Cuma AKU

Cuma AKU

Monday, January 6, 2014

Seluar Pelekat

Kosong tiada makna...

Pasti ramai pembaca yang menonton Maharaja Lawak Mega 2014. Aku juga salah seorang penonton setia aksi lawak pelawak2 hebat Malaysia, Indonesia dan Singapura setiap Jumaat di depan kaca TV Siaran Astro 132 & 134. Antara yang masih kekal sehingga entri ini dibuat adalah kumpulan Sepahtu (feberet kawan tu), shiro, SYJ yang menggabungkan Syuk, Yassin, Jihan... kumpulan Wala.. abang2 polis dari Sabah, Comey (Ropi & Suhaimi Spore) makin lama makin best lawak2 mereka... Bocey (Budak-budak hasil rancangan TV3), peserta SOLO.. NABIL dan Jambu yang legend.

Kalau kalian masih ingat cubaan Boboi untuk cuba mengeluarkan diri lebih awal dari sepatutnya yang akhirmya niat mereka tercapai. Apa-apa pun Boboi tetap BEST dan pasti punya alasan tersendiri kerana bertindak sedemikian. 

Yang menarik minat saya adalah seluar yang acap kali dipakai Afdlin Shauki dalam rancangan MLM2014. Ia kelihatan dan bercorak seperti kain pelekat cuma ia tidak digulung di pinggang seperti kebiasaan pemakai. Ia dijahit menjadi seluar yang agak besar cawatnya dan begitu menarik dipakai dengan mengekalkan warna dan corak kain pelekat. Bukan sahaja Afdlin, malah beberapa artis lain juga telah menggunakan yang saya gelarkan SELUAR PELEKAT ini. 

Aku yang sangat2 berminat dengan TREND terkini ini cuba mencari di pasaran berdekatan namun aku gagal. Mungkin ia belum sampai ke kawasan jajahan ku ini atau bentuk edaran dan jualannya belum di kedai fizikal lagi... online mungkin.... 

Yang cuma aku jumpa adalah lebih kurang warnanya...dan coraknya...tetapi bentuknya, cawatnya, rupa fizikalnya sangat2 berbeza dengan yang dipakai oleh Afdlin Shauki. 


Tak sama kan dengan Afdlin?

Bila dipakai, aku rasa selesa.. lantas ku beli 3 pelbagai warna. Cuma nak memenuhi minatku, harganya OK padaku RM19.90 sahaja sehelai. Mula-mula beli satu sahaja dan bila pakai depan anak2... yang sulung kata dah macam seluar K-Pop... Segera aku ke kedai (Family Store) ambil lagi 2 pasang. 

Yang pasti, seluar pelekat ku tidak sama dengan Afdlin Shauki punya. Moga-moga suatu hari nanti boleh jumpa Afdlin Shauki minta beli sehelai yang semacam dia punya... saiz yang berbeza...



No comments: