Cuma AKU

Cuma AKU

Thursday, June 21, 2018

Kuasa Mata Dalam Pemasaran

Sebelum membuat keputusan samada membeli atau hanya melihat, pelanggan sememangnya memerlukan infomasi yang secukupnya dari si penjual. Bagaimana infomasi itu disampaikan atau corak dan lenggok gaya bahasa yang digunakan bisa memetik suis pembelian pelanggan. 

Infomasi yang sama yang disampaikan oleh dua orang yang berbeza dari segi gaya dan karektor akan memungkin dua keputusan yang berbeza akan terhasil. 

Hampir disemua sekolah perniagaan di Malaysia mahupun di luar negara menegaskan akan kepentingan eye contact semasa berurusan dengan pelanggan. Ilmu ini diajar dan diingatkan berulang kali kepada semua penuntut. Namun secara hakikatnya inilah perkara yang paling sukar dilaksanakan secara realiti. 

Si Penjual harus sedar bahawa pelanggan perlu dihormati sepanjang berurusan. Sebarang kemusykilan perlu diselesaikan dengan berhemah dan semua infomasi yang penting perlu sampai dengan jelas kepada pelanggan. Dan kaedah bila urusan dibuat secara bersemuka perlu tepat dan betul. 

Encik Ahmad sedang mencari sebuah telefon bimbit yang sesuai untuk anaknya yang berumur 11 tahun. Beliau masuk dari satu premis perniagaan ke sebuah premis yang lain. Apa yang beliau harapkan adalah satu penerangan yang jelas tentang telefon bimbit yang sesuai pada harga yang beliau rasa berpatutan. Kebiasaannya, pelanggan seperti Encik Ahmad telah membuat rujukan awal di laman sesawang dan telah menetapkan target produk dalam fikiran. Apa yang perlu dibuat oleh seorang penjual yang baik adalah memberi kupasan lengkap tentang produk dengan menggunakan kaedah paling mesra. Dengan sedikit dorongan, Encik Ahmad pasti berbelanja di premis yang beliau rasakan telah memberikan layanan yang bagus. Faktor harga mungkin penentu utama tetapi soft skills yang ditunjukkan oleh penjual adalah daya pemujuk yang menentukan segalanya. 

Kaedah eye contact yang baik boleh mengurangkan kegusaran pelanggan dan yang paling penting tidak menimbulkan persepsi negatif dihati pelanggan. 

Tentu anda pernah lihat seorang penjual memberi penerangan kepada pelanggan sambil mata dan tangan sibuk dengan telefon bimbit?

Tentu anda juga pernah lihat si penjual yang tidak fokus semasa memberi maklumat. 

Sekiranya anda dalam situasi ini apa yang anda rasa?

Kalau saya?

Persepsi saya mudah, saya tidak dihormati dan si penjual memandang rendah saya atau beranggapan saya tidak berduit dan mampu membeli barangan tersebut. 

Apa yang berlaku seterusnya adalah merugikan pihak penjual. Hilang pelanggan, hilang jualan dan hilang pendapatan. 

Perkara yang nampak mudah namun sukar dilaksanakan secara realiti. Ubah untuk berjaya. Berilah sedikit fokus kepada pelanggan dan ia bakal memberi keputusan yang berbeza dari sebelumnya.

Cuba lah...

Anda mampu mengubahnya...


No comments: