Cuma AKU

Cuma AKU

Thursday, January 9, 2014

Berita - Kekecewaan No.1 Rakyat Malaysia

Sumber daripada Frost & Sullivan...

Kajian pasaran terhadap 1,227 responden di Kuala Lumpur menunjukkan 41 peratus responden merasakan KESESAKAN LALU LINTAS adalah kekecewaan tertinggi. Angka ini adalah lebih tinggi daripada PURATA 35 peratus kadar bagi Asia Pasifik dan 29 peratus tahap global.

Kebergantungan penduduk terhadap pengangkutan persendirian merupakan punca utama kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dan ini dibuktikan dengan 79 peratus penduduk Kuala Lumpur sangat bergantung kepada kenderaan persendirian, 8 peratus bergantung kepada pengangkutan awam, 11 peratus pula menggunakan gabungan antara kenderaan persendirian dan pengangkutan awam manakala 2 peratus bukan kereta.

Kuala Lumpur bakal menghadapi pertambahan kesesakan jalan raya pada masa depan berikutan pemilikan kereta terus bertambah. Bagaimana ISU ini boleh diatasi? Adakah keadaan Kuala Lumpur akan datang sangat menyesakkan hinggakan ia bakal menjadi satu masalah besar buat semua?

Kerajaan MALAYSIA melalui Pelan Pengangkutan Kerajaan merancang meningkatkan pengangkutan awam dengan menambah tahap penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang tahun 2020.



Kata-kata ku - "Tidak jauh untuk kita lihat contoh yang baik dalam meningkatan pengangkutan awam kita ke satu tahap kategori A++.. Tidak perlu malu untuk belajar dari jiran... sebaliknya kita patut rasa malu andai kita sendiri tidak mahu berubah walaupun sedar akan kekurangan sendiri. Jom lihat bagaimana Singapura dan Korea Selatan berjaya menjadikan sistem pengangkutan awam mereka menjadi pilihan rakyat"

No comments: