bekam kepala tidak memerlukan aku di cukur kepala. Bekam menggunakan mesin cuma harganya satu cup RM10 sahaja. Bila mesin dihidupkan aku terasa satu sedutan yang sangat kuat menarik kulit kepala ku. Mulanya sangat tidak selesa tapi lama kelamaan kesakitan dan rasa tidak selesa itu mula beransur hilang. Secara keseluruhan aku dibekam sejumlah 23 cup seluruh badan. 1 di kepala, 3 di tengkuk, 9 di belakang badan dan 10 di peha hingga ke kaki (5 setiap satu kaki). Harganya biar kuceritakan di hujung nukilan ku ini.
 
Bekam ini dimulakan dengan BEKAM ANGIN. Sedut kosong tanpa perlu kulit dilukakan. Hasilnya, kulit ku bagai disedut2 hingga membentuk gelembung bulat dan sedikit kebas. Lebih kurang 5 minit selepas itu, setiap satu cup mula dibuka dengan dimulakan dari kepala hingga ke kaki. Dibuka setiap satu bagi operasi melukakan lapisan kulit dimulakan. Kulit ku dilukakan dengan menggunakan sejenis alat berbentuk pen yang bila dipicit akan mengeluarkan jarum yang tajam. Alat ini digunakan untuk mencucuk ke permukaan kulit bagi memberi aliran darah keluar bila dibekam. Kalau sesiapa yang pernah menerima rawatan kencing manis tentu tahu mengenai alatan ini yang digunakan bagi melukakan hujung jari bagi mengeluarkan darah. Bezanya, bagi pesakit kencing manis, ia dicucuk sekali sahaja namun semalam untuk setiap kawasan yang akan dibekam aku rasa aku telah dicucuk lebih 10 kali hehehheheheh agak sakit juga.
 
Setiap cup bekam, akan dibuka 2 kali bagi membersihkan darah dan setiap kali dibuka, kawasan bekam itu akan dicucuk lagi. Kenapa? emmm kena Tanya Tuan ZUL. Aku tidak bertanya sebab menahan sakit. Almaklum lah, pertama kali. Ngilu gak.
 
Rasa yang sangat mencengkam amat kurasakan di tengkuk dan pelipat kaki. Dua kawasan ini memang memberi kesan kesakitan sedikit berbeza dengan kawasan lain. Aku terbaring meniarap diam menahan pelbagai rasa. Niatku moga kesakitan ini bakal menghilangkan atau mungkin mengurangkan kesakitan migrain ku yang kerap menyerang.
 
Lebih kurang hampir sejam rawatan pun selesai. Kelegaan kurasakan setiap kali cup bekam ini dibuka dan dicabut dari tubuh badan ku. Sempat Tuan ZUL merakamkan gambar ku dibekam dengan HP. Aku juga ditunjukkan darah yang keluar dari bekas tempat bekam. Ada yang merah ada juga yang agak hitam berketul-ketul. Bangun dari katil rawatan, ada rasa kelegaan pada kepala ku. Syukur. Badan juga terasa lebih selesa dan ringan.
 
Caj rawatan di sini agak berpatutan. Setiap cup RM5.00 sahaja kecuali di kepala yang dibekam guna mesin harganya RM10.00. Rawatan ku semalam dipanggil PAKEJ OVERHOUL dan harganya cuma RM110.00 untuk 23 cup keseluruhan. Ini pengalaman pertama kali ku. Berbekam adalah SUNNAH NABI. Sekurang-kurangnya kita sebagai umat harus mencuba sekali seumur hidup. Pinjam ayat Tuan ZUL semalam. InsyaAllah andai diizinkan Allah, aku akan datang untuk rawatan ulangan. Seeloknya sebulan sekali atau 3 bulan sekali.
 
Aku sertakan sekali sedikit INFO lokasi ku berbekam semalam. Kalian sila la cuba.
 
BEKAM SUNNAH IBLAL HIRASAH
NO.2, BLOK 20, FLAT PKNS
JALAN DAWAI 16/2, SEKSYEN 16, SHAH ALAM
019 - 3216474 (PUAN SHARIFAH)
 
 

9 comments:

Zack said...

Pot.. aku pernah kena dgn rawaran bekam yg kira berapa kali cup tu digunakan. Tp skrg aku bekam kat temoat yg kira berapa cup yg digunakan bukan berapa kali yg digunakan.. contoh klu 7cup digunakan.. sebanyak 3 kali.. hanya bayar rm5x7 bukan rm5x7x3. Bekam mmg bagus...

A.AZRIN said...

Betul.. bekam baik untuk kesihatan.. tempat ini pun caj sama satu cup hanya RM5 sahaja. Cuma minimum perlu 10 cup sekurang2nya.

Selalu ambil pakej OVERHAUL... 23 cup.. baru RM110..

Offer sempena bulan Syaaban cuma RM100 sahaja..

Ramadhan ini tutup...

A.AZRIN said...

Baru semalam buat rawatan ulangan buat kali ke 5 rasanya... badan yang tegang berat lega menjadi ringan... saya masih ambil pakej OVERHAUL sekarang harganya RM100 sahaja... takde GST. Encik ZUL dan Puan SHARIFAH sekarang juga beroperasi di UPTOWN PUCHONG setiap hari bermula jam 8.00 malam. So pengunjung yang ingin mencuba rawatan bekam ini boleh lah ke sana...

Unknown said...

Tak sakit ke? Lebam2 tu bila ilang?

Unknown said...

Tak sakit ke? Lebam2 tu bila ilang?

Unknown said...

Assalam..Ade lagi ke tempat bekam nih..rasa mcm nak cuba..tapi cam takut skit sbb baru 1st time nih..saya selalu sakit kepala la

A.AZRIN said...

Salam tuan puan, maaf atas terlalu lewat untuk memberi jawapan. Buat mereka yang PERTAMA kali, mungkin akan rasa AGAK SAKIT tetapi kategori DALAM KAWALAN. Tips - TUTUP MATA dan fikirkan sesuatu yang lain dari memikirkan kesakitan... LEBAM akan jelas kelihatan terutama pada LEHER, nampak macam ada RAKSASA buat LOVE BITE... namun jangan RISAU... ia akan beransur hilang dalam masa 3 - 5 hari sahaja... Bagi tuan yang sakit kepala saya sarankan untuk mencuba.. saya dulu pun memilih rawatan BEKAM atas sebab musabab yang sama. Semoga KITA beroleh kesembuhan dari ALLAH Yang Maha KUASA.... AMIN...

Unknown said...

Perempuan blh ke

sedinginhatiku.blogspot.com said...

Kalau berbekam untuk kurangkan stress boleh ke