Cuma AKU

Cuma AKU

Wednesday, June 13, 2018

Kejutan Budaya di Institusi Pendidikan Tinggi

Acap kali kita dengar kejutan budaya menyelubungi pelajar-pelajar yang baru menjejaki alam pendidikan tinggi. Adakah perkara ini benar? Apakah faktor yang menjadi punca dan penyebab kejutan budaya ini terjadi? Apakah ada jalan penyelesaian supaya gejala ini tidak mempengaruhi kehidupan para pelajar?

Langkahan ke sesebuah IPT bagi anak muda  adalah satu langkah yang sangat besar dalam kehidupan mereka. Ada antara mereka mungkin kali pertama berjauhan dari keluarga. Jarak yang jauh dan tiada pengalaman tinggal di asrama ketika zaman persekolahan mungkin penyumbang kepada kejutan budaya. 

Pengaruh rakan sebaya dan pelajar senior juga sedikit sebanyak menjadi penyebab kepada kejutan budaya. Pergaulan dengan rakan-rakan baru yang datang dari pelbagai latar belakang dan perbezaan personaliti antara mereka menyebabkan mereka menjadi pemerhati yang baik terutamanya bagi tempoh semester pertama mereka. Bagi mereka yang tidak biasa dengan perubahan persekitan dan pengaruh rakan- rakan lebih mudah mengalami kejutan budaya hinggakan ada antara mereka yang mula terikut-ikut dengan gaya dan perbuatan rakan-rakan mereka terutamanya yang boleh diklasifikasikan sebagai perkara negatif.

Adakah kejutan budaya ini merupakan satu masalah yang besar?

Ya sekiranya tidak terkawal ia boleh menyebabkan pelajar yang terkena virus ini mengubah personaliti mereka kepada yang negatif dan tidak baik. 

Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi menbendung perkara ini terus berlaku di IPT adalah dengan mengadakan program kesedaran tabiat tidak baik di IPT, menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar yang memerlukan dan lain-lain program berunsur nasihat atau berbentuk motivasi. Perkenalkan program IKON di IPT masing-masing dengan memilih satu atau sekumpulan pemimpin negara yang boleh dijadikan contoh dan ikutan.


No comments: