Cuma AKU

Cuma AKU

Wednesday, June 11, 2014

Aku dan Power Presentation...

CPCM - Power Presentation
***
Terpilih dari ramai geng DH yang menanti saat dipanggil menghadiri.. syukur. 

Tambah ilmu.. tambah rakan.. tambah talian hayat..

Daripada 23 yang hadir, hampir keseluruhan adalah CIKGU POLI. Hanya aku dan beberapa yang REHAT dari menjadi CIKGU. Aku di HQ manakala yang lain menyabung nyawa di Universiti (sambung belajar)... Bab presentation ni rasanya memang MAKANAN cikgu-cikgu. Dah hari-hari tanpa jemu menyampaikan ilmu buat anak bangsa.

Ingin ku kongsikan antara yang kupelajari dan teladani sepanjang 4 hari berkampung di Ancasa Pudu. Separuh masa pertama tempoh berkursus, pengisiannya lebih kepada corak, bentuk, cara presentasi menjadi lebih menarik, tertarik, power dan terkesan dihati, diingati dan dijadikan amalan.

Tips 1
Cara Salam Dominan

Untuk mempengaruhi jabat perlu dominan. Orang yang ingin kan pengaruh dan inginkan menjadi sesuatu tangannya selalu lebih di atas dari yang didominasi. Bak kata sahabat, salam senget bukan salam keruk. Selama ini salam tidak nampak rupanya. Bila diberi ilmu ini baru kutahu, salam juga mampu mempengaruhi keputusan perniagaan, pengurusan dan pentadbiran.

Tips 2
Duduk di sebelah KANAN pendengar

Ilmu ini juga baru bagiku. mungkin salama ini bagiku sama sahaja samada di kanan atau di kiri janji perbualan berlangsung, mesej disampaikan dan maksud tercapai. Rupanya andai ingin menyampaikan sesuatu yang memerlukan si pendengar dipengaruhi dan sterusnya membuat keputusan, bercakap lah ketika kedudukan kita di sebelah kanan. Mesej yang masuk melalui telinga kanan akan mempengaruhi otak yang kuat berimaginasi (kanan) dan tidak diganggu oleh otak yang hanya menerima fakta (kiri).

Tips 3
Sentiasa Mempengaruhi DIRI Sendiri

Bila sesuatu melanda dan menyebabkan keresahan melanda hingga ketenangan mula hilang dan senyuman mula pudar, cara ini mungkin BOLEH membantu. Bila rasa resah.. katakan "Ya.. saya tenang, saya amat tenang dan saya berasa sangat-sangat tenang" ucap dengan kata-kata biar terdengar dicuping telinga sendiri.

Bila rasa mengantuk, lesu dan tidak ceria... bangun, berdiri, katakan kepada diri sendiri... "AKU SEORANG YANG CERIA... AKU SEORANG YANG SIHAT... AKU SEORANG YANG HEBAT... YES YES YES"

Cuba lah...

Tips 4
Impak Komunikasi

Menurut Albert Mehrabian.. impak sesuatu komunikasi bukan terletak sepenuhnya kepada KATA-KATA...

Kerana ia hanya mewakili 7% sahaja dari keseluruhan IMPAK..
Jadi mana bakinya... 

38% - Nada Suara
55% - Gerak Tubuh

Nada suara yang tinggi mampu menggerunkan.. nada yang rendah dan sayu boleh meruntun hati turut bersedih.. dan percaya atau tidak, gerak gaya dalam berkomunikasi mampu menyampaikan maksud sesebuah mesej dengan lebih TEPAT dan BAIK.

Tips 5
Sampaikan lah sesuatu PERKARA dengan BERCERITA..

Tiger WOOD berjaya menjadi pemain GOLF yang HEBAT hanya dengan mendengar NASIHAT pengajarnya yang hanya meminta BELIAU mengalihkan tangannya 2mm dari pegangan BIASA.


Lain-lain ILMU

Hasil ujian mudah yang dilaksanakan aku terkategori sebagai seorang yang KINESTHETIC atau dalam bahasa biasa.. LAMBAT hahhahaha...

 Agree to Disagree

Disagree to Disagree

So payah hahhahhaha


No comments: