Cuma AKU

Cuma AKU

Thursday, January 2, 2014

Alyssa ke sekolah

Hari kedua dalam bulan Januari 2014 yakni Rabu merupakan hari pertama persekolahan di Semenanjung Malaysia. Semua orang sibuk dengan acara. Anak-anak sibuk baru hendak menyusun buku di dalam beg sekolah baru, ibu ayah sibuk dok siapkan anak-anak... Syukur, anak-anak ku mudah bangun pagi mungkin atas rasa semangat nak ke sekolah. Alyssa tahun ini Darjah Satu, Alya pula sudah masuk Darjah 4. Jam 7.10 sudah mula bergerak meninggalkan rumah, jalanraya seperti dijangka agak sesak namun disebabkan sekolah berada berhampiran tidak sampai 10 minit sudah sampai. Nah! mencari parking menjadi cabaran seterusnya. Oh terlupa, ibu bapa yang anaknya Darjah Satu turut serta ke sekolah. Termasuk lah yang tuan punya cerita. Dapatlah parking walaupun agak jauh dari kebiasaan. Kasihan Alyssa, beg berat, semua buku masuk sebab masih belum terima jadual. Takut pula ditinggalkan, Cikgu pula mahu ia digunakan. Takpe lah Dik, hari ini je Adik bawa semua. Esok kita ikut jadual.





Alyssa nampak bersemangat dan tersenyum. Tiada riak takut atau gelisah budak baru hendak sekolah. Teringat 3 tahun lepas masa Alya masuk darjah 1, hari pertama kedua semua berjalan lancar. Tetapi bila masuk hari ketiga Alya mula menangis setiap kali hendak ke sekolah. Sampai menjadi terkenal. Cikgu, Mak Guard semua kenal Alya. Menangis sebab disakat rakan sebaya kononnya Alya bakal ditinggal Van Sekolah. Sebulan juga baru reda tangisnya. Harap-harap Alyssa tidak begitu. Sebab Alyssa ada Alya di sekolah. Kakak jangan buli-buli adik ya.



Anak darjah satu biasanya diberi ingatan tentang pelbagai perkara termasuklah... di mana pula menunggu selepas sekolah, hati2 ketika melintas... jangan berlari semasa menuruni tangga.. simpan wang saku baik2... itulah tugas si ibu di hari awal persekolahan anak-anak darjah satu. Sayang si ibu tak siapa yang boleh mengukurnya...





Tarikh 2/1/2014 juga sangat istimewa kerana hari ini juga semua ATM Bank penuh berbaris manusia. Hari ini kan bonus masuk. Setengah bulan gaji seperti dijanji tahun yang lalu. Terima kasih.

No comments: