Cuma AKU

Cuma AKU

Wednesday, March 4, 2009

Cuma 30 minit

Bila tinggal 30 minit untuk berakhir, semua perkara jadi cepat. Langkah makin laju, semua tujuan yang dicari mula jelas dimata. Saat ini, masa amat berharga tidak seperti semalam bila masa amat panjang untuk ditempuhi. Bila sesuatu diletakkan had kita sukar mengapai impian tapi perkara yang sukar bukan lah mustahil. Cuma usaha dan keringat perlu lebih dalam menjadikan mimpi sesuatu yang nyata.

Tapi...

Kenapa perlu menunggu bila masa hampir berakhir. Bila masa makin menjelang senja, baru mencari erti kebahagiaan. Mencari sesuatu yang lama hilang dari dalam diri. Sudah jadi adat, kerja dihujung waktu menjadi ikutan dan budaya orang kita.

Seperti saya, menunggu detik 30 minit untuk menulis. Lihat lah hasilnya, tidak boleh dibanggakan. Idea dalam masa yang terhad membantutkan pengucapan. Terhad menjadi penjara, terkurung didalam dimensi masa yang dicipta oleh manusia. Bayangkan bila perkara sentiasa beredar mengikut aturan, tentu cantik hidup kita. Bila dirancang, seperti indah hendak dicapai. Timbul rasa puas dan bangga bila sesuatu yang diusahakan menghasilkan seperti dicita.

Tinggal 15 minit untuk saya terus menulis tanpa dirancang. Lebih kepada mencuba dari mencari. Tetapi inilah usaha pertama untuk terus mencapai cita. Menjadi penulis unggul di dunia penceritaan. Mampukah saya? jangan diberi jawapan sekarang, kerana anda tidak lagi punya masa yang cukup untuk menilai hasilnya. Mampukah dalam 2 minit anda mula menjangkakan sesuatu tentang diri dan hati saya. Jangan di andai bila tidak berkenalan mesra. Jangan mudah menjangka konon diri anda bijak menilai. Mungkin kita menilai dari cerita insan pendengki atau cuma dari mata kasar yang makin rabun dimamah tua.

Cuma 10 minit, makin dekat tempohnya, makin pantas jemari ini mencipta kata-kata. Tidak lah cantik tapi cuma latihan. Mungkin suatu hari nanti saya bergelar penulis. Genre belum bertemu, kisah belum bermula, mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin lusa. Mulai hari ini, saya akan terus menulis selama 30 minit sebelum jam 5. Mungkin jauhkan hati dari gelisah, jauhkan diri dari kehitaman. Tidak lah menyalahkan manusia lain. Semua insan cuma pelakon, ada yang baik ada juga yang belum ketemu jalan ke pangkal. Mungkin saya juga sebegitu, doakan saya jumpa langkahan. Jalan yang benar lagi ikhlas mencari apa yang hilang dari hati dan diri.

5 minit yang akhir, menjadikan rindu mula menjelma. Tanpa sedar semangat untuk terus melangkah makin semarak. Jangan dikata hangat cuma sebentar, biar genggam bara biar terus nyala. Moga bertemu lagi 30 minit di esok hari, moga Allah izinkan aku terus menulis. Moga Allah jauhkan aku dari apa yang selama ini cuba ku lari jauh. Hati ini perlukan sendal keras untuk terus berlari jauh dari yang ingin di buang. Biar tercampak jauh... jauh dari ku.

1 comment:

azira said...

pening aku nk faham apa yg ko cuba katakan... he he he